Monday, April 25, 2011

tak lame.kejap je kan :P


tak lame lagik. tak kejap pom jugak. okay try to be enjoy dengan hidup ini.
sekian :)

p.s |perkataan yang baik, menolak dengan cara yang baik, dan pemberian maaf ialah memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari peminta.

Tuesday, April 19, 2011

betulkan ape yang salah :)

Salam chenta buat diariku :)

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu aku posting untuk modul management. hanya berbaki 1 minggu saja lagi.then exam berderet-deret kot dalam list tue. hoho. macam mane kan. tak pe.! chaiyook.!

semasa aku ralit dalam menjalani kehidupan aku sebagai seorang perawat kepada orang yang sakit sudah banyak karenah aku jumpa. baik mahupun buruk sume ada. manusia mane ade sempurna. so, its up to us lah macam mana nak adapt kan untuk mana-mana situasi. masih segar dalam ingatan aku nie 1 cerita. okay.! meh aku story mory okay :)

dalam ward :

isteri pesakit : dik.! boleh tak tukar pampers. dah kotor lah.
aku : hokey.! tapi nak tanye,akak nie jadi macam mane ea ngam pesakit nie.?
isteri pesakit : akak isteri dia.
aku : owh.! kalo cam tue, meh la join sekali kak cuci pastue kite tukar pampers sekali. nak tak?
isteri pesakit : hurm.! tak pe lah dik. adik wat lah. akak tunggu kat luar.
*smbil wat muka geleng-geleng*
aku : ok kak.

* keadaan nie terjadi kat depan si suami sendirik.entah-entah ape ea rasa isi hati si suami.?

aku beredar sambil senyum sinis. senyum aku penuh dengan makna. sejenak aku terfikir. apa sebenarnya makna dalam sesuatu hubungan.? terutama untuk hubungan suami isteri. dalam hati aku penuh dengan soklan. pelik betoi, kan da kawen lagi halal. tapi, takkan ngam suami nak malu.? plus, suami kan tengah sakit tue. tak perlulah nak rasa jijik. atau rasa segala kan. rase-rase tak salah kan nak berbakti tuk suami kesayangan sendiri. bila lagi nak berbakti. kata nak payung emas nanti kat padang mahsyar. so, mase-mase cam nie lah nak buktikan.

plus, penah gak teman taulan aku kata :

teman taulan : aku nanti kalo da kawen tak mau nak jadi "hamba" kat suami nanti.
aku : hamba.? maksud ko.?
teman taulan : maksud aku macam tolong pakaikan neck tie ke tolong pakaikan stoking kat kaki die ke ape ke anything yang aku kena tolong. kalu nak, buat sendirik. aku tak mau.

aku terdiam..


hurm. nak komen lebey- lebey, katenye balik wat ape nak susah-susah. hadoii. susah rase bila mana ape yang benar diputarbelitkan. okay.! bila kita back to basic sebenarnya ape maksud nya " seorang isteri dalam kehidupan seorang suami " memang meluaskan. tapi, cukup lah aku nyatakan bahawa kalo nak senang di akhirat, susah-susah lah dulu kat dunia. tak salahkan jadi "hamba" kat suami tersayang. kalo tak sanggup, jangan lah nak amik risiko untuk jadi seorang isteri. umumnya, maksud isteri, tanggungjawab isteri terhadap suami dan keluarga semuanya kena tahu. tue sebab nape ade khusus kawen :)

" Barang sesiapa menghendaki pahala di dunia maka ketahuilah bahawa di sisi Allah SWT ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (An-Nisa : 134)


" Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah SWt telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain( perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah SWT) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah SWT telah menjaga (mereka).Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz, hendaklah kamu berikan nasihat kepada mereka , tinggalkan mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan unuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar." ( An-Nisa :34 )

*nusyuz : meninggalkan kewajiban selaku seorang isteri.

p.s| cukuplah sekadar ayat-ayat suci Al-Quran ini yang menghuraikan segalanya :)

