Tuesday, December 14, 2010

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum kepada muslimin dan mustlimat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Umi aku selamat menjalani operation surgery kt HUSM nie. syukur sangat-sangat. sayu jea bile tengok keadaan umi aku selepas operate. layu dan kusam jea. mane tak nye, umi aku operate fully sedative a.k.a General anesthasia ataupun kalu bahasa mudah bius seluruh badan. before masuk bilik bedah tue, aku memang tak bape nak yakin.bukannya hape, tekanan darah umi aku memang low giler. takut jugak kalu-kalu ade ape-ape effect kat umi aku nie. al-maklum lah, seorang nie jea ibu yang aku ada. yang sudah berjaya mengandungkan aku dan melahirkan aku. fuh..! panjangkan keterangan aku nie. :)

Dulu, aku ade jugak mengeluh bila amik kos nursing nie. memang agak memberontak lah. yeala, mase tue aku tak bape nak sure kos ape yang sesuai ngam aku. ape yang aku lebih minat. kire cam tak de sanagt guide line nak move forward. but lame-lame minat tue datang. Ada jugak aku terfikir, tak de ruginya kalu aku amik nursing nie. nanti senang lah kalu nak berjasa kan :) memandangkan aku anak perempuan yang sulung sudah jadi tanggung jawab aku nak jage ibu bapa sendiri. tugas sebagai anak kena lah jalankan. but, make sure bia lah ikhlas. daripada jurusan ini lah aku belajar one by one. sebelom nie ade jugak lah pihak tak bape nak suke kalu amik kos nie. kan kena buat ape saja prosedure yang kadang-kadang sesetengah orang muda tak bape minat nak buat.


hati dah rasa lega. Umi pon dah boleyh pulih sedikit demi sedikit. deeply, aku pernah berdoa kepada Ilahi bialah antara ramai-ramai adik-beradik, aku lah yang dapat menjaga ibu bapa aku hingga akhir nafas. sedaya boleyh nak jage baik-baik. bia lah seterok mana pom sesuatu keadaan tue. aku akan cuba sebaik mungkin. bagi aku, jasa ibu bapa memang besar nak balas memang tak mampu kan. tapi, cuba sebaik mungkin.

p.s | hargailah mereka sementara masih ada :)

Monday, December 13, 2010

biarlah rahsia

Salam semua. Salam 1 Malaysia .
dub dab dub dap..
ape lah plak kan entry kali ini kan.ape kaitannya dengan tajuk nie kan.entah lah aku pon tak sure ape kaitan nya sebenarnya.mungkin perasaan ini kuat kot.
tetiba jea tengah-tengah time macam nie ade plak mood nak hubdate belog. ngeee~ tue lah, idea datang tanpa di jempOt plak kan.tak pe, let it be kan.

seburuk mana pon perangai seseorang ibu tue kan, kita sebagai anak kena lah ingat kan siapa dia di sisi kita. dari mana datangnya kita kalu tanpa adanya seorang ibu.kasih sayang ibu tak boleyh nak banding dengan apa pon yang ade di muka bumi ini kan. selama 9 bulan 10 hari si ibu duk bawak kite ke hulu ke hilir. tue tak campor lagi dengan berat badan kita yang dia tanggung masa kita berada dalam kandungan kan. berat taw kalu keluar-keluar tue berat 3.0 kilogram. tue tak kembar lagik.kalu kembar cam mana.? Renung-renungkan :)

esok umi dah nak masuk wad kat hospital universiti sains malaysia a.k.a HUSM, Kelantan. nak buang "rgiso". tue bahasa klate lah. kalau bahasa bangku aku tak sure lah. da puas ak duk usha ngam member aku but still tak dapat medikal term . lusa akan operate.haish.! sebagai anak sulung pompuan da jadik tanggung jawab aku lah kan jaga si ibu terchenta. nak arap sape lagik kan kalu bukan anak-anak. itu jea yang aku mampu tuk membalas segala jasa umiku bialah aku taw semua jasa-jasa ibu tak kan mampu kita balas kan.

p.s | :|

Friday, December 10, 2010

trip.! trip.! trip.!

