Sunday, May 8, 2011

chaiyok zati.!

selamat pukul 4 am wahai diary :)


hati kena kuat untuk seketika.
peace with deeply fight for future.
doakan yang terbaik sekalian.

p.s | menuju kejayaan banyak dugaan harus tempoh.

Saturday, May 7, 2011

kalo lah boleyh cepatkan mase kan best.!

selamat pagi chenta buat diaryku

hari nie aku jeles. hari nie aku cemburu. hari nie aku dengki. hari ini aku segalanya lah adik beradiknya. jeles, cemburu bukan ape pom. sebabnya adalah satu. nak dOk kat umah sekarang dan celebrate mother's day kat umi aku tersayang. bile berjaohan cam nie texting mesej dan calling jea lah yang dapat aku lakukan. rhendu nak pelOk. rhendu nak kiss pipi umi.
*kakcik rhendu umi*

bestnye umi dapat bunga rose merah sempena hari ibu. sukenye tengok umi senyum. sesungguhnya anakmu nie memang rhendu sangat-sangat kat umi. nak balik. da tak sabar da nak habeskan paper yang masih berlambak nie..cepat lah mase. nak balik tengok kesayangan hati nie .

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyampihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangmu. Hanya kepada Aku kembalimu. " ( Surah Luqman :14 )

p.s | rhendu umii :(

Thursday, May 5, 2011

tulang belakang aku.

salam rindu kepada diary tersayang.

mungkin perkara ini aku tak pernah cerita kepada sesiapa pom. hanya isi hati aku saja yang merasa. tahu. apa itu keinginan yang mendalam. doa aku tak pernah putus-putus. hanya untuk umi dan bak terchenta saja. ini saja harta yang aku ada buat masa sekarang. dan mereka sendiri tidak tahu wujudnya diary nie. di sini lah tempat aku meluahkan segala isi hati kecil aku. buat ummi dan bak, ape yang kakcik postkan nie adalah ape yang hadir dari lubuk hati kakcik yang kecil ini. rindu ummi. rindu bak sangat-sangat :(


untuk ummi tersayang :

maafkan kakcik sebab kakcik selalu jea wat umi terasa hati. kakcik degil ummi. tapi, umi sabar jea kan ngam perangai kakcik sebab terlalu sayangkan kakcik. walaupun umi sibuk dengan kerja, kami adik-beradik umi sempat layan. kadang-kala umi sampai tertidur kat kerusi kat ruang keluarga kan. kakcik sedey tengok umi letey jea. tue sebab kakcik selalu urut kaki umi sebab kakcik taw umi letey mase keje. dan sebab kakcik selalu urut kaki umi, badan umi, umi susah nak bagi adik beradik laen urut umi.umi akan tunngu kakcik balik gak kan. walaupun pon kakcik balik kejap je, umi tetap nak kakcik urut. bagi kakcik tue something special yang kakcik ade tapi adik beradik yang lain tak de. pernah gak kakcik menanges sambil urut kaki umi. mase tue banyak mende kakcik fikir. dari kakcik dalam perot umi hingga lah sekarang. mase tue selama 9 bulan 10 hari umi dok bawak kakcik ke hulu ke hilir kan. tak pernah pom umi mengeloh bile bawak kakcik dalam perot. doa umi tak pernah putus-putus tuk kakcik supaya nanti kakcik besar kakcik jadik orang berguna.


umi sayang ,

InsyaAllah umi. InsyaAllah bak. nanti abes jea 7 tahun contract keje kakcik nak dok dekat ngam umi dan bak. kakcik nak jaga bak dan umi sebaek mungkin. nak jaga sama ngam ummi ngam bak jage kakcik mase kecik. nyamok pom tak bagi gigit kan. nak jage umi dan bak mase sakit. nak mandikan umi dan bak. nak suapkan nasi kat umi dan bak. nak basuh berak umi dan bak. nak jage sume sal bak n umi nanti. InsyaAllah. kakcik pom tak putus-putus doa.nie lah sebab utama nape kakcik pilih nursing sebagai kerjaya hidup kakcik. kakcik nak balas jasa ummi dan bak meskipun kakcik taw yang kakcik takkan termampu jasa bak dan ummi kat kakcik.

