Thursday, March 31, 2011

jauh dimata dekat di hati

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi wahai diari ku :)

hidup sekarang nie. bizi. bizi. bizi dan bizi saja memanjang. Alhamdulillah. start next week aku da start posting kat ward medical 2. hurm, ward tue sangat-sangat bizi. huh.! mood kadang kala ade jea jadik disorder. maybe jadual mula padat. owh yes.! memang da padat da pom :P tak pa lah, kate da nak abes study kan, so emosi dan mental kena seimbang kan :)


bile dalam keadaan macam nie, mula la sebak. ish.,! rindunya kat bak n ummi. nak semangat tuk motivasi.duk jaoh-jaoh macam nie susah da nak manja-manja. tak pe, handphone je la cara aku comunicate. walau sibuk cam ne pom aku tetap nak balik kampung. walaweyh.! InsyaAllah.

p.s | nak carik gak mase. nak balik. homesick.!

Monday, March 28, 2011

untitle

Selamat malam wahai diariku :)

Alhamdulillah. dengan izin Maha Suci Allah, dapat lagi aku bernafas seperti sedia kala. namun, jauh di sudut hati aku banyak mende yang aku fikir. tiap detik nafas aku ini, aku yakin dugaan hidup sebagai hambaNya datang tanpa di jemput. Ya Allah, kuatkan lah hati ku inie.

Alhamdulillah. seetelah sekian lama ( ase-ase 5minggu suda ) aku dan teman kumpulan aku posting di wad psychiatric. ward lelaki dan ward wanita. banyak yang aku belajar semasa berada di sana. ayahanda kesayangan aku ada pesan kat aku mase aku duk ralit citer kat die pasal ward psychiatric nie.

" peganglah 2 perkara dalam hidup nie. Al-Quran Nur Karrim dan Hadith. kalau tak dak dua mende nie, hidup akan jadik kucar-kacir. hanya dua khazanah nie lah panduan kita semasa kita hidup. kalau tak de, hurm.! ada dugaan sket mudah sangat nak stress. padahal tak tahu ke semua tue dugaan mase kat dunia. Allah SWT pun ade gitaw kan, yang Dia takkan kasi dugaan kepada seseorang itu melebihi kemampuannya. tangani dengan bijak. "



tersentap aku sekejap. betol jugak ape yang ayahanda aku kasi taw nie. dan memang masuk akal. kalau kita betul-betul fahami apa maksud isi yang tersurat dan tersirat dalam Al-Quran tue, InsyaAllah hidup diberkati :)

sekarang, aku da start modul baru da. modul management a.k.a pengurusan. kalo bab modul nie, katanye si puan lecturer aku, kami nie umpama da melangkah 1 kaki ke alam pekerjaan kami. Alhamdulillah.moga-moga kami sekumpulan dapat hadapi dengan hati yang cekal.geng sume.! nanti kita wat yang terbaik hokey.? chaiyokk.. :D

p.s | sapa kita di muka bumi nie kan. hanya hamba yang hina kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Maha Suci Allah. bermaaf-maafan lah sesama insan. tak rugi pon.malah manisnya dalam persahabatan dapat kita rasa.biar lah orang wat jahat kat kita. jangan kita wat jahat kat orang. chill :D

Saturday, March 26, 2011

maafkan aku.

Salam sayang wahai diariku :)

sering kali kalu orang yang nak berubah kearah kebaikkan akan diejek, di caci malah ada jugak sesetengah pihak menghendik hamba tersebut. SubhanaAllah. mengapa nie semua terjadi.? mungkinkah ini sedang terjadi pada aku sekarang.? apa silap aku.? aku menginginkan kebahagiaan di muka bumi ini dan jugak di akhirat nanti. bantulah aku untuk berubah. bukannya melakukan sifat mazmumah seperti sedemikian. sila isi segala kekosongan diri ini. jika kamu teman aku, bantulah aku. betulkan lah aku jika aku ada tersilap. tak ape. aku terima seadanya. manusia serba serbi tidak sempurna. maka sempurnakanlah aku dengan teguran yang membina untuk aku.janganlah biarkan aku jatuh tersungkur begitu saja.hulurkanlah tanganmu untuk aku supaya aku mampu berdiri dengan yakin.


