Wednesday, August 11, 2010

fin.


Alhamdulillah. dengan sempurnanya kami satu team telah berjaya menjaya kan tugasan yang telah diberikan semasa berada di klinik kesihatan batu 9, hulu langat selangor. kat sane memang banyak lah aku belajar tentang penyusuan ibu dan pengenalan tentang bayi. nak terang lagi banyak nanti takut ade pulak yang dok garu-garu kepala nanti. so, make it as simple as i can okay. done.!

plus, kami semua jugak sempat buat prosedure semasa kehamilan kepada si ibu. apa yang harus dibuat semasa tempoh itu. dan dan daannn aku jugak sempat pegang perut ibu yang hamil terlebih tempoh lahir. dengupan jantung bayi dalam kandungan jugak aku dengar. laju sangat-sangat aih ang taw dak. 122 untuk setiap minit. fuh.! normal manusia pom 60-80 jea.tue pom tuk yang dewasa lah. kanak-kanak lagi lah laju.

semasa tempoh pembelajaran tue , memang teramat banyak ilmu dapat. sumpah tak tipu.! haa kaum adam, korang ingat senang ke nak jage bayi yang ade dalam perot 2.? duk bawak sane sini selama 9 bulan 10 hari 2. berat owh. so, hargai lah yek kami nie dari golongan hawa ;)
then masih berbaki dua minggu lagi untuk menghabiskan modul community ini. untuk tempoh itu kami semua akan melawat dari rumah ke rumah untuk memberikan rawatan secara lebih dekat. terfikir jugak bagaimanalah nanti kalau rumah patient tue nanti ade anjing. kena kejar.? cepat lah kurus nanti. hahahaha :D


sempat jugak aku tengok golongan yang bernasib malang nie semasa berada di klinik tue. maksud aku ialah golongan remaja perempuan datang dengan membawakan perut yang teramat lah besar,. adoi~ memang amat seksa sekali. seusia 14 @ 15 tahun sudah mengandung. apa lah nasib mereka. sebagai manusia kita tak boleh menyalah tafsir jika kebenaran kita sendiri tidak tahu. manalah tahu mereka dianaiya ke ape ke kan. kita tak tahu. tapi jauh dari sudut hati kecik hati aku, banyak aku mengucap tak putus-putus. mintak dijauhkan. nauzubillah.

dugaan duniawi teramat lah hebat sekali. bagi aku yang masih muda jagung nie memang lah mencabar. dugaan dan godaan di sana sini. tapi hanya satu saja yang mampu menolong diri kita iaitu iman. cari lah ia sebaik mungkin. InsyaAllah semua tue dapat kita hindar. berdoa lah banyak-banyak taw. :)

p.s | tompok-tompok hitam memang akan tetap melekat di hati. perbanyakkan lah amalan. berdoa lah selalu.InsyaAllah, dipermudahkan urusan nanti :)

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: