Saturday, March 26, 2011

maafkan aku.

Salam sayang wahai diariku :)

sering kali kalu orang yang nak berubah kearah kebaikkan akan diejek, di caci malah ada jugak sesetengah pihak menghendik hamba tersebut. SubhanaAllah. mengapa nie semua terjadi.? mungkinkah ini sedang terjadi pada aku sekarang.? apa silap aku.? aku menginginkan kebahagiaan di muka bumi ini dan jugak di akhirat nanti. bantulah aku untuk berubah. bukannya melakukan sifat mazmumah seperti sedemikian. sila isi segala kekosongan diri ini. jika kamu teman aku, bantulah aku. betulkan lah aku jika aku ada tersilap. tak ape. aku terima seadanya. manusia serba serbi tidak sempurna. maka sempurnakanlah aku dengan teguran yang membina untuk aku.janganlah biarkan aku jatuh tersungkur begitu saja.hulurkanlah tanganmu untuk aku supaya aku mampu berdiri dengan yakin.


" Semua pinjaman-Nya. Jika kita sanggup untuk hidup, maka kita juga sanggup untuk diuji. Maka, bersedialah untuk setiap apa di hadapanmu, jadikan cabaran untuk hidup kerana kehidupan itu bukannya semua indah. Yang di belakangmu pula jadikan ia sebagai satu penanda agar kamu tidak melakukan kesalahan lagi. Dan akhirnya kamu mengetahui rencah kehidupan dan engkau bahagia jua."



" Dan tidaklah sama kebaikkan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." ( Al- Fushshilat : 34 )

aku mohon maaf jika aku pernah buat salah terhadap teman sekelilingku. halalkan makan minumku selama ini. malah, aku berterima kasih berbanyak pada kamu sebagai teman aku kerana menerima aku seadanya. terima kasih untuk pertalian persahabatan yang sedia terjalin ini, wahai teman.

p.s | Bukan mudah menyinkirkan sifat-sifat mazmumah.berpegang pada ajaran Islam yang begitu indah, insyaallah semua akan menjadi mudah apabila kita merasa payah. =D

:)




moga-moga selamat. Amin.

p.s | Alhamdulillah. thanks hajar :)

Dia sentiasa ada :)


‎"Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia. Apabila seseorang kafir memohon, Allah memerintahkan jibrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata2nya. Dan apabila seorang hamba yang muslim, yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan kepada jibrail agar menahan, menangguh dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah rindu mendengar suaranya..."

p.s | berdoalah tanpa henti. sesungguhnya Maha Suci Allah amat merindui rintihan hati mu itu.

Friday, March 25, 2011

bukan duniawi yang aku mahu tapi akhirat sana tujuan aku.

salam sejahtera wahai diariku :)

bila akal digunakan sebaik mungkin macam-macam perkara yang difikirkan. kehidupan di muka bumi nie banyak sangat dugaan dan cabaran. laluan kehidupan tidak selalunya lurus. Ia selalu bercabang-cabang. cabang itu ada pelbagai dugaan yang harus kita tempohi. namun janji Allah Yang Maha Mulia tak kan pernah luput.

selama aku hidup di muka bumi nie aku banyak buat silap. aku bukanlah seorang yang sempurna. sering kali melakukan kesilapan. namun, aku jugak punyai niat untuk berubah kearah kebaikkan. duhai hati, kuatkan lah hati ku ini. Alhamdulillah. setelah sekian lama aku mencari blog yang boleh dijadikan sebagai panduan aku untuk berubah akhirnya aku jumpe jugak. Maha Suci Allah telah perkenankan doaku. Dr.Cinta Punya blog. di sinie lah aku selalu bermuhasabah diri. tiap-tiap baris ayat beliau penuh dengan makna dan tujuan. aku hanya manusia biasa. doakan lah aku untuk berubah agar hati ini menjadi lembut. dalam entry-entry beliau banyak menegur tentang pergaulan antara bukan muhrim, tentang pemakaian terutamanya tudung.
Ya Allah, rasa kerdilnya diri nie kalo duk bace entry beliau tentang pemakaian tudung labuh. untungnya barang sesiapa yang memakainya. segalanya tertutup. slowly, aku mencuba.

" Perubahan itu tidak mudah, maka berusahalah.! "


banyakkan beristgfar dalam hidup ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam diri ini. sesungguhnya iblis sentiasa berusaha menyesatkan kami sebagai khalifahMu di muka bumi ini. kuatkan lah iman kami Ya Allah.

