Wednesday, October 19, 2011

senyumlah kerana ia bermakna =)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye you olls.! Hai sane. Hai sinie. owh yeahh.! Matahari da menyinari kehidupan ini kembali. Terasa kehidupan kembali ceria dah. Tak mau da hidup dalam kegelapan. Syukran Ya Rabb untuk segala cubaan dan dugaan hidup yang telah Engkau berikan pada diri ini sebab ia suda membuat diri ini makin kuat dari segi mental dan fizikal. Apa saja yang terjadi pasti ada hikmahNya. Dan aku amat-amat yakin dengan janji-Mu wahai penciptaku :)


" Allah swt tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah :286) "


" Ya Allah sesungguhnya diri ini amat-amat yakin bahawa Engkau tidak pernah berjauhan , sentiasa dekat dan tak pernah meninggalkan diri ini keseorangan. Ya Allah, jika dia adalah jawapan untuk istiqarahku, dekatkanlah kami berdua dengan cara yang betul. Cara yang di redhai-Mu wahai Ya Rabb. Satukanlah kami dengan ikatan yang halal Ya Rabb. Permudahkanlah segala urusan kami. Sesungguhnya Wahai Penciptaku, inilah pelangi yang teramat-amat chantek yang telah Engkau berikan pada ku. Ameen. "

Benar, melepaskan sesuatu yang amat-amat kita sayangi rasa sangat-sangat pedih dan menyakitkan. Namun, sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran gunakanlah ia sebaik mungkin. Tanam dalam diri dan yakinlah dengan aturan jalan cerita kita ini telah di aturkan oleh Allah Maha Besar. Aturan-Nya tidak pernah silap. Serahkan segala urusan kerana Dialah yang terbaik dalam menguruskan urusan kita. Yakinlah janjiNya tidak pernah salah meskipun ia pahit untuk ditelan.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216) "



Apa yang penting dalam melakukan sesuatu, niat harus betul. Dan aku telah pilih jalan ini untuk aku tempuhi walaupun pada awalnya amat-amat sakit untuk aku terimanya. Demi ummi dan ayahanda tersayang aku lepaskan apa yang aku kasihi selama ini. Aku redha dan aku pasrah. Aku tidak mahu aku akan menyesal di kemudian hari. Aku tidak mahu membuat satu kesilapan untuk kisah hidupku. Kalau nak hidup dalam diberkati, restu ibubapa amat-amat penting. Demi itu, pahit macam mane pom aku sanggup telan sebab aku yakin di hujungnya pasti ada manisnya =)

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darejatnya, jika kamu orang-orang beriman.
( Al-Imran : 139 ) "

" Every story has an end but in life every end is just a new beginning "

p.s | Yesterday is history. Tomorrow is a mystery.Today is a gift.That's what we call it the present.

Sunday, October 16, 2011

=)


saya harap awak yang terakhir untuk saya =)

Saturday, October 8, 2011

La Tahzan.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dugaan demi dugaan datang di duga. Cubaan hidup tidak terhitung bilangannya. Setiap manusia pasti akan merasainya. Alhamdulillah, cubaan yang datang menimpa diri dapat aku hadapi dengan tenangnya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu ini memikul. Meskipun bibir ini tidak putus menghulurkan senyuman kepada kenalan sekeliling tapi mata ini tidak pernah putus dibanjiri dengan air. Tangisan yang sering ada di malam hari sentiasa memberi kekuatan pada diri ini untuk terus bangkit dan tabah menjalani liku-liku kehidupan di keesokkan harinya. Syukran Ya Rabb di atas segala ujian yang telah Engkau berikan pada diri ini. Syukran Ya Rabb kerana tidak pernah meninggalkan aku keseorangan. Syukran kerana telah memberikan aku kekuatan yang sangat-sangat bermakna buatku. TanpaMu Ya Rabb tidak mungkin aku mampu melangkah dan mejalani kehidupan sehingga hari ini.

" Ya Rabb... tolonglah.. jangan Engkau tinggalkan aku keseorangan.."

