Friday, October 1, 2010

aku takkan kalah :)


pernah tak dengar ayat-ayat pemberi semangat ini ,

" patah tumbuh hilang berganti "

ermh.! haa. agak-agaknya korang faham tak maksud kata - kata hikmah ini yang ala-ala masyur gtue.. hoho. yang jelasnya , kita tak perlulah nak sedey-sedey jika hilang sesuatu yang kita sayang. yakinlah pasti ada hikmah di sebaliknya. sedar dan hayati apa maksud yang tersirat. tak perlu risau lah. sudah menjadi perkara normal kalau setiap manusia mengalaminya. aku pun turut mengalaminya jugak taw dak :) but life must go on kan . hidup mesti ceria kan. tak perlu monyot ja muka tue. tak perlu membengkak kan mata yang da tersedia cun melecun kan. hanya yang perlu kita buat, senyum selebar mungkin dan kata kan :-

" Hey.! aku kuat lah. wat pa nak sedey :) "

yang pergi biar lah kan. jangan pula terfikir bahawa diri terasa rugi kerna tak berjaya memiliki apa yang diingini. biar kan si dia berlalu sebaik mungkin. lepaskan secara damai. apa yang penting kehidupan masa hadapan. menjadi bintang yang bakal menyinari sesuatu kehidupan bukanlah senang. banyak tempat yang akan tempuh. bintang yang bersinar memang lah banyak di atas sana, namun sinar yang mampu menyinari sepanjang kehidupan itulah yang sukar dapat.

kisah hidup aku, aku sukar untuk di kongsi. mungkin agak peribadi bagi diri ini. cukup lah sekadar kiasan yang tertulis di alam maya dan di bicarakan di bibir. mungkin itu cara aku untuk berkongsi cerita. direct story.? nop.! itu bukan cara aku :) manusia banyak ragam. kadang-kadang susah untuk dipercayai. di depan banyaklah lakonan yang terbaik. pelakon terbaik pun boleyh dapat kot. tapi di belakang, siapa lah tahu kan. bukan ingin menyalah tafsir, tapi sikap berjaga-jaga kena ada. percayalah, setiap orang tak sama dengan diri kita :) kadang-kadang, kata hati sememang nya betol.

kadang-kadang persoalan ini sering ada kan dalam fikiran :

mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan.?
mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang.?
mengapa tidak ada malam yang berpanjangan ataupun siang yang berpanjangan yang menyinari alam.?
mengapa mesti wujudnya putaran alam.?
mengapa untuk tidak ada sekali gus dalam sesuatu masa.?
mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu.?

jawabnya -,-

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

p.s | biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah :) -iluvislam-

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: