Monday, August 30, 2010

raya jom :)


berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa,
tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

http://www.emocutez.com

okay.! okay.! hati dah mula terasa nak menyanyi lagu raya. yeah.! mood dah datang dowh. bape hari lagi balik lah ke kampung dengan bermoodkan mood raya. masyuk tersangat lah kan. hoho. nak pack baju tuk balik kampung. nak balik kampung dengan cepat. nak itu nak ini. hahaha. demand jap tak pe kan (: Alhamdulillah, exam mid test untuk module community dah selamat jawab. sekarang beralih pula ke module peadiatrics. hoho. main ngam kanak-kanak tue. best owh. :)

thousand of credits to my kakak tersayang, kak yana sebab sudi teman mencuci mata dan menghabes kan duit bersama-sama. shopping itu shopping ini. ilang segala stress. hahaha. nak stress ke pe mende pom tak taw la. kan.? jalan TAR, sogo, masjid jamek dan small house semua lepak.ouch.! the best moment kan. sepuas hati berjalan seharian. thanks kaka :) next time kita berjalan lagi yea. saya selalu on kaka :)

http://www.emocutez.com


Alhamdulillah. suda 20 hari kita sebagai umat Islam menunai kan ibadah puasa di bulan Ramadhan kan. terasa macam cepat sangat lah masa berlalu. pejam celik pejam celik dah hari yang ke-20. fuhh.! masa macam kilat lah pulak. tahniah kepada para mujahid dan mujahidah yang telah berjaya memantapkan imam di bulan yang mulia ini. masih berbaki 10 hari lagi. sisa baki yang mempunyai banyak nikmat. malam Lailatul Qadar. kejar dan carilah malam yang teramat mulia itu. penuh dengan pelbagai kenikmatan ganjaran di akhirat kelak :)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-53

p.s | carilah malam Lailatul Qadar sebaik mungkin .

Friday, August 27, 2010

rasa itu.


penantian yang amat lama. tak pe lah. mungkin ade hikmah di sebalik nie kan. setiap penantian tak semestinya akan kekal selama-lamanya. aku redha dengan ketentuan Ilahi. mungkin ini salah satu cara Yang Maha Esa mau menguji tahap kesabaran setiap hambaNya. kita manusia biasa tak mampu melawan apa-apa kan. harus akur dengan perintahNya.

Ya Allah tidak ku terdaya lagi. menahan dugaan yang mencabar kehidupan duniawi ini. pelbagai haluan yang telah aku lalui.kadang-kala pernah tersungkur jatuh. terasa sukar bangkit semula. terasa hina. tiada siapa yang sudi menemani aku. keseorangan mengharungi semuanya. Namun, aku tahu pasti ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. aku berserah segalanya kepada Mu, Ya Allah.Ya Allah, Engkau lindungi lah aku. bekalkan aku dengan limpahan iman. agar tabah aku menghadapi dugaan kehidupan. agar aku tak terhenti di pertengah jalan kehidupan.

" Ya Allah, berikan lah aku kekuatan. "

‎"Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkan lah hatinya dengan hatiku.dan
jika dia bukan milikku,damaikan lah hati ku dengan ketentuan-Mu. "


Monday, August 23, 2010

sshhh .


SILENT MOOD.

p.s | i'll be back soon.

Friday, August 20, 2010

weekend datang lagi :)


SALAM SATU UKHWAH

Yahhuuuuuuuuuu.Yeebee daaa biiii duuuuuu.

weekend datang lagii. hahaha.terasa teramat amat lah lapang sekali dada nie. cuti hujung minggu dah tiba.! terasa tersangatlah cemerlang sekali. terbaik moment lah katekan.masa tuk merehatkan otak, masa untuk merehatkan rohani dan jugak jasmani. yes.! suka tersangat lah nie. tarian hawaai jom.! hahaha
hoolaaa huuup olaaa huup :)
http://www.emocutez.com

planning ape pom tak tahu tuk this weekend. lepak kat umah dan tidur secukup nya kot. charge bateri sebaik mungkin tuk weekdays nanti. nanti tak de lah terasa semak otak pulak.kan kan kaannn .
http://www.emocutez.com