" Semua pinjaman-Nya. Jika kita sanggup untuk hidup, maka kita juga sanggup untuk diuji. Maka, bersedialah untuk setiap apa di hadapanmu, jadikan cabaran untuk hidup kerana kehidupan itu bukannya semua indah. Yang di belakangmu pula jadikan ia sebagai satu penanda agar kamu tidak melakukan kesalahan lagi. Dan akhirnya kamu mengetahui rencah kehidupan dan engkau bahagia jua."



" Dan tidaklah sama kebaikkan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." ( Al- Fushshilat : 34 )

aku mohon maaf jika aku pernah buat salah terhadap teman sekelilingku. halalkan makan minumku selama ini. malah, aku berterima kasih berbanyak pada kamu sebagai teman aku kerana menerima aku seadanya. terima kasih untuk pertalian persahabatan yang sedia terjalin ini, wahai teman.

p.s | Bukan mudah menyinkirkan sifat-sifat mazmumah.berpegang pada ajaran Islam yang begitu indah, insyaallah semua akan menjadi mudah apabila kita merasa payah. =D

:)




moga-moga selamat. Amin.

p.s | Alhamdulillah. thanks hajar :)

Dia sentiasa ada :)


‎"Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia. Apabila seseorang kafir memohon, Allah memerintahkan jibrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata2nya. Dan apabila seorang hamba yang muslim, yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan kepada jibrail agar menahan, menangguh dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah rindu mendengar suaranya..."

p.s | berdoalah tanpa henti. sesungguhnya Maha Suci Allah amat merindui rintihan hati mu itu.

Friday, March 25, 2011

bukan duniawi yang aku mahu tapi akhirat sana tujuan aku.

salam sejahtera wahai diariku :)

bila akal digunakan sebaik mungkin macam-macam perkara yang difikirkan. kehidupan di muka bumi nie banyak sangat dugaan dan cabaran. laluan kehidupan tidak selalunya lurus. Ia selalu bercabang-cabang. cabang itu ada pelbagai dugaan yang harus kita tempohi. namun janji Allah Yang Maha Mulia tak kan pernah luput.

selama aku hidup di muka bumi nie aku banyak buat silap. aku bukanlah seorang yang sempurna. sering kali melakukan kesilapan. namun, aku jugak punyai niat untuk berubah kearah kebaikkan. duhai hati, kuatkan lah hati ku ini. Alhamdulillah. setelah sekian lama aku mencari blog yang boleh dijadikan sebagai panduan aku untuk berubah akhirnya aku jumpe jugak. Maha Suci Allah telah perkenankan doaku. Dr.Cinta Punya blog. di sinie lah aku selalu bermuhasabah diri. tiap-tiap baris ayat beliau penuh dengan makna dan tujuan. aku hanya manusia biasa. doakan lah aku untuk berubah agar hati ini menjadi lembut. dalam entry-entry beliau banyak menegur tentang pergaulan antara bukan muhrim, tentang pemakaian terutamanya tudung.
Ya Allah, rasa kerdilnya diri nie kalo duk bace entry beliau tentang pemakaian tudung labuh. untungnya barang sesiapa yang memakainya. segalanya tertutup. slowly, aku mencuba.

" Perubahan itu tidak mudah, maka berusahalah.! "


banyakkan beristgfar dalam hidup ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam diri ini. sesungguhnya iblis sentiasa berusaha menyesatkan kami sebagai khalifahMu di muka bumi ini. kuatkan lah iman kami Ya Allah.

