Friday, December 17, 2010

al-kisahnya.

Assalamualaikum wbt.

salam sejahtera dan selamat murninggg :)

adoi.ape punye perangai lah aku nie kan. bangun pagi-pagi da ngadap desktop kat umah aku nie. ngaaa~ dah jadik tabiat mase cuti da nie. fully kat depan desktop. kate ayah aku, kalu cuti-cuti nie ngadap la lame mane pom kalu nak ngadap tapi, bila masa untuk study dah mula stop main fesbuk dan bebelog. sekali sekale tak pe lah. plus, just ade 6 bulan saja lagik.pejam celik pejam celik memang sat jea kan. :) mase dah cepat da sekarang. kadang kala kita pom tak sedar kan. siap kuar plak dialog nie " aik? dah kul 4 ptg da. tadi baru kul 9 pagi. " haa.! kan nyah da kate. hikhikhik :P


mase aku tengah dok sibOk usha-usha member aku kat pesbuk nie. sempatla aku singgah jap kat beblog dan formspring haku nie. tetiba kuar plak soklan kat formspring. haish.! once again. soklan yang bertubi-tubi sama dok tanya ngam aku sekarang. kalu korang tak nampak, sila klik kt gmbar tue. nanti dah tentu korang akan nampak jelas.

" bila nak kawen.?"
jawab aku : haa.! hntaran lah rombongan meminang. hahaha

aik? kali ini ape lah nak jawab kan. deeply, aku tak ready lagik lah. i'm 20 years old. muda lagik tue kan. banyak lagik mende aku nak buat dalam hidOp ini. semua tak terbuat lagik. but tuk masa sekarang aku just fikir nak habeskan study tuk 6 bulan jea lagik. lepas tue nak stabilkan diri sendirik dulu. nak jadik sorang anak yang berjasa tuk umi dan bak aku. slowly, aku simpan lah fulus aku tuk hari bahagia nanti. kang senang la nk wat preparation. muahahaha.

dalam hati ini masih ade rasa something yang tak lengkap lagik. aku nak cari dulu ape dia. kalu sebelom ini entry aku ada kata aku nak kawen nak kawen kan. tue bile time aku gedix.* bile fikir tanggung jawab lagik,status ekonomi semasa lagik la gerun aku teros kan. semua da mahal taw. kalu zaman tok ayah kita consider okay lah kalu gaji kite dalam rm2k kan. tapi sekarang wa cakap lue masok tandas pom dah rm1 taw. tue tak lagik masuk mende alah lagik. bila dah berkeluarga dah tentu-tentunya ahli bertambahkan dan sercara automatiknya fulusnya jugak kena bertambah. adoi.! nie ayng buat aku pening sebenarnya. gaji pom just cukup-cukup makan jea kalu duk kat key ell tue.

seyesly, target aku dalam 5 tahun lagik kot. cukup lah tuk masa aku recover balik mase tue kan. bia lah fulus mania kembali stabil di dalam ASB tue dulu. tapi , kalu sesiapa ja yang masuk meminang dan aku tengok okay jea, umi dan ayah aku on aku pom hape lagik, ON lah. :P

p.s | suatu hari nanti. InsyaAllah :)

Alhamdulillah :)


Alhamdulillah.
terima kaseh banyak-banyak wahai readers-readers sekalian.

yeah.! Alhamdulillah sangat-sangat. berbunga riang betol da hati ini. da makin ramai kembali readers aku.muahaha. bukan hape pom. dulu kan aku da banyak musim aku dok menyepi jea kan. asyik sibuk entah ke mana hala. kini aku kembali untuk sekerap yang boleyh.cecey, ayat cam boleyh mengalahkan si lebai masjid kat depan rumah ku dah nie. ngaaaaa~ mai la skodeng ramai-ramai lagik na. sila tambahkan lagik bilangan readers kt nuffnang aku. aku suka taw. angkat la bape puak pom korang nak angkat, tak pe.. aku tak kesah pom. lagik berkembang lubang hidong aku ade lah.hehehe..asalkan bilangan visitors makin bertambah. hehehe :)
leyh tdo dengan tenang dah malam nie.selamat malam kalian semua...
krohh krroooohh kkkrrrooooooohhh .

p.s | zzZZzzzZ

Thursday, December 16, 2010

saya budak baru belajar.hookeyy.!

salam semuaa :)

saya budak baru belajar.hookeyy.!

