Tuesday, August 16, 2011

the choosen

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

15 Ramadhan 1432H

Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai hamba-Nya di muka bumi ada kalanya apa yang terjadi berada di luar jangkaan kita. Baik mahupun buruk dugaan itu percayalah pasti ada hikmahnya. SesungguhNya Maha Suci Allah swt adalah Maha Perancang.

Dugaan yang datang tanpa dijemput malah tidak pula diundang. Tapi aku terima ianya dengan tabah. Antara ramai aku terpilih. Rasanya tidak dapat aku ceritakan. Hanya Allah swt yang tahu segala isi hati aku, perasaan aku masa itu. sedih, sebak, hancur semua itu aku rasa. Tapi, aku hanya mampu senyum saja. Alhamdulillah, aku mendapat satu kekuatan yang tidak dapat aku ungkapkan. Maha Suci Allah amat teliti dalam segala perancangan-Nya. Aku terima segalanya dengan tabah. Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Sebabnya aku yakin, Penciptaku pasti menyediakan pelangi yang cantik untuk aku .Dia akan menguji sesiapa sahaja hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya. Syukur tidak terhingga dengan adanya ujian nie, aku dapat merasakan aku makin dekat dengan-Nya. Jika diberi pilihan masa dahulu ataupun masa sekarang untuk jadi pilihan hati kecilku ini, aku pilih untuk berada masa sekarang. Lupakan yang lepas dan menikmati dugaan yang diberikan ini.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar segala rintihan hambaNya, hati kecil ini telah diberikan kekuatan untuk melindungi segala kesedihan yang dialami. Mostly kenalan aku tidak percaya dengan apa yang terjadi terhadap diri ini, tapi apa yang boleh aku lakukan. Semuanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz ku. aku harus terima. Dengan setiap teguran tue, aku hanya mampu tersenyum selebar-lebarnya. Menyembunyikan segala kesedihan yang ada dalam diri ini. Tiap hari mata ini tidak pernah kering dengan air mata. Hanya Dia sahaja peneman setia aku dikala aku jatuh bangun dalam menjalani kehidupan aku. Padaku, mengapa harus aku memperlihatkan kesedihan nie di depan kenalan aku.? mahu tengok aku lemah.? mungkin aku penah lakukan sebelumnya tapi bukan untuk sekarang. belajar daripada kesilapan. Kalau nak tengok orang gembira dengan kita, jangan tunjukkan kesedihan kita di hadapan mereka . Banyakkan senyum. ^.^



" wahai sahabatku, korang janganlah bersedih. kalo korang sedeih aku lagi la bertambah-tambah sedih sebab aku yang tanggung semua nie.aku tak nak korang sedeyh tapi banyakkan berdoa supaya aku kuat hadapi semua nie.okay.? "

Kalau difikirkan dengan akal yang waras, ujian ini tidaklah seteruk dengan rakyat Palestin yang habis-habisan berjihad kejalan-Nya. makan, minum, pakaian, tempat tinggal semua kekurangan. Sebagai hamba-Nya tidak ada ape yang dapat aku dilakukan selain bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang melimpah-ruah nie. aku masih lagi diberi kesihatan tubuh badan yang bagus, pancaindera masih lagi berfungsi dengan baik, pertalian persaudaraan dengan saudara islam semua nie adalah nikmat yang besar telah Allah swt beri untuk diri ni. jadi, tak ada sebab aku nak sedih sangat. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Maha Suci Allah swt buat kita, itulah yang terbaik .

" walaupun diduga di luar jangkaan aku, aku yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa.

Syukran Ya Rabb ... "

p.s| Janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berada dengan kita.

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)


Alhamdulillah dengan izinNya kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah. setiap manusia pastinya akan berlumba-lumba mencari keredhaan Ilahi secara berlipat kali ganda. Alhamdulillah. baguslah kan.moga di bulan mulia nie kita semua dapat menjadi yang lebih baik daripada semalam. pasang niat elok-elok dalam hati. Allah swt amat menyayangi hambaNya sehingga pahala yang dijanjikan sangat banyak. lets grab it guys.!

JOM.!

p.s | nak khatam al-Quran.insyaAllah

Sunday, July 24, 2011

saya nak pelangi tue :)

Assalamualaikum wbt...

kejatuhan ini bukan bermaksud aku gagal segalanya dalam kehidupan ini. apa yang terjadi ada maksud yang tersirat di luar kotak pemikiran kita. sebagai hambaNya, kita sering kali di uji dengan pelbagai dengan ujian hidup.dan aku terima dengan hati yang terbuka dengan ujian nie.aku redha.jauh dari sudut kecil hatiku ini berharap agar ujian nie mampu mendekatkan diri aku dengan-Nya. InsyaAllah.

katanya dari temanku,

"mungkin kali nie rezeki kami murah dan tidak padamu teman.tapi mana tahu esok nanti rezekimu akan melimpah ruah daripada kami.doakan yang terbaik.tabahkan hati. "

syukran jazilan ya ukhti.doakan yang terbaik buat diri ini.

Saturday, July 16, 2011

ada hikmah di sebalik kejadian.



"bersyukurlah" orang yg mendapatkan cubaan dengan segala

kesusahan kerana sesungguhnya ALLAH sedang rindu dengan

sujud kalian, ruku' kalian, doa kalian dan air mata kalian”.

Serahkan semua kepada Allah: aku serahkan, duka deritaku,

kesedihanku, masalahku hanya kepada Engkau Ya Allah".

(QS.12:86).


p.s | ada hikmah di sebalik kejadian.