Alhamdulillah. sudah hari ke-11 kita semua sebagai umat Islam melakukan ibadah yang wajib tuk kita semua. masih berbaki 19 hari lagi kan. tak pe. kejap je tue. nanti boleh lah sambut dengan meriah nanti. tapi, rase cam sedih lah plak. yealah, bukan selalu bulan Ramadhan nie datang yea dok? then once dah tiba waktunya, mase nie lah kita beribadah sama-sama taw. pulum habis- habisan taw wahai muajahid mahupun mujahidah sekali :)

HAPPY WEEKENDS
http://www.emocutez.com

p.s | what a great weekend. yeah :)

Thursday, August 19, 2010

kaum hawa


Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

p.s | insyaAllah. mengharapkan sesuatu yang terbaik tuk diri ini.

Monday, August 16, 2010

jodoh


jeng.! jeng.! jeng.!
hehehe.amacam lawa tak pic kat atas nie. cun kan. for sure ah kepada semua yang masih berada di alam bujang teringin nak ke jinjang pelamin kan. nak sehidup semati dengan pilihan pasangan masing-masing hingga hujung nyawa kan.? sape tak nak kan.? sudah pasti pasangan yang kita pilih tue yang ade chemistry dengan diri kita. orang kate ape-ape hal senang nak bertolak ansur. nak mintak tolong pom boleh. dan dan dannn jugakk yang paling penting si dia lah tempat tuk kita mengadu segala masalah yang kita hadapi.

tapi tuk aku, aku okay je kot. entah lah nak fikir pom kena fikir jugak walaupun hanya sekejap. sape lah nak hidup bujang sampai ke tua yea dok.? da tentu nya nak berteman. orang kate nanti da tua nanti ade jugak yang sudi teman kita. jaga kita bila susah terutama sekali mase kita sakit. mase tue tak dak sape dah aih yang nak jaga kita melainkan orang yang tersayang kan. kalau time kita senang ada tapi masa susah, si dia tak dak wat pe la nak wat jadi orang kesayangan kan.? jadi, sebelum membuat apa-apa pilihan ini elok lah buat solat sunat IstiQarah. mohon petunjuk. insyaAllah dapat. asalkan bersungguh-sungguh kan :)

aktiviti tugasan aku sebagai student berjalan dengan baek. Alhamdulillah. aku da berjaya sedikit demi sedikit nak biasekan diri buat report. bukan senang owh.! susah gak lah. nak kena explain satu per satu prosedure yang kita buat kat patient. dalam banyak-banyak patient, ada sorang patient yang da berjaya tarik perhatian aku. sweet couple lah orang kata. walaupun umur da senja tapi masih romantik. si suami sanggup jaga si isteri yang da dalam keadaan tenat. makan pakaian isteri die lah yang jaga. sihat ataupun tak semua tentang isteri, dialah yang jaga. kadang-kadang ada jugak lah aku terfikir, nanti bila aku tua, sakit, sape lah yang sudi nak jage kan. mase muda-muda nie memang lah semua sanggup. tapi bila da tiba masanya, kat situ lah baru taw langit tue tinggi atau rendah.

dalam membuat pilihan dalam bab jodoh memang harus hati-hati dalam pemilihan. kalau boleh cari lah yang boleh buat suami serta imam dalam sesebuah keluarga nanti. sebagai suami isteri, merekalah yang akan membentuk sesebuah keluarga itu bagaimanakah institusi keluarga tue nanti. tak salah kan kita mencari yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. namun, yakinlah Allah SWT telah tetap kan yang sebaik-baik insan untuk kita sebagai peneman hidup kita. hanya perlu usaha dan ikhtiar saja. selamat mencuba kalian. :)

http://www.emocutez.com

p.s | once you get it please don't leave it. but appreciate it :)

Sunday, August 15, 2010

heart say.


