Friday, March 18, 2011

rhendu

salam sejahtera wahai diariku.

disaat aku sunyi, mereka lah yang aku amat-amat rhendu :(

umi dan bak kesayangan aku
*hurm. rhendunye nak tengok umi ngam bak senyum*


kawan ketat aku dari kecik hinggalah sekarang.
*fatin*. *ayu*. *kakcik*.

p.s | mereka faham akan isi hati aku cam mane :(

Thursday, March 17, 2011

ohh L.J.M.

Salam sayang wahai diariku :P



semalam ade meeting ngam lecturer coordinator aku dan budak-budak klas aku yang lain. bila da start posting nie, plus module plak lain-lain kire susah da ar nak jumpe geng dak kelas kan. urgp.! tertelan air liur woo. masuk- masuk jea da kena isi borang. haa.! amik kau.! nak taw borang hape. cuba tengok kat atas nie. borang tuk exam Lembaga Kejururawatan Malaysia. nak amik exam baru dapat lesen. pergh.! study tak lagi nie. list exam tersusun rapi jea untuk bulan lima. hadoi. penat mek mek sekalian. nie la katekan kije last-last minit. kan da padan muke :P takpe-takpe. mase masih ade. berjuang dengan sisa baki masa yang ade. cyaiyook..! weee :D



okay. this one of the overall view kat borang tue. sempat la snap jap. then kena passup kat lecturer da. isi pom tak penuh lagik kan. dup dap dup dap. training 3 tahun layak tak aku neh nak jadik cik misi.? aku tak ready ag nie. cam mane ea.? nak jadik student lagik. tak mau jadi orang dewasa. huhu :( . pening pikir bila mana mase tue da tiba. macam mane tak handle patient. orang kate kerjaya misi nie senang jea nak dapat dosa dan pahala. kalu wat sesuatu kerja dengan niat yang baik, InsyaAllah pahala dapat. tapi, kalu tak ikhlas buat kerja tue memang cari nahas laa. kerjaya nie tak boleyh main-main la taw. kalu silap langkah senang-senang jea nak kena sue. adoii.! everything kena ati-ati. fuh fuh fuhhh..~

p.s | moga-moga dipermudahkan segala urusan :)

Wednesday, March 16, 2011

dimanakah arah kita sekarang.?

selamat malam wahai diariku tersayang :)

sedang asyik aku download zikir munajat kat 4shared.com tue dan sambil ber' twit' kat twitter tue terjumpa plak aku dengan 1 laman web. SubhanaAllah. dimanakah kita akan tujui jika tanpa arah. tanpa ada sign board. mungkin kah kita akan sesat dengan kelalian kita sendiri.

" Ya Allah, kuatkan lah iman ku. sentiasalah berada dengan diri ini. Janganlah di Kau berjauhan dariku.pimpim lah aku Ya Allah. Amin "


sebagai renungan bersama, inilah pesanan Rasulullah SAW kpd kita sebagai umatnya. :)


" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


p.s | bersediakah kita untuk ke alam seterusnya.?

Tuesday, March 15, 2011

teman sejati

Selamat ketemu wahai diari ku :)

salah seorang kawan aku pernah kate kat aku, wat ape lah duk terhegeh-hegeh duk tolong orang yang tak pernah hargai kita. buat baik sangat. kalu di balas baik kira okay lah kan. dan banyak lagi yang aku dengar. feedback yang kadang kala menguriskan hati. tapi, nak buat macam mana. aku sayangkan persahabatan aku. aku tak kisah ape pom ape orang nak buat kat aku as long as aku still in friends relationship. aku amat amat dan amat sayangkan persahabatan. bukan jenis aku nak putuskan silaturahim. aku paling tak suka hilang kawan. bagi aku personally, hadirnya seseorang tue yang sedia nak kawan ngam aku ia umpama anugerah yang tak terhingga. nie lah anugerah Allah SWT bagi kat aku mase kat dunia. tue lah harta aku.



gadoh.? bertikam lidah.? tolak ansur.? biase lah tue. adat berkawan. hidup nie kite kena kongsi. semua nie hanya duniawi saja kan. tapi, kadang kala sedih jugak bila mana kebaikkan yang kita buat di sia-sia kan. malah di ambil kesempatan. kadang-kala mata ini berair jugak. tapi , sebaik mungkin aku sembunyi. aku tak mahu ade sebarang pergolakkan dalam hubungan ini. ada jugak sesetengah pihak bagitaw cam aku neh buat ape saja untuk kawan. sahabat, faham lah sedaya mungkin aku akan cuba bahagiakan seseorang yang bergelar sahabat aku. biar lah aku susah. biar lah aku tak ada apa pon. tak ape, Allah SWT kan ade. Dia sentiasa ade di sisi hambaNya. aku tak mengharap kan apa-apa pun balasan. cukup lah silaturrahim nie tetap terjalin meskipun jauh dari sudut mata.



sampai bila pon, baik buruk seseorang tue, dia tetap sahabat aku. sahabat aku mase aku sedey dan suka. tapi kan, aku kadang kala jea kan kongsi masalah aku dengan kamu. bukan ape, aku tak mahu dirimu terbeban dengan masalah yang aku hadapi. cukuplah hanya diri aku saja yang fahami. tapi, tak semua aku tak citer kan. ade jugak. tapi sesetengah saja. cukuplah bagiku untuk dirimu tahu. sahabat, rasailah, nikmatilah dan fahami lah yang sebenarnya nikmat punyai seorang teman yang bergelar sahabat memang tak terkira. aku tak pernah rasa satu kerugian kalau bilangan teman-teman ku bertambah.

p.s | terima kasih teramat sangat kerana sudi menjadi teman aku. hanya Allah SWT yang akan balas segalanya. hadirnya dirimu wahai teman telah menerangi taman di hati nie. :)

renungan sejenak.