Friday, July 15, 2011

jadik hugak akhirnya :)

Assalamualaikum wbt..


elo elo elo elooooooo...
Arinie tak de keje kat umah.lepas kemas umah segala carik-carik kerja pula nak buat ape. plus, nak tenangkan hati nie jugak. dan bile nak carik ketenangan tue pulak mai pulak mood nak baking something. dann nie lah yang hasilnya. taraaaa ...! "tart telur" hehehe.tart telur jea pon. hahah.Alhamdulillah. jadik jugak akhirnya walaupun first time buat. aku still nak keep it up.nak buat lagik sebab nya nak buat kezutan nanti kat someone spesel.

plus, pasal kawan aku yang kat hospital USM sekarang da Alhamdulillah.Syukur sangat-sangat kepada Yang Maha Esa sebabnye da makbulkan doa kami semua. sekarang dah pindah kat wad yang lebey stabil. esok kalo pree nak p melawat polak. sahabat dunia akhirat aku tetap sayang kamu, sa. xoxo~

p.s | nak baking hape lagik ea?

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah. dengan izinnya aku berkesempatan lagi hari ini untuk melawat sahabat ku nie. Alhamdulillah jugak sebab positive feedback yang dapat. hanya senyuman yang terukir.mungkin inilah yang terbukti. sabar dan doa itulah senjata yang penting bagi seorang mukmin. kawanku nie da mulai sedar dan da boleh commucation tapi tidak lah sebaik sebelum ini. nak mengenal seseorang memang mengambil masa.tak pe lah sahabat, take your time. kami semua doakan yang terbaik untukmu teman.mase nak balik tue sempat lagi dok berjenaka pulak..

" oghe kalo mai melawat tue bawak la sekut so duo.. buleh gok wat kekoh..isi perut gapo.. mak aih.! demand kot mu sa." hahahaha.

next time aku bawak la mende lain plok sa deh..semalam aku bawak buah epal tapi tak taw la sape yang makan. apepom, aku doakan yang terbaik buatmu wahai sahabatku. rest banyak-banyak deh.insyaALlah tak lame lagi sehat lah.kalo ade mase free, aku dan saem-saem yang lain g melawat mu pulak deh :)

p.s | doa senjata buat umat islam.

Tuesday, July 12, 2011

sabar itu indah.

Assalamualaikum wbt...

dalam menjalani kehidupan seharian, kita diberikan pelbagai nikmat yang tak terhitung oleh-Nya sejak dari saat kita mula-mula bernafas lagi. kadang-kala kite selalu merungut atas segala musibah yang datang menimpa walhal kite tidak terfikir pom bahawasanya ada lagi teruk musibah yang menimpa yang lain. kadang-kadang musihabah yang menimpa kita tue tidak lah seteruk mana kan. tapi kita masih tidak sedarkan diri oleh dek sifat putus asa. tapi, dengan izinNya, petang tadi aku pergi melawat sahabat kenalan aku mase kecik-kecik dulu. kami satu sekolah rendah.bile da besar da mula ikut haluan masing-masing. bile da abes study kat skolah menengah barulah kami semua sempat bertemu dengan izinNya.

jauh dari sudut hati ini, tak sanggup melihat keadaanmu wahai sahabat ku.amat terseksa sekali aku melihat keadaan mu tadi. terlantang di atas katil separuh sedar. banyak jugak aku nampak perubahan yang terjadi pada dirimu wahai sahabatku. mukamu sudah makin tembam. kulit mu makin pucat. jauh bezanya keadaanmu ketika kita bertemu secara beramai. tangan kaki diikat. makan pun melalui tube (ryle's tube).



Muhd Faisal Azizi.

itulah name yang diberi oleh orang tuanya. sangat bererti nama ini. katenya tentang perkembangan kesihatan beliau, terjadinya semua nie di sebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak. keadaan terjadi apabila sahabatku ini mulai pengsan dan terkeluar buih-buih putih dari mulutnya. Ya Allah Ya Rabb.. sedeynya. pilunya tak terkata. beliau penah mengadu sakit kepala 2-3 hati nie. tapi, baginya ia mungkin hanya sakit kepala.blood test dan bone marrow test sudah dibuat tapi tiada satu pun petanda yang menunjukkan masalah.

La Tahzan wahai sahabatku.


mase nie sek-sek kito pakai baje samo kaler blako :P

kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang terbaik, yang SEMPURNA tidak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN. namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN menjadi KELEBIHAN. ITULAH KESEMPURNAAN.tiada manusia hidup BERBAHAGIA sepanjang masa.tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENSARA. - pesha afafiha-

kepada sahabatku,

pesa.. aku rhendu ko mu wahai saem aku yak kecik ag. walaupun mu senyap jah, tapi mu tetap saem aku dunia akhirat sa. kuat deh semangat mu. nielah ujian dariNya kepada setiap hambaNya. walaupun perit macam mana sekali pon,hadapi dengan tabah. ingat taw, ada hikmah di sebaliknya. ALlah SWT akan uji seseorang hambaNya untuk menaikkan lagi martabatmu disisiNya. aku rhendu nok dengar mu ngila saem. mu senyum saem. get well soon.aku doakan yang terbaik buatmu sa. walau apapun,aku redha sa. sakit lonie xsemestinya sakit plok nanti. yakin lah sa, Allah SWT amat-amat saye ko mu. mu budak baek sa. mu memey baik. ya Allah....sembuhkan lah saem aku sore nie..

p.s | doakan yang terbaek buat temanku nie.