otak tepu. otak semak. otak padat. macam-macam lah . memang diri nie tak tahu ape punca. mana datangnya penyebab memang tak dapat nak tafsir lagi. deeply, totally bad instinct again and again. never change since yesterday.
entah lah. ):

sebenarnya aku dOk rase cam nie since start weekend lagik. jumaat petang memang kuat sangat hati nak balik kampung nak jumpe family bukak puase ngam family sesame. sahur sama-sama. gathering sama-sama. then called my luvly duvey ayah tersayang before booked the ticket. then direct slumber saja ayah kate don't came back home. cuti tak lame so, just stay kat sane lah. nanti da ade cuti panjang balik lah nak balik pom. kalu balik takut tak hilang penat saja.

memang sedeyh lah dengar kata-kata ayah. punya lah semangat nak balik. tapi memang tak putus asa lah kate kan. call once again. kate tak jadik balik lah. sebab member aku ade nasihat kalu balik jugak nanti takut anything happens on the way tue. so, aku tak nak amik any risk. he said " just balik nanti raya lah. sabar". okay fine daddy. saya ikut kata ayah :)

weekend memang the best. tak pergi mana-mana pom. melepak di rumah saja. chantek sangat idea. nak keluar malas sangat sanggatt. yang rajin kuar bile tiba masa nak p bazar Ramadhan je. tue je la. yang lain duk umah lepak ngam haousemate aku, ain. so far, okay lah keadaan kat bazar tue walaupun agak sesak dengan muslimin dan muslimat.

esok da start weekdays. sesak nafas lah pulak. sesak dengan kehidupan harian. tugasan makin melambung meningkat. entah lah. kadang-kadang smooth jea. kadang-kadang entah lah. kali nie memang hati tak bape nak ikut flow sangat. memang kuat sangat bad feeling.

p.s | instinct aku tak penah salah.

Friday, August 13, 2010

masih belum terlambat


masa tetap akan berlalu tanpa berhenti. walau macam mana pom keinginan yang meninggi ingin melakukannya tapi kita sebagai manusia tetap tidak mampu melawannya.itulah tanda kuasa Allah SWT kepada terhadap makhluk ciptaanNya.sebagai hamba, kita semua harus akur dengan tentuannya.Alhamdulillah bulan ramadhan suda empat hari menjelma. aku berjaya pada mulanya tapi tersungkur pada jalan seterusnya. sudah menjadi lumrah kehidupan, kaum hawa tak mampu melakukan ibadah puasa sepenuhnya untuk bulan Ramadhan melainkan yang sudah menapouse.tue memang lain cita lah. :)
tapi tak lama pon kan. nanti boleh terus berjuang jugak kan. hanya sekejap saja. selamat berjuang lah kepada para mujahid mahupun mujahidah dalam menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini :) .

hari demi hari memang teramat banyak lah berita tentang buang bayi sana sini. macam satu fenomena lah pulak. nape lah jadi macam nie. heran memang tetap heran. nape lah nak buang kan bayi tue. dah la cute je mase pertama kali keluar dari perut si ibu. menangis buat pertama kali apabila dikejutkan untuk mengharungi titik perjalanan di dunia. sebak saja hati bila mereka dibuang begitu. mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari, di bawanya perut yang besar kesana kesini , berat yang ditanggung memang susah lah nak cakap tapi last-last dibuang. Astghfirullah. ape nak jadik lah manusia sekarang. memang benar lah janji Allah SWT yang manusia akhir zaman akan kembali menjadi manusia di zaman arab jahilliah. nauzubillah.

sebagai manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. namun, berpatah balik lah kita di jalan yang benar. mari sama-sama kita melakukan kebaikkan dan tinggalkan kemungkaran. nak tak.? InsyaAllah kita masih sempat bertaubat sebelum terlambat.

p.s | Janji Allah SWT terhadap makhluk ciptaannya adalah pasti.

Wednesday, August 11, 2010

fin.