Lidah tajam boleh mengalahkan ketajaman mata pedang. tiap kata-kata harus difikirkan dahulu sebelum mengeluarkan. Sahabat.. begitu tajam sekali kata-kata mu. perit, pedih dan pilu hati ini dengan kata-kata mu. jangan kamu samakan cubaan diri ini dengan cubaan terhadap diri mu wahai sahabat. antara masa depan dengan ibu bapa siapa yang patot di dahulukan.? fikirlah dan jawablah dengan rational. diri ini akan menjadi derhaka kepada orang tua ku jika aku tidak memilih orang tua aku sebagai pilihan utama dalam hidup.aku merelakan dan aku redha dengan pilihan aku ini.dan aku amat-amat yakin apa yang terjadi ada hikmahnya. yang pasti banyakkan bersabar. tapi bagimu pula wahai sahabat, pilihan tue adalah salah. maaf teramat, aku tidak mahu melakukan keputusan mengikut emosi dan nafsu semata-mata. tak apelah jika kita tidak sependapat, aku yakin dengan jawapan ini.

duhai sahabat.. aku tidak sanggup melihat diri mu dalam kesedihan selalu. apa gunanya aku dalam hidupmu jika tidak mampu memberikan kebahagian kepadamu. sedaya mungkin aku cuba tapi diri mu tetap mencari kesilapanku agar segalanya nampak kesalahan diri nie. sahabat.. aku terima dirimu menjadi sahabat aku kerana Allah swt. baik buruk dirimu telah aku terima tapi kenapa tidak dirimu.? segala kisah lampaumu aku tidak penah sekali mengungkitkannya kerana aku mahu menjaga hati mu. tapi kenapa diri mu seringkali mengungkit kisahku.? tidak engkau mengerti bahawa aku punyai hati dan perasaan. sering kali hati ini bertarung untuk menidakkan segalanya meskipun jawapannya sudah terang bukan silap diri ini. sahabat, mungkin engkau tidak selesa dengan cara ku ini..mungkin engkau tidak dapat menerima kehadiran diri ini. demi kebahagiaan diri mu, aku melepaskan pertalian persahabatan ini. takkan aku menganggu diri mu lagi. hanya doa dari jauh yang mampu aku kirimkan buat mu wahai sahabat.jaga diri jaga iman.semoga dirimu mendapat apa yang engkau inginkan.

sahabatmu ;
zati


p.s | thanks for friendship FJ.

Monday, October 3, 2011

Thanks For Everything Ya Rabb :)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku dalam course ini akhirnya tamat jugak sesi pembelajaran buat peringkat diploma. gembira tak terkata. sukar untuk mengambarkan perasaan ini. hanya Maha Pencipta ku yang memahami. dan ape yang paling mengghairahkan lagi perasaan ini ketika menghadirkan diri untuk majlis sesi rehearsal konvokesyen diadakan sebelum beberapa hari konvokesyen yang sebenar. ramai betol graduan yang ada. TAHNIAH buat kalian. okay.! tak mau bebel banyak-banyak. jum layan gambar konvokesyen sayeee =)

****************************************************

semasa rehearsal sempat lagi snap snap snap. dieorang nie lah housemate aku sekarang ;)
heart them sooooo much.!

nielah jubah konvo yang kami pakai untuk majlis konvokesyen nanti :)


okay gambar yang kat bawah nie kami photoshoot before convocation's day. semangat kan. just untuk di kemudian hari. nanti bile da usia meningkat boleh lah tunjuk kat cucu dan cicit. ameen :)





****************************************************

Alhamdulillah. Finally, this is for you ummi and bak as my tulang belakang =)
*thanks for the Sunshine Ya Rabb :)


dalam dunia nie tak ade yang paling bahagia buat diri aku melainkan memberikan hadiah segulung diploma in nursing untuk buah hati terchenta. inilah saat yang paling aku tunggu-tunggu kan sejak dari bangku sekolah lagi. syukran Ya Rabb sebab telah makbulkan doa hambaMu ini.

p.s| nak smbg tido.letih da lah amek gambar.