" Demi kemuliaan-Mu, pasti aku ( Iblis ) akan menyesatkan mereka semua." (As-Saad :82 )

" Sungguh, Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan kamu dan dengan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya. " ( As-Saad : 86 )


bagi aku, cukuplah maksud ayat-ayat dari Al-Quran Nur Karim yang menjadi tempat untuk aku bermuhasabah diri. aku serba serbi tak lengkap. namun, aku mahu mencuba mencari nur iman yang kekal hakiki. nak jugak aku bawak bekalan amalan di dunia nie nanti untuk ke akhirat.bahagianya bile aku tengok sesiapa saja berjaya melawan nafsunya. nafsu terhadap kehidupan di duniawi ini. hati kecil ini jua punyai keinginan sama.

p.s | janganlah kamu mengutuk malah menghina sesiapa saja yang inginkan perubahan dalam diri mereka. doakanlah kebaikkan untuk mereka. bantulah mereka. Maha Suci Allah sentiasa melihat dan mendengar akan segala yang terjadi. tidak takutkah kamu akan balasannya nanti.?

sahabat bukan hanya pada nama

salam ketemu kembali wahai diariku :)

Merekalah tulang belakang aku yang paling kuat.

Wan Nur Amalina Idayu & Tuan Nur Fatin Nadia

Alhamdulillah. sempat jugak aku update entry aku untuk kali ini. syukur ke hadrat Allah SWT sebab dah bagi kat aku hadiah tak terhingga nie. okay.! nie lah kawan a.k.a sahabat. a.k.a teman ketat aku dari kecik hingga lah akhir nafas aku. sahabat yang begitu amat-amat memahami aku mase susah senang.thanks fatin. thanks ayu. saat aku tulis entry nie, aku sangat-sangat lah rindu kat korang. rindu nak lepak sekali. nak gosip sekali. owh.! kat snie memang lah ramai kawan tapi sahabat tak dak. sebaik mungkin aku jaga hubungan aku dengan teman disini. okay.! aku rindu sangat-sangat. nak ngadu kat korang masalah aku. nak kongsi segalanya.

kalo nak ingatkan mase sekolah dulo-dulo banyak kan kisah silam kita bersama. mase kecik-kecik dulu selalu lepak sekali mase rehat, main hoki sama-sama, g training sama-sama. boleh kate ape yang kiter buat sama-sama kan. tiap kali menang award untuk game hoki, mesti kita bertiga kat depan. WAJIB.! aku bangga taw dak. kita sama-sama berjaya. dari umur 8 tahun hinggalah sekarang (21 tahun). tapi, bile start masuk skolah menengah, sume da cari haluan masing-masing. mase tue, aku da tunggang terbalik taw dak nak cari kawan. tempat baru, environment baru. kadang-kadang aku nanges bile tengok gambar kite mase sekolah rendah dulo-dulo. macam-macam gaya kan ada. mende tue aku tak dapat hinggalah di tempat aku sekarang.


* berjauhan tak bermakna kami terpisah :) *

pernah sekali motor yang aku naik tue kehabisan minyak, fatin sanggup anta minyak motor kat aku. dan tunggu until motor aku boleh berfungsi dengan baik. mase tue aku malu kot. malu sebab dah menyusahkan teman hati aku. maaf taw teman. jasa baik mu Allah SWT saja yang mampu balas. kalo mase cuti sekolah ke sem break ke, orang yang selalu lepak kat umah aku dua orang nie lah. da tak da orang lain da. kire dorang lah regular visiter kat umah aku.hehe. tak pe lah weyh.! aku suka.

sekarang, sume da ikot haluan masing-masing. fatin bakal nak jadik cikgu. ayu plak bakal jadik engineer.aku plak jadi cik misi.InsyaAllah. sume da duk jauh-jauh da sekarang. ape yang menghubungkan kami hanyalah sistem komunikasi. kat pesbok la kami duk chit chat. kol tak yah duk kate la, selalu jea kami gayut sama-sama.

" Ya Allah, peliharalah tali persaudaraan kami ini sebaik mungkin. Jangan lah Engkau menjarakkan hubungan ini. Lindungilah kami dari segala musibah."
Amin.

p.s | fatin nadia dan amalina idayu kawan a.k.a sahabat aku sampai mati.

Saturday, March 19, 2011

nak kawen cepat-cepat :P

Rasullullah SAW bersabda :

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita."


"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." - (HR:Ibnu Majah)

p.s | duhai hati bersabarlah dalam menjalani bahtera kehidupan. ish.! tak sabarnye ase bila hubungan dihalalkan. amin :)

siapa kita dimata Nya.



p.s| bila kita mencari Allah SWT, Allah SWT pasti mencari kita.