Alhamdulillah. dengan sempurnanya kami satu team telah berjaya menjaya kan tugasan yang telah diberikan semasa berada di klinik kesihatan batu 9, hulu langat selangor. kat sane memang banyak lah aku belajar tentang penyusuan ibu dan pengenalan tentang bayi. nak terang lagi banyak nanti takut ade pulak yang dok garu-garu kepala nanti. so, make it as simple as i can okay. done.!

plus, kami semua jugak sempat buat prosedure semasa kehamilan kepada si ibu. apa yang harus dibuat semasa tempoh itu. dan dan daannn aku jugak sempat pegang perut ibu yang hamil terlebih tempoh lahir. dengupan jantung bayi dalam kandungan jugak aku dengar. laju sangat-sangat aih ang taw dak. 122 untuk setiap minit. fuh.! normal manusia pom 60-80 jea.tue pom tuk yang dewasa lah. kanak-kanak lagi lah laju.

semasa tempoh pembelajaran tue , memang teramat banyak ilmu dapat. sumpah tak tipu.! haa kaum adam, korang ingat senang ke nak jage bayi yang ade dalam perot 2.? duk bawak sane sini selama 9 bulan 10 hari 2. berat owh. so, hargai lah yek kami nie dari golongan hawa ;)
then masih berbaki dua minggu lagi untuk menghabiskan modul community ini. untuk tempoh itu kami semua akan melawat dari rumah ke rumah untuk memberikan rawatan secara lebih dekat. terfikir jugak bagaimanalah nanti kalau rumah patient tue nanti ade anjing. kena kejar.? cepat lah kurus nanti. hahahaha :D


sempat jugak aku tengok golongan yang bernasib malang nie semasa berada di klinik tue. maksud aku ialah golongan remaja perempuan datang dengan membawakan perut yang teramat lah besar,. adoi~ memang amat seksa sekali. seusia 14 @ 15 tahun sudah mengandung. apa lah nasib mereka. sebagai manusia kita tak boleh menyalah tafsir jika kebenaran kita sendiri tidak tahu. manalah tahu mereka dianaiya ke ape ke kan. kita tak tahu. tapi jauh dari sudut hati kecik hati aku, banyak aku mengucap tak putus-putus. mintak dijauhkan. nauzubillah.

dugaan duniawi teramat lah hebat sekali. bagi aku yang masih muda jagung nie memang lah mencabar. dugaan dan godaan di sana sini. tapi hanya satu saja yang mampu menolong diri kita iaitu iman. cari lah ia sebaik mungkin. InsyaAllah semua tue dapat kita hindar. berdoa lah banyak-banyak taw. :)

p.s | tompok-tompok hitam memang akan tetap melekat di hati. perbanyakkan lah amalan. berdoa lah selalu.InsyaAllah, dipermudahkan urusan nanti :)

Tuesday, August 10, 2010

nafas terakhir


terdetik. tersentap dengan status di muka buku teman akrab aku, izham kuat yang menyatakan teman rapatnya telah meninggalkan kehidupan duniawi tanpa dijangka oleh semua kenalannya.perkara ini teramat menarik minat perhatian aku.then aku search tuan empunya badan. satu persatu aku perhati komen di wall beliau. memang tersentuh hati kecik. pergi dengan begitu mudah sekali. ajal datang tanpa dijemput.

Al-Fatihah kpd saudara Hazrin Husaini

kehidupan banyak mengajar aku untuk terus menjadi lebih dewasa. baik mahupun buruk suatu kisah kehidupan itu hanya watak yang memainkan peranan.itu telah termaktub. sekian.

kadang kala ada jugak yang hadir di dalam diri ini suatu detik yang kadang kala sukar nak tafsir. nak berbuat baik pun difikirkan salah. nak berbuat salah lagi lah di pandang hina. Asthagfirullah. mane satu nak pilih teramat lah sukar. memang betol lah kata teman aku, siti hajar. hidup ini memang sukar nak memuaskan pelbagai pihak. ada saja yang tak kena. bila terfikir sejenak, apakah dan di manakah silapnya semuanya tidak pasti.