" Demi kemuliaan-Mu, pasti aku ( Iblis ) akan menyesatkan mereka semua." (As-Saad :82 )

" Sungguh, Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan kamu dan dengan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya. " ( As-Saad : 86 )


bagi aku, cukuplah maksud ayat-ayat dari Al-Quran Nur Karim yang menjadi tempat untuk aku bermuhasabah diri. aku serba serbi tak lengkap. namun, aku mahu mencuba mencari nur iman yang kekal hakiki. nak jugak aku bawak bekalan amalan di dunia nie nanti untuk ke akhirat.bahagianya bile aku tengok sesiapa saja berjaya melawan nafsunya. nafsu terhadap kehidupan di duniawi ini. hati kecil ini jua punyai keinginan sama.

p.s | janganlah kamu mengutuk malah menghina sesiapa saja yang inginkan perubahan dalam diri mereka. doakanlah kebaikkan untuk mereka. bantulah mereka. Maha Suci Allah sentiasa melihat dan mendengar akan segala yang terjadi. tidak takutkah kamu akan balasannya nanti.?

sahabat bukan hanya pada nama

salam ketemu kembali wahai diariku :)

Merekalah tulang belakang aku yang paling kuat.

Wan Nur Amalina Idayu & Tuan Nur Fatin Nadia

Alhamdulillah. sempat jugak aku update entry aku untuk kali ini. syukur ke hadrat Allah SWT sebab dah bagi kat aku hadiah tak terhingga nie. okay.! nie lah kawan a.k.a sahabat. a.k.a teman ketat aku dari kecik hingga lah akhir nafas aku. sahabat yang begitu amat-amat memahami aku mase susah senang.thanks fatin. thanks ayu. saat aku tulis entry nie, aku sangat-sangat lah rindu kat korang. rindu nak lepak sekali. nak gosip sekali. owh.! kat snie memang lah ramai kawan tapi sahabat tak dak. sebaik mungkin aku jaga hubungan aku dengan teman disini. okay.! aku rindu sangat-sangat. nak ngadu kat korang masalah aku. nak kongsi segalanya.

kalo nak ingatkan mase sekolah dulo-dulo banyak kan kisah silam kita bersama. mase kecik-kecik dulu selalu lepak sekali mase rehat, main hoki sama-sama, g training sama-sama. boleh kate ape yang kiter buat sama-sama kan. tiap kali menang award untuk game hoki, mesti kita bertiga kat depan. WAJIB.! aku bangga taw dak. kita sama-sama berjaya. dari umur 8 tahun hinggalah sekarang (21 tahun). tapi, bile start masuk skolah menengah, sume da cari haluan masing-masing. mase tue, aku da tunggang terbalik taw dak nak cari kawan. tempat baru, environment baru. kadang-kadang aku nanges bile tengok gambar kite mase sekolah rendah dulo-dulo. macam-macam gaya kan ada. mende tue aku tak dapat hinggalah di tempat aku sekarang.


* berjauhan tak bermakna kami terpisah :) *

pernah sekali motor yang aku naik tue kehabisan minyak, fatin sanggup anta minyak motor kat aku. dan tunggu until motor aku boleh berfungsi dengan baik. mase tue aku malu kot. malu sebab dah menyusahkan teman hati aku. maaf taw teman. jasa baik mu Allah SWT saja yang mampu balas. kalo mase cuti sekolah ke sem break ke, orang yang selalu lepak kat umah aku dua orang nie lah. da tak da orang lain da. kire dorang lah regular visiter kat umah aku.hehe. tak pe lah weyh.! aku suka.

sekarang, sume da ikot haluan masing-masing. fatin bakal nak jadik cikgu. ayu plak bakal jadik engineer.aku plak jadi cik misi.InsyaAllah. sume da duk jauh-jauh da sekarang. ape yang menghubungkan kami hanyalah sistem komunikasi. kat pesbok la kami duk chit chat. kol tak yah duk kate la, selalu jea kami gayut sama-sama.

" Ya Allah, peliharalah tali persaudaraan kami ini sebaik mungkin. Jangan lah Engkau menjarakkan hubungan ini. Lindungilah kami dari segala musibah."
Amin.

p.s | fatin nadia dan amalina idayu kawan a.k.a sahabat aku sampai mati.

Saturday, March 19, 2011

nak kawen cepat-cepat :P

Rasullullah SAW bersabda :

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita."


"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." - (HR:Ibnu Majah)

p.s | duhai hati bersabarlah dalam menjalani bahtera kehidupan. ish.! tak sabarnye ase bila hubungan dihalalkan. amin :)

siapa kita dimata Nya.



p.s| bila kita mencari Allah SWT, Allah SWT pasti mencari kita.