Friday, March 18, 2011

haih.

selamat pagi chenta wahai diariku


macam mane ea kalo-kalo apa yang kita nak tue sukar untuk kita dapatkan. atau mungkin tak kan pernah akan dapat. malah kita akan dapat something yang di luar jangkaan kita. haih.! berhenti berharap untuk masa ini. tanda-tanda yang di tunjukkan sudah banyak. tapi, aku saja kot buat-buat tak tahu. adakah mimpi aku tue benar.? maksud nye ape? hurm.. kalo lah benar mimpi tue dan itulah yang terbaik untuk aku, aku terima. aku yakin mesti ade hikmahnya.

" awak nak ke senyuman ayah dan umi awak padam oleh sebab kedegilan awak sendiri.? "

p.s | cukuplah sekali.

rhendu

salam sejahtera wahai diariku.

disaat aku sunyi, mereka lah yang aku amat-amat rhendu :(

umi dan bak kesayangan aku
*hurm. rhendunye nak tengok umi ngam bak senyum*


kawan ketat aku dari kecik hinggalah sekarang.
*fatin*. *ayu*. *kakcik*.

p.s | mereka faham akan isi hati aku cam mane :(

Thursday, March 17, 2011

ohh L.J.M.

Salam sayang wahai diariku :P



semalam ade meeting ngam lecturer coordinator aku dan budak-budak klas aku yang lain. bila da start posting nie, plus module plak lain-lain kire susah da ar nak jumpe geng dak kelas kan. urgp.! tertelan air liur woo. masuk- masuk jea da kena isi borang. haa.! amik kau.! nak taw borang hape. cuba tengok kat atas nie. borang tuk exam Lembaga Kejururawatan Malaysia. nak amik exam baru dapat lesen. pergh.! study tak lagi nie. list exam tersusun rapi jea untuk bulan lima. hadoi. penat mek mek sekalian. nie la katekan kije last-last minit. kan da padan muke :P takpe-takpe. mase masih ade. berjuang dengan sisa baki masa yang ade. cyaiyook..! weee :D



okay. this one of the overall view kat borang tue. sempat la snap jap. then kena passup kat lecturer da. isi pom tak penuh lagik kan. dup dap dup dap. training 3 tahun layak tak aku neh nak jadik cik misi.? aku tak ready ag nie. cam mane ea.? nak jadik student lagik. tak mau jadi orang dewasa. huhu :( . pening pikir bila mana mase tue da tiba. macam mane tak handle patient. orang kate kerjaya misi nie senang jea nak dapat dosa dan pahala. kalu wat sesuatu kerja dengan niat yang baik, InsyaAllah pahala dapat. tapi, kalu tak ikhlas buat kerja tue memang cari nahas laa. kerjaya nie tak boleyh main-main la taw. kalu silap langkah senang-senang jea nak kena sue. adoii.! everything kena ati-ati. fuh fuh fuhhh..~

p.s | moga-moga dipermudahkan segala urusan :)

Wednesday, March 16, 2011

dimanakah arah kita sekarang.?

selamat malam wahai diariku tersayang :)

sedang asyik aku download zikir munajat kat 4shared.com tue dan sambil ber' twit' kat twitter tue terjumpa plak aku dengan 1 laman web. SubhanaAllah. dimanakah kita akan tujui jika tanpa arah. tanpa ada sign board. mungkin kah kita akan sesat dengan kelalian kita sendiri.

" Ya Allah, kuatkan lah iman ku. sentiasalah berada dengan diri ini. Janganlah di Kau berjauhan dariku.pimpim lah aku Ya Allah. Amin "


sebagai renungan bersama, inilah pesanan Rasulullah SAW kpd kita sebagai umatnya. :)


" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


p.s | bersediakah kita untuk ke alam seterusnya.?