bila bersendirian ada jugak aku ter fikir. macam mana keadaan aku nanti bila di alam barzakh. bagaimanalah amalan aku ditimbang nanti oleh Ilahi. yang manakah paling berat.? kiri mahupun kanan.? bagaimanakah rupa yang akan aku hadapi nanti tika berhadapan dengan Ilahi nanti.

tika kehilangan kehadiran aku dalam hidup mereka, bagaimanakah respond masyarakat sekeliling aku.? adakah mereka masih ingat dengan kehadiran diri aku.? adakah mereka rindu dengan gelak tawa yang aku buat.? jenaka yang aku buat adakah mereka kenang? adakah aku penting untuk mereka.? sudikah mereka sedekah kan surah al-Fatihah kepada aku tika aku tiada nanti.? adakah mereka sedar tentang kehadiran aku dalam hidup mereka.?

ajal maut kita tidak tahu bila tiba giliran kita. bila-bila masa saja giliran kita akan mengadap Ilahi. ingatlah wahai pembaca, hargailah setiap insan yang kita sayang. manfaatlah mereka sehingga nafas terakhir mereka. lakukan ibadah yang telah ditetapkan kepada kita sebagai umat Islam. Tutup lah aurat wahai muslimat. kamu amat bernilai harganya.

" wahai Tuhan aku tak layak ke syurga Mu.
namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu.
ampunkan dosaku , terimalah taubatku.
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

p.s | bila ajal suda tiba, air mata sudah tiada guna.

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum
salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah. sekali lagi kita di berikan anugerah dan rezeki untuk meneruskan ibadah yang wajib dikerjakan sebagai seorang muslimin mahupun muslimat. bulan Syaaban telah selamat pergi dengan aman. kini tiba giliran bulan Ramadhan pula. berpuasa atau lebih difahamkan dengan menahan lapar dan dahaga hanya lah selama sebulan saja. tak lame pun kan.pejam celik pejam celik dan masuk bulan Syawal. tiba masa pula kita tuk beraya sebagai tanda kemenangan.



sebagai insan yang beragama Islam sama-sama lah kita menunaikan apa yang telah di tuntutkan kepada kita. sembahyang lah lima waktu secukup-cukupnya. menunaikan ibadah wajib mahupun sunat sebaik mungkin. berlaku baik terhadap masyarakat sekeliling. sebagai muslimat, tutup lah aurat mu sayangs. nie kan bulan elok. sama-sama lah kita berbuat baik dan jauhilah kejahatan. yang baik datang dari Allah SWT. dan segala yang buruk hanyalah datang dari insan yang hina ini. selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya (:
Wassalam.

p.s | manfaatlah bulan yang penuh berkat ini.

Monday, August 9, 2010

sahabat.


saat kita bersedih, sahabat lah yang menjadi pengubat duka tika ibubapa tiada. saat kita gembira sahabat lah tempat kita berkongsi kegembiraan. saat kita dalam kesusahan sahabat lah orang yang akan setia menolong kita tidak kira macam mana pom keadaan kita. mereka terima kita baik mahupun buruk tentang diri kita seadanya. tapi, mengapakah kita merosakkan tali persaudaraan ini.? apa yang kita dapat.? puas hati.? suka.? gembira.?

fikir-fikir kan lah. :D

hargai lah setiap perlakuan yang telah dilakukan kepada diri kita sebagai manusia oleh insan yang bergelar sebagai seorang sahabat. kebaikkan harus lah di balas dengan balasan yang baik. kejahatan, sila minta di jauhkan teramat. dalam persahabatan buat apa kita bermusuhan. buat apa kita saling dengki antara satu sama lain. itu bukan lah ikatan pertalian yang sihat. jauhi hati yang busuk itu. yakin lah, setiap individu ada kelebihan mahupun keburukkan masing-masing. saling melengkapi lah kita. jangan lah pula ada tompok-tompok hitam di hati terhadap kawan.