haa.. korang mesti pelik kan ape lah kaitan gambar kat atas nie ngam entry aku kali nie. hehe. okay, nie first time aku try print screen taw. uuoollss jangan plak nak gelak-gelak kan aku plak taw. aku da taw da lame da. cume nie baru try memberanikan diri nak coba. ( hehe..ayat tak boleyh blah kan ) good try kan.muahaha.syabas tok diri sendiri.hehe. *poyo jerk*

time-time cuti cam nie tak tahu lah plak nak buat ape. tido lambat bangun lagik lah dua kali ganda lambat kan. ngaa~ kalo musim study kan, nak nafas pom tak cukup. makan pom tak cukop. membuta lagik lah tak cukup.muaaaaa.! tensyen bertambah-tambah. cam mane ea? lagik-lagik la kalo da final sem. para gunung-gunung berapi dah kompem banyak naik di muka. siap tunggu masa nak meletup saja.

tinggal bape ari saja lagik nak naik sem baru. tetiba plak semalam terborak dengan member aku pasal result sem lepas.adoi.! seyes aku takut. tak tahu lah dapat score ke tak. arap-arap dapat lah aku maju ke depan kan. 1 sem saja lagik nak menyudahkan. bape bulan lagik nak kena pulun habis-habisan. senapang dah banyak da aku patahkan. sem baru nampaknya senapang baru laa..

p.s | 1 sem = 6 bulan= 9 system kena khatam. fuh fuh fuhhh..!

t a g g e d again.!


selamat hari chenta :)

meh jawab soklan-soklan yang da di tag oleh member aku a.k.a ella anim. hehe, maaf na lmbt bagi respond.internet lambat connected maa :P

JOM JAWAB :)

Apa benda paling penting dalam hidup anda?
handphone, lappy dan keta.! hehehe

Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri?
topup rm3 kot. haha.sekarang da zaman darurat dah.

Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
tmpt tue dah kompem-kompem buat kat umah kan.tp lepas tue nak photoshoot wedding hehe..
tema : turqoise putih @ merah putih

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
dah terang lagik bersuluh kan. kalu tak cukup power nnt aku tmbh dengan spot light ag bia terang.nak x?

Berapa lama lagi korang akan mencintai kekasih korang?
semua telah tertulis dalam Qada' dan Qadar. sebagai manusia follow the rules je kan. don't Break it.!

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Majalah MIDI kalu tak silap

Antara mak ayah korang, mana korang lebih mesra?
seyesly, aku lebey rapat ngam ayah aku. andif, pilihan hati aku tue, ayah aku tak kasik green light, aku akn follow kata ayah. mungkin ade hikmah kan. orang lame-lame da makan garam dulu dari kita :)

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.?
Nabi Muhammad SAW.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
so far, aku lah seorang bibik yang tegar. xde duweett nak beli mesin lorh

Di manakah tempat yang korang btol2 nak pergi?
ROME.!
( entry lepas kan da ahbaq mai.adoi..~ )

Pilih salah satu, peluk atau cium?
BOTH.!

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
ELLA ANIM
aku kenal dia mase aku from 1 lagik.siap 1 klas ag tue..
pnggemar jam yg tegar.adoi.~

Benda yang paling korang sayang dalam hidup korang?
umi dan bak saya. tiada yang lain.

5 lagu yang korang suka & selalu dengar.
Dadili - disaat aku mencintaimu
Zivilia - aishiteru
Mizz nina feat noh - kurnia
Kangen Band - Jangan bertengkar lagi
Hijau Daun - Suara ku berharap

p.s : haa.da settle sume dah. ella. comment?

Wednesday, December 15, 2010

t a g g e d !


1.Kereta idaman anda?

nie aku nak bagi list keta yang aku minat :

1. Toyota Harrier
2. Honda Civic 1.8G
3. Suzuki Swift
4. Honda Jazz

2.handphone idaman anda?

nak N8 boleyh .? tak pon iphone :)

3.Rumah idaman?

dream house aku nak rumah yang terletak di sawah padi. tak pun tepi pantai. ssuhh..! masyuk tue..angin sepoi-sepoi bahasa kann :)

4.gf/bf idaman korg??

cukup lah sekadar si dia sentiasa ada bila susah dan aku perlukan kan :)

5.tempat yg ingin anda kunjungi??