Dear diari :)


" Masalah itu hadiah. Ia adalah anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah SWT. Percayalah.. setiap kali kesusahan itu datang, pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punyai kesabaran yang tinggi. setiap kali datangnya saat-saat kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Penciptamu sedang menguji. "

p.s | thanks sahabatku, Tuan Nur Fatin Nadia untuk nasihat nie.

Monday, March 14, 2011

rapuh.

Selamat Malam wahai diari ku :)


" Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. "

aku tahu. tapi. amat berat kot. hanya dua bulan saja lagi nak berperang otak. plus dengan masalah peribadi. haish. kadang-kadang ase nak give up pom ade. nak nanges.tapi aku perlukan seseorang yang not only good listener tapi seseorang yang mampu bagi feedback yang boleh membina aku di saat aku tengah down nie. ohh yeah.! orang kate senang kan. lupekan yang tak penting dan fokus kan kat ape yang patot. yes.! i'm trying. aku tak kuat. aku bukan sorang yang senang lepas pada janji dan tanggungjawab aku. sebaik mungkin aku cuba cuba dan tetap cuba untuk penuhi. antara kehendak dan tanggungjawab. dua mende nie amat penting. tapi kalu aku pilih salah satu, satu lagi akan kecewa. tak mau. aku tak nak akan ade isu yang sensitif nanti. aku mohon restu untuk kebahagian. sebab aku takut hubungan yang tanpa restu sampai bila pom susah nak bahagia.

p.s | aku hanya mencari kebahagian berkeluarga di dunia dan akhirat.

Sunday, March 13, 2011

cahaya itu yang aku mahu.thanks ayah gula.

Assalamualaikum

Dear diary :)


Alhamdulillah. weekend aku penuh dengan pelbagai aktiviti. segala perancangan di lakukan dengan baik-baik belaka. walaweyh.! family's holiday trip. oh yeahh.! big family actually. include pakcik dan makcik aku serta atok n nenek ku :) family gathering neh kire untuk gathering keluarga Hj Hassan. aku nak sangat moga-moga tradisi neh kekal hingga anak cucu aku nanti. bia dorang nanti kenal masing-masing sape antara mereka. boleyh kenal-kenal kan. yeah.! InsyaAllah. bile berjumpe ramai-ramai best kan. kan jumpe bile time rayer da susah da. ade yang balik, ade yang tak. so, time skol break neh lah mase tuk berkumpul kat mane-mane tempat percutian kan. dan hasilnya amat lah seronok :)

kalau di ikutkan plan yang dirancang oleh mak sedara aku, cik lie die suggest kami semua duk kat Brinchang, Cameron Highland. dan kebetulan kat sane ade banglow untuk staff TNB. act, suami die keje kat TNB. so, senang sket kami nak holiday kan :) Thanks cik lie for the great gathering ever. aku start tolak ke cameron tue kul 3 ptg kot. kuar dari wad psychiatric tue kul 12.30 tgh hari.ops.! aku da mintak kebenaran hokey ngam lecturer taw. perjalanan tak ade lah jaoh sangat tapi sebab jalan on the way tue yang cam ular kena palu, mak aih.! jaoh kot ase. dan naseb baik aku tak sempat muntah.hehe. loya aje :D


tibe jea kat banglow tue, sume geng family yang lain da sampai. aku kot yang lambat. hehe. ade yang dok bako bbQ, ade yang dok masak kat dapor. okay.! its memang happening. lame da kot tak cam ne. seyes.! aku suka moment nie. aku ape lagik, snap snap snap the picture lah. tapi tue lah, next time lah ak hupdate na. skrg mase nak hupdate belog ja. btw, Alhamdulillah. akhirnya aku dapat jugak segala jawapan yang aku duk tunggu lame dari ayah kesayangan ku. jodoh.? tak pe lah. mungkin tak de jodoh tuk mase nie kan. kenapa ayah aku buat cam tue memang bersebab. dan aku terima seadanya. mungkin ada yang terbaik untuk aku. papehal pom, slowly settle baek-baek. InsyaAllah. tak nak tikam lidah nanti.

terima kasih bak sebab sudi share masalah kakcik :)

next plan tuk family holiday maybe on this disember kat Langkawi. kate pak long aku ade LIMA kat sane. full name aku tak sure lah. but mase tue cam ade pertunjukkan dari geng-geng tentera la. cam jet perjuang ke hape ke. ops.! kalu silap maaf eh. pak long yang akan arrange sume. start from next month da kena collect duit tabung siap-siap neh.nanti pape hal senang.hehe. pak long aku tue pom duk keje kat kementerian pertahanan. bahagian ape aku lupe da. ooh yeah pak long.! make it jadi taw. nak shopping banyak-banyak neh kat langkawi nanti. wee :) tak sabar ase neh.

p.s | ayah gula dan mak gula akulah yang terbaik. tak salah dengar cakap dorang. mungkin ade hikmahnya :)