bukan mudah kita nak buat orang senang mahupun selesa bila berkawan dengan kita. hanya yang punya chemistry tersendiri baru lah peluang itu ada. bertolak ansur, jangan pentingkan diri sendiri dan bersabar dengan pelbagai karenah sahabat itu sikap yang teramat penting sekali. hidup hanya lah sekali. tak salahkan kita berbuat baik terhadap orang yang kita sayang. orang yang sentiasa berada dengan kita tika kita dalam kesusahan. tak salah kan.? tepuk dada tanya lah hati :)

p.s : a true friend is one who overlooks your failures and tolerates your success
- Doug Larson-


Sunday, August 8, 2010

paparazzi.


woman are made from the rib of man
she was not created from his head to top him
nor from his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him
from beneath his arm to be protected by him
near his heart to be loved by him.

p.s | to him : if you love me, let me know.if not, please gently let me go.

Saturday, August 7, 2010

bbQ time :)


hallo weekend
http://www.emocutez.com

minggu yang amat amat tenang sekali. tenang dari keje harian. keje yang entah ape ape kalu nak difikirkan oleh akal. sibuk tanpa motif. kadang- kadang saja jea nak menyibukkan diri. bukan ape la nyah oii saje je ai xmau fikir yang bukan bukan. lagipon mood ai tak bape nak okay lagik nie. moon nak datang kot. tak tahu la plak kan. entah laa.ngee~

malam minggu yang tersangat lah cun. amacam pic ai dan kengkawan ai sume kat atas tue. cun kan. meriah kan. aaauuwww~ ai taw la nyah. you all tak yah nak cakap. hahaha. kami suda sedia maklum. cuma nasib baek kami tak masuk malaysia next top model kalu tak dah kompem kompem tercun dan meletop hasilnya nanti. ngaaaaaaaaaaaaa~
http://www.emocutez.com



dan dan dannnn. apa yang paling chantek idea ialah kami satu kelas suda bercadang nak berbbQ reramai taw. auuWw~ tersangat lah chantek idea kan. ayam , sosej dan macam macam lagik yang jadi lauk kami. semua sudaa siap hanya tunggu masa tuk bakar saja. weee~

makan banyak banyak hingga puas. yeah.! lagi beberapa hari kan nak pose. bila lagik nak makan berjemaah kan nyah. hahaha. saja ja neh. bukan selalu pom.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
http://www.emocutez.com


p.s : pose jangan tak berpose pulak ea.

Wednesday, August 4, 2010

fuh. :)


HELLO STALKERS :)
http://www.emocutez.com

Alhamdulillah. one of big project da selesai. fuhhh.! nafas lega tue. sudah tak perlu fikir sangat. hanya tinggal satu lagi project besar. Walaupun hanya ada sedikit masalah tapi dapat diselesaikan jugak. team aku kali nie kena bagi talk kat bebudak di sekolah kebangsaan cheras jaya. Alhamdulillah and a lil bit damn nervous. yang terlibat sume dak perempuan darjah 6. talk pom da " Gadis dan Haid ". da tentu- tentu nya kena yang terlibat bebudak perempuan yea dok.? hahaha. Jumlah yang terlibat melebihi jangkaan sepatotnya. tapi pape pom be cool lah kan. tak kan lah nak cemas tak tentu pasal plak. :D
http://www.emocutez.com



Talk yang amat amat lah sekejap saja. hanya 30 minit bersama mereka. tapi respond yang dapat teramat memberangsang kan. lecturer pun turut puji. yes.! memang tak sia-sia lah usaha kami semua. nak mendapatkan yang terbaik harus berkorban banyak mende kan. masa tido. duit poket. tak pe lah. objektif utama dah berjaya. others.? just leave it okay.

harus terus berusaha walau macam mana keadaan pon. baek senang mahupun susah. jangan mudah mengeluh dengan apa apa keadaan. tak baik kan itu. okay lah wahai readers tersayangs. got to go. but please do not you leave me alone. always do be a stalker of mine okay :)
http://www.emocutez.com

p.s : jangan pernah sesali apa yang suda lepas.