Tuesday, March 15, 2011

teman sejati

Selamat ketemu wahai diari ku :)

salah seorang kawan aku pernah kate kat aku, wat ape lah duk terhegeh-hegeh duk tolong orang yang tak pernah hargai kita. buat baik sangat. kalu di balas baik kira okay lah kan. dan banyak lagi yang aku dengar. feedback yang kadang kala menguriskan hati. tapi, nak buat macam mana. aku sayangkan persahabatan aku. aku tak kisah ape pom ape orang nak buat kat aku as long as aku still in friends relationship. aku amat amat dan amat sayangkan persahabatan. bukan jenis aku nak putuskan silaturahim. aku paling tak suka hilang kawan. bagi aku personally, hadirnya seseorang tue yang sedia nak kawan ngam aku ia umpama anugerah yang tak terhingga. nie lah anugerah Allah SWT bagi kat aku mase kat dunia. tue lah harta aku.



gadoh.? bertikam lidah.? tolak ansur.? biase lah tue. adat berkawan. hidup nie kite kena kongsi. semua nie hanya duniawi saja kan. tapi, kadang kala sedih jugak bila mana kebaikkan yang kita buat di sia-sia kan. malah di ambil kesempatan. kadang-kala mata ini berair jugak. tapi , sebaik mungkin aku sembunyi. aku tak mahu ade sebarang pergolakkan dalam hubungan ini. ada jugak sesetengah pihak bagitaw cam aku neh buat ape saja untuk kawan. sahabat, faham lah sedaya mungkin aku akan cuba bahagiakan seseorang yang bergelar sahabat aku. biar lah aku susah. biar lah aku tak ada apa pon. tak ape, Allah SWT kan ade. Dia sentiasa ade di sisi hambaNya. aku tak mengharap kan apa-apa pun balasan. cukup lah silaturrahim nie tetap terjalin meskipun jauh dari sudut mata.



sampai bila pon, baik buruk seseorang tue, dia tetap sahabat aku. sahabat aku mase aku sedey dan suka. tapi kan, aku kadang kala jea kan kongsi masalah aku dengan kamu. bukan ape, aku tak mahu dirimu terbeban dengan masalah yang aku hadapi. cukuplah hanya diri aku saja yang fahami. tapi, tak semua aku tak citer kan. ade jugak. tapi sesetengah saja. cukuplah bagiku untuk dirimu tahu. sahabat, rasailah, nikmatilah dan fahami lah yang sebenarnya nikmat punyai seorang teman yang bergelar sahabat memang tak terkira. aku tak pernah rasa satu kerugian kalau bilangan teman-teman ku bertambah.

p.s | terima kasih teramat sangat kerana sudi menjadi teman aku. hanya Allah SWT yang akan balas segalanya. hadirnya dirimu wahai teman telah menerangi taman di hati nie. :)

renungan sejenak.

Dear diari :)


" Masalah itu hadiah. Ia adalah anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah SWT. Percayalah.. setiap kali kesusahan itu datang, pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punyai kesabaran yang tinggi. setiap kali datangnya saat-saat kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Penciptamu sedang menguji. "

p.s | thanks sahabatku, Tuan Nur Fatin Nadia untuk nasihat nie.

Monday, March 14, 2011

rapuh.

Selamat Malam wahai diari ku :)


" Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. "

aku tahu. tapi. amat berat kot. hanya dua bulan saja lagi nak berperang otak. plus dengan masalah peribadi. haish. kadang-kadang ase nak give up pom ade. nak nanges.tapi aku perlukan seseorang yang not only good listener tapi seseorang yang mampu bagi feedback yang boleh membina aku di saat aku tengah down nie. ohh yeah.! orang kate senang kan. lupekan yang tak penting dan fokus kan kat ape yang patot. yes.! i'm trying. aku tak kuat. aku bukan sorang yang senang lepas pada janji dan tanggungjawab aku. sebaik mungkin aku cuba cuba dan tetap cuba untuk penuhi. antara kehendak dan tanggungjawab. dua mende nie amat penting. tapi kalu aku pilih salah satu, satu lagi akan kecewa. tak mau. aku tak nak akan ade isu yang sensitif nanti. aku mohon restu untuk kebahagian. sebab aku takut hubungan yang tanpa restu sampai bila pom susah nak bahagia.

p.s | aku hanya mencari kebahagian berkeluarga di dunia dan akhirat.