Assalamualaikum semua-semua.
ape kabor saudari-saudari, saudara-saudara, incik-incik, puan-puan sekalian.moga sehat-sehat semua ehh. :)


bila time tengah-tengah hari macam nie cun jea kan kalu duk layan mimpi nan indah.auww.!auww.!auww.!masyuuukkkk tue.diselimuti dengan comforter yang empuk-empuk gitue.lagik lah menambahkan nafsu tidur kan.astaghfirullah anak dara ape kan.?hehe.bukan selalu pon, kadang-kadang ja :) now back to topic ladies and gentlemen :0
pui pui puii :)


Salam Maal Hijrah semua

jeng.!jeng.!jeng.! hai cik kiah, cik bedah, cik su, cik jue, incik-incik habang sekalian semua. di bulan yang mulia ini marilah kita semua pakat-pakat tanam azam yang tinggi menggunung untuk berubah kepada yang lebih baik na. buku yang lepas sudah selesai di bawak ke langit untuk di hisab bila tiba masanya nanti. learn from mistake okay.! tak yah lah nak ulang kembali kesilapan yang kita penah buat dulu. muahaha.aku jadik ustazah lah plak kan.bukan hape lah kalian, sama-sama la kita saling mengingatikan.

hari yang mulia ini sempat pulak aku ngam bebudak kelas aku mereleasekan tensen kami semua kat Afamosa Water World,Melaka. almost whole day lpak kesana. sebelah petang plak ke bandar hilir. ada yang lain mau beli cenderahati tuk teman yang rapat. hari yang padat kan. kat sini memang lah fun fun fun fun sangat.!fuhh.! fuh..! haaa, sampai muncong molOt aku neh nak nyebut neh. jangan maen-maen taw.



gambar kat sane just sikit jea amik.bukan nya hape, kalu amik gambar sampai tak ingat dunia nanti memang cari maut lah. Al-maklumlah, kamera nie bukannya water resistant wahai cik kak owh cik habang semua aauuwww~ nanti kalu terjatuh,terpercit,terlanggar oleh dek air tue tak ke naya semua.posing bagai nak maut pom, kalu dah kamera rosak xde maknanya kan. tak boleh.! tak boleyh.! baik berjaga-jaga kan dengan simpan di tempat yang selamat. gambar sedikir pom dah kire bukti bersama lah kat sana.pendek kate, kami dah pernah pergi ke sana.yeepiiiii...!
kalian bile lagik.jOm yuk..!



haa.!jangan main-main.kat sana siap ade hencek gajah taw.baik-baik saja mereka neh. dah kena training kan.memang lah.kalu tak,xdenya aku berani nak tersengeh cam beyuk makyeh kat depan henchek gajah nie.dah senang -senang jea dorang pijak-pijak aku.adoi.! tak mao lah auwh.! tulung lah.aku belom kawen lagi maa. nak naik pelamin dulu. muahaha.~



Lastly,
Salam Maal Hijrah semua.
Selamat beramal taw,jadikan buku hidup yang baru ini penuh dengan amal yang baik.Amin

p.s | penat.! krooh.!kroooHH.!krooh..!

Monday, December 6, 2010

back.!


haachumm.!
aish.!hidung nie da tak habes-bahes duk berair saja.mood tak bape nak okay. kepala asyik duk semak saja. Alhamdulillah. semua sudah berakhir untuk semester ini.hanya tunggu result untuk ke next stage.actually last stage untuk aku dalam akademik.hehe. dah nak habes da study nie.dah nak masuk semester akhir.tapi asyik dok main-main lagik kan.nanti bile dah kerja kronik la.pape pom tak tahu.baiki baiki dan keep on baiki diri.motivasi diri plisss..ngee~

research presentation was done well. Alhamdulillah.syukur ke hadrat Ilahi sebab sudi beri kekuatan pada diri kami satu kumpulan untuk present.bukan senang taw weyh nak present something new in our course.properly preparation kena buat.stay up sampai ke pagi. mata dah jadik macam mata panda suda. but,its okay as long as everything flow smoothly kan. and the feedback from our lecturer amat dan teramatlah memberangsangkan.hehehe.sukaaaaaaaa :)


okay.hidup aku untuk sebulan dua tersangat-sangat lah pack.!padat sepadatnya.jadual teori di dalam kelas.jadual posting.doing lots assignment.hey.!aku sudah macam robot okay.tidor dah tak cukup.nanti cuti dah tiba nak tido secukup nya. sepuasnya.bia habes nafsu nak tidor.hahaha. masih bersisa baki bape ari lagik di kulumpor neh.Jumaat nie yuuhooo..! blog plak dah bersarang jea kan. kadang-kadang private kadang-kadang tak. aku punyai sebab sendiri.

cun tak pasangan kat atas nie.? cun kan :) Tahniah untuk teman aku sorang ini. Alhamdulillah sempurna sebaik mungkin majlis akad nikah.hehe.kamu dah jadik PUAN dah.gelaran dah bertukar secara serta merta.aku doakan moga kalian kekal hingga ke akhir hayat.moga bahagia ke anak cucu.amin :)

p.s | nak mimpi kawen-kawen lah malam nie.hehehe

Tuesday, November 9, 2010

tunggang terbalik.!


mood bengkakkan mata harus timbul.
shusshh.! zaaassss..~

p.s | rhendu aih zaman matrik dlu. haih.!