Tuesday, August 3, 2010

a breath


kadang- kala kita sebagai manusia mudah sangat lalai dengan kehidupan seharian. kehidupan yang amat amat sibuk dengan duniawi. sehinggakan perihal akhirat lupa begitu saja. walaupun suda kita tahu bahawa kehidupan teramat lah singkat sekali tempohnya.

http://www.emocutez.com
hadapi kehidupan dengan ketenangan.

p.s : forgive and forget :D

Monday, August 2, 2010

sesak nafas.

hari yang amat amat penat. orang kata kalau lah berada di modul community nie amat amatlah bersenang-lenang. goyang kaki amat lah rancak sekali. tapi bila berada di atas keadaan yang sama, okay itu semua amat-amat lah menipu. sibuk tersangat-sangat lah.tak terkata. keluar rumah tepat pukul 7.30 pagi balik pukul 6.oo petang baru lah terpancak batang idung nie kat umah.hampir 12 jam bukan.fuhh..! kematapan jiwa memang perlu lah.
http://www.emocutez.com


entry lepas ada janji kan nak tunjukkan ahli kumpulan community yang lengkap selengkapnya.haa.! inilah die.kami semua bersembilan.amacam.? ada gaya modeling tak semua.hahaha. kalu ade pon kompem akan hancur lah bankrup lah agensi modelling tue kan. hikhik. tapi tak pe, kami semua sudah ada gaya yang tersendirik kalu nak berposing.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
hahahaha :D
okay-okay.sila fokus elok-elok di gambar itu taw. ada yang be cool jea kalu bergambar. ada yang sedang teropong kalian semua sebagai pembaca setia. ada yang maintain ayu gitue. boleh kate semua lengkap lah. penah dengar tak ayat cam nie " a picture can tell a thousand of story". so betol lah kan.
http://www.emocutez.com

so far we have our own fun when hanging out together in this group. kemana saja ber sembilan lah. susah senang bersama.teamwork itu amat amatt sangat lah penting.okay.got a lots of works to do. berterusan akan menyibukkan diri ini. biar lah tidak fikir masalah yang ada. tak ada masa untuk itu okay.
sekian :)http://www.emocutez.com

p.s : hidup perlu diteroskan :D


Sunday, August 1, 2010

done


hello weekday
hai hari bekerja
haluu hari yang amat sibuk.
hai hai hai

hari yang penuh dengan jadual yang amat padat da mula da. otak mula semak. sesak nafas pon ada dah sekarang nie. hari-hari harus follow up revision. membaca saja keje sekarang nie. nak tidor memang lah tak cukup.tapi tetap melayan jugak keinginan tido tua.hahaha. tak tahan doe.adoiyaa ~ alah.normal lah kan tido bangun makan lepak semua tue. kalian kan human jugak.so, chills. study pom jangan sampai otak pulak jadi hang.nanti nak format lagi lah masalah.ngee~
http://www.emocutez.com


modul communiti inilah kumpulan terchenta.semua ahli sembilan but tak cukup forum kan. entah mane perginya yang lain mase pic nie di snap snap kan. maaf yeah.nanti kita amik gambar reramai satu kumpulan taw. jangan bersedey lah plak. modul communiti selalu pergi ke klinik yang duk kat batu 9, hulu langat. kenal tak.? haa.korang p lah jejalan kat sane.nanti jumpa lah ngam kami yang berbaju pinky neh.cun melecun aaauuw ~
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


assignment tiap masa bertambah.tak pernah berkurang.macam mane ea.? cam mane pon memang kena buat jugak lah kan.nanti naye lah.hohoho. already done 1 assignment.fuuuhhh.!lega separuh jasad dowh.next ade lagi yang duk beratur panjang dekat belakang tue.research proposal.prepared tok risalah nak bagi nanti ceramah lagi.so far agak sibuk dan boleh mengalahkan PM. haha.need rest kejap nanti sambung lagi.
berusaha untuk masa depan. :D

till then readers.
good night and sweet dream
http://www.emocutez.com


p.s : kadang kadang letey jugak dengan pelbagai watak.

dayem.!

BACK OFF BACK STABBER.!

GO TO HELL.!!