Sunday, March 13, 2011

cahaya itu yang aku mahu.thanks ayah gula.

Assalamualaikum

Dear diary :)


Alhamdulillah. weekend aku penuh dengan pelbagai aktiviti. segala perancangan di lakukan dengan baik-baik belaka. walaweyh.! family's holiday trip. oh yeahh.! big family actually. include pakcik dan makcik aku serta atok n nenek ku :) family gathering neh kire untuk gathering keluarga Hj Hassan. aku nak sangat moga-moga tradisi neh kekal hingga anak cucu aku nanti. bia dorang nanti kenal masing-masing sape antara mereka. boleyh kenal-kenal kan. yeah.! InsyaAllah. bile berjumpe ramai-ramai best kan. kan jumpe bile time rayer da susah da. ade yang balik, ade yang tak. so, time skol break neh lah mase tuk berkumpul kat mane-mane tempat percutian kan. dan hasilnya amat lah seronok :)

kalau di ikutkan plan yang dirancang oleh mak sedara aku, cik lie die suggest kami semua duk kat Brinchang, Cameron Highland. dan kebetulan kat sane ade banglow untuk staff TNB. act, suami die keje kat TNB. so, senang sket kami nak holiday kan :) Thanks cik lie for the great gathering ever. aku start tolak ke cameron tue kul 3 ptg kot. kuar dari wad psychiatric tue kul 12.30 tgh hari.ops.! aku da mintak kebenaran hokey ngam lecturer taw. perjalanan tak ade lah jaoh sangat tapi sebab jalan on the way tue yang cam ular kena palu, mak aih.! jaoh kot ase. dan naseb baik aku tak sempat muntah.hehe. loya aje :D


tibe jea kat banglow tue, sume geng family yang lain da sampai. aku kot yang lambat. hehe. ade yang dok bako bbQ, ade yang dok masak kat dapor. okay.! its memang happening. lame da kot tak cam ne. seyes.! aku suka moment nie. aku ape lagik, snap snap snap the picture lah. tapi tue lah, next time lah ak hupdate na. skrg mase nak hupdate belog ja. btw, Alhamdulillah. akhirnya aku dapat jugak segala jawapan yang aku duk tunggu lame dari ayah kesayangan ku. jodoh.? tak pe lah. mungkin tak de jodoh tuk mase nie kan. kenapa ayah aku buat cam tue memang bersebab. dan aku terima seadanya. mungkin ada yang terbaik untuk aku. papehal pom, slowly settle baek-baek. InsyaAllah. tak nak tikam lidah nanti.

terima kasih bak sebab sudi share masalah kakcik :)

next plan tuk family holiday maybe on this disember kat Langkawi. kate pak long aku ade LIMA kat sane. full name aku tak sure lah. but mase tue cam ade pertunjukkan dari geng-geng tentera la. cam jet perjuang ke hape ke. ops.! kalu silap maaf eh. pak long yang akan arrange sume. start from next month da kena collect duit tabung siap-siap neh.nanti pape hal senang.hehe. pak long aku tue pom duk keje kat kementerian pertahanan. bahagian ape aku lupe da. ooh yeah pak long.! make it jadi taw. nak shopping banyak-banyak neh kat langkawi nanti. wee :) tak sabar ase neh.

p.s | ayah gula dan mak gula akulah yang terbaik. tak salah dengar cakap dorang. mungkin ade hikmahnya :)

Monday, March 7, 2011

padat


dear diary. we meet again :)


hari nie amat penat kat ward. new day, new ward, new environment. ohh yeahh.! also new people. macam-macam kot ragam kat ward baru nie. for three weeks nie aku akan posting kat ward psychiatric male. bad one. mostly sume patient tired dan hanya duk kat katil. not active as what our group thought. rase-rasenyea female ward better compare male ward. dorang tue walau depress macam mana pom still join our activity. senamrobik lah main game lah mewarna lah menyanyilah. kire cam dorang still ikut flow. and thats great. tak dak la boring sangat kami mase tue. ada jugak la teman tuk borak. tapi bila kat ward laki cam nothing jea. kalau bosan, antara kami jea lah yang duk main pingpong lah dan segala bagai kat dalam ward tue. danggg..! we all bored la. macam mane ea.? nak buat prosedure it should be more kat ward medical and surgical. plus, still berbaki 3 minggu lagi. hape nak wat weyh.adoi..~