Wednesday, November 3, 2010

silent


haaachumm.!
hey teman sekalian :)

mohon maaf diatas segala silap yang aku wat.yealaa, private blog for a moment. i need privacy for recovery period. haish.! tekanan jiwa banyak kali ini. jatuh bangun mencuba jugak mengatasi dengan sebaik mungkin. hanya diri sendiri yang memahami. meluahkan sebanyak mane pon, orang lain hanya mampu mendengar saja. itupon, belom tentu mendengar ataupun tidak. bila minta pandangan, masing-masing mesti akan cakap " entah laa", " tak tahu sebab aku tak pernah berada di suituasi kamu" dan sebagainya. haish..! kalau lah makna teman itu boleh di huraikan kan lebeyh elok. hanya yang memahami betol-betol apa itu teman pasti akan menolong temannya yang susah kan. bia sama-sama susah dan senang kalu betul-betul nak berteman kan.

sob..sob..sob..
emo jap aih.

back to kehidupan yang teramat amatt sibuk. final sem dah dekat. 3 module kena catch up. peadiatrics, community dan critical. semua nie nota setinggi gunung himalaya. mata da berkelip bintang dah nie. bile tengok nota bukan kemain lagi semangat aku nie. tapi bila da tibe 15 minit pertama da start wat keje entah ape-ape. ngeee~ nafsu malas tetap jadik raja. macam mana nak berubat weyh.? dose ape.? frequency .? hahaha..haa jawab jangan tak jawab naa.. :P


dalam diam nie, berlambak hobi yang aku buat untuk isi masa lapang aku. at the same time nak release tension jugak pon ade. holiday kat cherating, lepaking dengan kakak aku, dan menghabiskan fulus sebaik mungkin.nie keje aku buat bile aku jadik orang kaya baru saja.ngeee :)
doakan kejayaan aku wahai taulan sekalian. mohon kemaafan yang teramat sangat kepada sesiapa yang mengenali diri ini ataupun tidak. okay incik eseiment berlambak menunggu sekarang. daa :)

p.s : susah macam mana pun sesuatu keadaan yakinlah Allah tetap ade :)

Friday, October 1, 2010

aku takkan kalah :)


pernah tak dengar ayat-ayat pemberi semangat ini ,

" patah tumbuh hilang berganti "

ermh.! haa. agak-agaknya korang faham tak maksud kata - kata hikmah ini yang ala-ala masyur gtue.. hoho. yang jelasnya , kita tak perlulah nak sedey-sedey jika hilang sesuatu yang kita sayang. yakinlah pasti ada hikmah di sebaliknya. sedar dan hayati apa maksud yang tersirat. tak perlu risau lah. sudah menjadi perkara normal kalau setiap manusia mengalaminya. aku pun turut mengalaminya jugak taw dak :) but life must go on kan . hidup mesti ceria kan. tak perlu monyot ja muka tue. tak perlu membengkak kan mata yang da tersedia cun melecun kan. hanya yang perlu kita buat, senyum selebar mungkin dan kata kan :-

" Hey.! aku kuat lah. wat pa nak sedey :) "

yang pergi biar lah kan. jangan pula terfikir bahawa diri terasa rugi kerna tak berjaya memiliki apa yang diingini. biar kan si dia berlalu sebaik mungkin. lepaskan secara damai. apa yang penting kehidupan masa hadapan. menjadi bintang yang bakal menyinari sesuatu kehidupan bukanlah senang. banyak tempat yang akan tempuh. bintang yang bersinar memang lah banyak di atas sana, namun sinar yang mampu menyinari sepanjang kehidupan itulah yang sukar dapat.

kisah hidup aku, aku sukar untuk di kongsi. mungkin agak peribadi bagi diri ini. cukup lah sekadar kiasan yang tertulis di alam maya dan di bicarakan di bibir. mungkin itu cara aku untuk berkongsi cerita. direct story.? nop.! itu bukan cara aku :) manusia banyak ragam. kadang-kadang susah untuk dipercayai. di depan banyaklah lakonan yang terbaik. pelakon terbaik pun boleyh dapat kot. tapi di belakang, siapa lah tahu kan. bukan ingin menyalah tafsir, tapi sikap berjaga-jaga kena ada. percayalah, setiap orang tak sama dengan diri kita :) kadang-kadang, kata hati sememang nya betol.

kadang-kadang persoalan ini sering ada kan dalam fikiran :

mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan.?
mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang.?
mengapa tidak ada malam yang berpanjangan ataupun siang yang berpanjangan yang menyinari alam.?
mengapa mesti wujudnya putaran alam.?
mengapa untuk tidak ada sekali gus dalam sesuatu masa.?
mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu.?

jawabnya -,-

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

p.s | biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah :) -iluvislam-