Sunday, April 17, 2011

Man Jadda Wajada


"Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya.
(Surah An-Najm, 39)

p.s | semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Tuesday, April 12, 2011

hoki hidup aku dul0-dulo kala.

selamat malam wahai diariku :)

tibe-tibe saja aku teringat pada zaman sekolah dulu-dulu kala. haish.! rindunye teramat sangat zaman tue. zaman sekolah yang dok tunggang terbalik ngam member kat padang semasa training hoki kat padang Sek.Men.Zainab 1, tue.plus, skolah aku nie sumenye budak-budak pompuan je :) Ya Allah, heaven nye ase walaupun pada mase tue aku dOk rase wat ape lah duk training tiap-tiap petang neh. bukan leyh ape pom. training nie start kul 5.00 petang lepas waktu asar. before start training tue, mostly coach aku a.k.a papa Azli selalu wat solat jemaah tuk waktue asar. so, sume orang join but not yang special case lah kan. da abes je solat jemaah asar kami sume kena lari round padang.pergh.! tengok kehendak order coach lah bape round die nak kasi. mantoopp kot mase tue training. balik-balik lepas training tue terus tido. letey la katekan. posisi aku tuk game nie tak tetap pom. kadang-kadang aku jadik striker, defender, wing kanan, wing kiri. entah lah. boleyh kate sume posisi aku pegang but goal keeper aku xsempat pegang ag.hehe.


bile jadik as hockey player nie banyak gak la kelebihan. berat badan aku boleh maintain jea, plus leyh jalan-jalan kat tempat orang. and... fulus pom dapat dari MSSM. aku lupe la full name die.best la. kenalan dari other skol pom byak. cume ape yang kureng sket, bile banyak main nie, kulit muka tukar kaler la jawab nye. mase nie aku selalu jea jadi orang negro. ha-ha-ha. tapi sekarang Alhamdulillah :)

bile da kat zaman U nie, da tak sama macam dulu. nak main ke ape susah da. plus, tempat aku study nie bukannya kat induk U. so, outdoor activity memang takdak lah. so, bile aku rajen baru la aku p jogging kat tasik permaisuri sorang-sorang and berenang. wee :) tue je la riadah aku tuk mase sekarang. nak release kan tension kena carik banyak cara. :P

p.s | i wish i can turn back time so, i can appreciate everything that happen to me.

Friday, April 8, 2011

muhasabah cinta

salam rhendu wahai diariku.

dengan izin Yang Maha Suci Allah SWT dapat gak aku bernafas hingga ari nie. Alhamdulillah, ari nie aku dengan selamatnya sampai kat kampung terchenta. rhendu terbalas jua. cuti hujung minggu saja. tak ape lah. aku nak jumpe dulu ngam ayahanda dan ummi yang terchenta nak dapat semangat katanye :) yealah kan. tak lame lagi nak final exam dah aku neh :)dalam bersemangat nak balik kampung, ade plak teman bertanya :

miss Y : zati, ape eh hukum kat akhirat nanti kalo pakai tudung singkat hingga nampak bentuk buah dada.?

slowly aku jawab dengan nada tenang.

zati : hurm. ape yang aku tahu dan terbaca artikel lah kan, kalau seseorang wanita tue mendedahkan buah dadanya samada berpakaian ketat, memakai tudung tapi nampak v bentuknya.. nanti kat akhirat wanita tue akan dicucuk buah dada nya dengan besi yang teramat panas hinggakan boleh melecur kulit kalu terkena. plus, aku da tak ingat yang lain. tue je yang aku ingatlah.

miss Y : ooo.cam tue.bukan ape, mak aku ade gak suh. tapi aku tak ready ag. plus nampak cam berusia kot.a.k.a matang senang citer.