for this moment, aku da start delete one by one friends kat muka buku aku tue. and opkos lah bilangan friends berkurangan kan. tue tak termasuk yang still pending friends request.well.! aku nie dah macam penternak friends request berjaya da kot. chet.! poyo giler ah. hahahaha. btw, no need lah nak stalker aku neh. bukan special sangat pom. plus, nak stalker neh, did we know each other? better amik tahu kawan yang kite kenal kan. yang pernah kenal hati budi kita. kalau tak, baik tak yah lah. let me handle my life alone. kalau nak stalker just because aku penah komen-komen secara kamcheng ngam someone yang korang admire better lupekan lah. nope interested. haa, kalau nak stalker sangat-sangat meh kasi kenal seket kat aku neh. meh kte sama-sama stalker each other. deal.? bagi aku hargai hidup neh tanpa gangguan. boleyh dak.?

p.s | btw, i hate competition. you should know that.

Sunday, March 6, 2011

no body knows what thats mean.


kadang kala hati amat perit untuk merasainya. melaluinya dengan tabah sangat lah memerlukan masa. betol.! hati tak pernah tipu. tak pernah silap. pendam sedalam mana pon, dapatkah ia bertahan sebaik-baiknya.? dan berapa lamakah.? mulut boleh katekan apa saja. tapi tidak dengan hati. jadi, gunalah akal sebaiknya sebelum bertutur kepada sesiapa saja.


" awak tak tahu saya dah lame ada hati dekat awak. "

nak tipu diri memang tak dapat kalau da hati berkata " Ya". Tapi, risau jika menyesal di kemudian hari. mohon petunjuk setiap masa kepada Ilahi. aku bukan lah seorang kaum hawa yang punyai kebolehan yang boleh menawan kaum adam. aku mungkin tewas dari segi itu. membesar dengan hanya golongan kaum hawa di sekeliling mustahil aku dapat biasakan diri dengan kaum adam. cukuplah dengan bahasa isyarat yang sudah aku berikan kepada mu,wahai insan yang bergelar kaum adam. namun, aku tidak sanggup mengharap akan apa yang belum pasti. biarkan saja. serahkan pada Yang Maha Esa. pasrah.

untuk awak, mungkin saya hanya dapat melihat awak dari jauh.

salam sayang ,
zati.

M.D.K


nak mulakannya tapi takut terhenti.

p.s | sudikah awak menjadi teman rapat saya.?

Saturday, March 5, 2011

oh yeah.! i get it :)

Salam Sejahtera wahai readers sekalian.
And
Happy Sunday


Fuh fuh fuhh...! Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi sebab aku berjaya jugak buat header tuk blog aku neh. yeah.! walaupun tak sevogue blogger yang lain, tapi tak pe lah. it's enough for me yang tengah ligat membuang mase untuk buat mende alah neh.hahaha. plus, i'm not taking computer programming or something else that related dengan dunia IT nie kan. And it's too worth. walaweeyyhh..! gumbiranya hati neh. hahaha :D

p.s| tak salah mencuba mende baru walaupun ia berlainan arus dengan hidup kita :)

renew heart.


" Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak di duga selalu berlaku secara tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya. "

******************************

tersentak tibe-tibe bila terbaca ayat kat atas nie. Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMu ini. meskipun telah termaktub pada Qada dan Qadar aku, aku perlukan ruang dan masa untuk semua itu. biarlah masa yang tentukan semua tue. lepaskan yang lepas dan berpaut pada lebaran baru. mungkin itu yang patot aku buat sekarang. InsyaAllah.

p.s | doakan agar aku kuat.

i'm sorry.


teman :

maaf sebab tak dapat kongsi sepenuhnya masalah saya. saya segan. dan malu. mungkin sebab kita berlainan jantina. tapi, segala bantuan awak saya amat hargai.thanks teman :)

sorry for the mistake.awak tetap teman saya.

p.s | maafkan saya wahai teman.