" Ya Allah , izinkanlah aku walaupun sekejap saja kesempatan aku untuk berbakti kepada ummi dan bak aku.permudahkan lah segala urusan aku , Ya Allah."

p.s | *homesick*

Wednesday, May 4, 2011

jangan putus asa :)

selamat petang buat diari chenta :)


hari nie mood mula tunggang terbalik. eustress plak menjadik-jadik. tapi tak pe , stress yang kearah positif tue baik :) mulai esok perjuangan akan bermula. selamat maju jaya buat teman seperjuangan. garisan penamat sudah hampir dekat. jalanilah dengan hati yang tenang :)

‎" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya." (Al-Baqarah : 286 )


p.s |together we turn to Allah SWT :)

Saturday, April 30, 2011

jum yuk keluar dari zon selesa :)


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya. (mereka berdoa) " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." ( Al-Baqarah : 286 )

p.s | dari Dia kita datang dan kepada-Nya lah kita pulang.

Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah :)


selamat pagi chenta buat diariku tersayang



nie hadiah untuk diri sendiri sempena besday saya :)

p.s | rase puaskan bile dapat miliki sesuatu yang da lame kita sendiri indamkan :)

Wednesday, April 27, 2011

happy birthday to me :)

Selamat Ulang Tahun Miszati yang ke-21

heee :) Alhamdulillah sangat-sangat. pejam celik pejam celik aku da umur 21 tahun da. ucapan tak henti-henti aku dapat samada dari facebook, ym, handphone dan banyak lah. terima kaseh taw kawan-kawan. tak lupe jugak korang kat aku. bagi aku wish pom dah amat memadai sangat-sangat..for this year aku dapat 2 buah kek.yeah.! sukee taw.. trime kasih kepada teman yang terlibat. especially to housemate aku dan alya,yamin,kak yan n fazlina. bersungguh-sungguh sambut besday aku tuk tahun nie.


kek kat atas nie da tinggal separuh jea. mase nie jea aku sempat snap picture taw. sebab mase mula-mula tue aku terlalu excited terus potong kek.then baru teringat nak amik picture.haih.! tue la,xsabar-sabar sangat :) okay.!nie cara-cara dorang celebrate besday aku. lepas balik dari ward aku terus keras kat atas katil. letey kot. tido xingat dunia kan.tbe-tbe si syiera dak umah aku bukak pintu.maybe check line kot. kuar plak tbe-tbe. aku ingat nak la smbung tdo pastue tbe2 rase cam ramai je yang masuk bilik sambil nyanyi
"happy besday to zati".
walaweyh.!sweet taw you all's..hehe..terharu pom ade.thanks taw.maybe this is the last celebration kan sebab nanti da susah da kita nak lepak sekali.


haa.! nie plak kek coklat spesel dari alya :) dak umah die nie lah yang plan. aku mai duk lepak-lepak jea kat umah dorg. tup tup mai kek.hee.sekali lagik aku malu. tak expect pom dapat dua kek dalam 1 mase. xpe ea. pape pom thanks banyak-banyak tuk semua nie . susah-susah jea korang taw.


dalam aku duk happy sambut besday nie ade jugak berita buruk terjadi. hurm. nak buat macam mane.maybe da qada' dan qadar. setakat nie jea pertalian persahabatan aku terjalin. sebabnya hanya lah sesuatu yang susah nak diterima oleh akal.adoi.! tak pe lah. mungkin selesa begitu dan persahabatan di ketepikan. its okay teman. sudah dua kali jadik macam nie kan. tapi bukan untuk kali ketiga. nak berkawan haruslah ikhlas. fikir elok-elok, itu pesan saya untuk awak sebagai teman saya. saya maafkan awak. tapi saya kecewa dengan awak.


p.s | Thanks to those who left, you made me stronger. Thanks to those who stayed, you showed me TRUE friendship . :)