Firman Allah SWT :

" Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) , cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan, (ingatlah) Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . " ( Al- Ahzab : 59 )


“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) "



hurm.! aku terdiam. memang susah nak melakukan perubahan tapi, kita jangan mudah mengalah. dulu-dulu aku pernah tersesat. tapi, bila hidup ini di kelilingi dengan teman seperjuangan yang banyak menolong aku untuk berubah, aku rase Alhamdullillah. slowly aku amik masa untuk berubah. terima kasih kepada teman taulan aku yang menegur aku dengan teguran secara tersurat ataupun tersirat. kerana dirimu teman, aku mula sedar. sedar dari kesilapan yang pernah aku buat sebelom nie. aku bukanlah yang terbaik. walau macam mana pun, aku mahukan perubahan kearah kebaikkan. doakan aku agar aku kuat wahai teman.

p.s | dalam diam, aku berdoa agar dirimu mendapat hidayah kelak wahai teman. InsyaAllah :)

Thursday, March 31, 2011

jauh dimata dekat di hati

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi wahai diari ku :)

hidup sekarang nie. bizi. bizi. bizi dan bizi saja memanjang. Alhamdulillah. start next week aku da start posting kat ward medical 2. hurm, ward tue sangat-sangat bizi. huh.! mood kadang kala ade jea jadik disorder. maybe jadual mula padat. owh yes.! memang da padat da pom :P tak pa lah, kate da nak abes study kan, so emosi dan mental kena seimbang kan :)


bile dalam keadaan macam nie, mula la sebak. ish.,! rindunya kat bak n ummi. nak semangat tuk motivasi.duk jaoh-jaoh macam nie susah da nak manja-manja. tak pe, handphone je la cara aku comunicate. walau sibuk cam ne pom aku tetap nak balik kampung. walaweyh.! InsyaAllah.

p.s | nak carik gak mase. nak balik. homesick.!

Monday, March 28, 2011

untitle

Selamat malam wahai diariku :)

Alhamdulillah. dengan izin Maha Suci Allah, dapat lagi aku bernafas seperti sedia kala. namun, jauh di sudut hati aku banyak mende yang aku fikir. tiap detik nafas aku ini, aku yakin dugaan hidup sebagai hambaNya datang tanpa di jemput. Ya Allah, kuatkan lah hati ku inie.

Alhamdulillah. seetelah sekian lama ( ase-ase 5minggu suda ) aku dan teman kumpulan aku posting di wad psychiatric. ward lelaki dan ward wanita. banyak yang aku belajar semasa berada di sana. ayahanda kesayangan aku ada pesan kat aku mase aku duk ralit citer kat die pasal ward psychiatric nie.

" peganglah 2 perkara dalam hidup nie. Al-Quran Nur Karrim dan Hadith. kalau tak dak dua mende nie, hidup akan jadik kucar-kacir. hanya dua khazanah nie lah panduan kita semasa kita hidup. kalau tak de, hurm.! ada dugaan sket mudah sangat nak stress. padahal tak tahu ke semua tue dugaan mase kat dunia. Allah SWT pun ade gitaw kan, yang Dia takkan kasi dugaan kepada seseorang itu melebihi kemampuannya. tangani dengan bijak. "



tersentap aku sekejap. betol jugak ape yang ayahanda aku kasi taw nie. dan memang masuk akal. kalau kita betul-betul fahami apa maksud isi yang tersurat dan tersirat dalam Al-Quran tue, InsyaAllah hidup diberkati :)

sekarang, aku da start modul baru da. modul management a.k.a pengurusan. kalo bab modul nie, katanye si puan lecturer aku, kami nie umpama da melangkah 1 kaki ke alam pekerjaan kami. Alhamdulillah.moga-moga kami sekumpulan dapat hadapi dengan hati yang cekal.geng sume.! nanti kita wat yang terbaik hokey.? chaiyokk.. :D

p.s | sapa kita di muka bumi nie kan. hanya hamba yang hina kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Maha Suci Allah. bermaaf-maafan lah sesama insan. tak rugi pon.malah manisnya dalam persahabatan dapat kita rasa.biar lah orang wat jahat kat kita. jangan kita wat jahat kat orang. chill :D