OF COURSE ROME..!
( ingat nk mimpi honeymoon kat sane. wee :) )

6.senaraikan org yg hendak di tag:-

1. Tuan Nur Fatin Nadia
2. Wan Nur Amalina Idayu
3. Nur Aqeela Faisal
4. Nik Natasya Zarin.

p.s | sekian :)

Tuesday, December 14, 2010

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum kepada muslimin dan mustlimat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Umi aku selamat menjalani operation surgery kt HUSM nie. syukur sangat-sangat. sayu jea bile tengok keadaan umi aku selepas operate. layu dan kusam jea. mane tak nye, umi aku operate fully sedative a.k.a General anesthasia ataupun kalu bahasa mudah bius seluruh badan. before masuk bilik bedah tue, aku memang tak bape nak yakin.bukannya hape, tekanan darah umi aku memang low giler. takut jugak kalu-kalu ade ape-ape effect kat umi aku nie. al-maklum lah, seorang nie jea ibu yang aku ada. yang sudah berjaya mengandungkan aku dan melahirkan aku. fuh..! panjangkan keterangan aku nie. :)

Dulu, aku ade jugak mengeluh bila amik kos nursing nie. memang agak memberontak lah. yeala, mase tue aku tak bape nak sure kos ape yang sesuai ngam aku. ape yang aku lebih minat. kire cam tak de sanagt guide line nak move forward. but lame-lame minat tue datang. Ada jugak aku terfikir, tak de ruginya kalu aku amik nursing nie. nanti senang lah kalu nak berjasa kan :) memandangkan aku anak perempuan yang sulung sudah jadi tanggung jawab aku nak jage ibu bapa sendiri. tugas sebagai anak kena lah jalankan. but, make sure bia lah ikhlas. daripada jurusan ini lah aku belajar one by one. sebelom nie ade jugak lah pihak tak bape nak suke kalu amik kos nie. kan kena buat ape saja prosedure yang kadang-kadang sesetengah orang muda tak bape minat nak buat.


hati dah rasa lega. Umi pon dah boleyh pulih sedikit demi sedikit. deeply, aku pernah berdoa kepada Ilahi bialah antara ramai-ramai adik-beradik, aku lah yang dapat menjaga ibu bapa aku hingga akhir nafas. sedaya boleyh nak jage baik-baik. bia lah seterok mana pom sesuatu keadaan tue. aku akan cuba sebaik mungkin. bagi aku, jasa ibu bapa memang besar nak balas memang tak mampu kan. tapi, cuba sebaik mungkin.

p.s | hargailah mereka sementara masih ada :)

Monday, December 13, 2010

biarlah rahsia

Salam semua. Salam 1 Malaysia .
dub dab dub dap..
ape lah plak kan entry kali ini kan.ape kaitannya dengan tajuk nie kan.entah lah aku pon tak sure ape kaitan nya sebenarnya.mungkin perasaan ini kuat kot.
tetiba jea tengah-tengah time macam nie ade plak mood nak hubdate belog. ngeee~ tue lah, idea datang tanpa di jempOt plak kan.tak pe, let it be kan.

seburuk mana pon perangai seseorang ibu tue kan, kita sebagai anak kena lah ingat kan siapa dia di sisi kita. dari mana datangnya kita kalu tanpa adanya seorang ibu.kasih sayang ibu tak boleyh nak banding dengan apa pon yang ade di muka bumi ini kan. selama 9 bulan 10 hari si ibu duk bawak kite ke hulu ke hilir. tue tak campor lagi dengan berat badan kita yang dia tanggung masa kita berada dalam kandungan kan. berat taw kalu keluar-keluar tue berat 3.0 kilogram. tue tak kembar lagik.kalu kembar cam mana.? Renung-renungkan :)

esok umi dah nak masuk wad kat hospital universiti sains malaysia a.k.a HUSM, Kelantan. nak buang "rgiso". tue bahasa klate lah. kalau bahasa bangku aku tak sure lah. da puas ak duk usha ngam member aku but still tak dapat medikal term . lusa akan operate.haish.! sebagai anak sulung pompuan da jadik tanggung jawab aku lah kan jaga si ibu terchenta. nak arap sape lagik kan kalu bukan anak-anak. itu jea yang aku mampu tuk membalas segala jasa umiku bialah aku taw semua jasa-jasa ibu tak kan mampu kita balas kan.

p.s | :|

Friday, December 10, 2010

trip.! trip.! trip.!

Assalamualaikum semua-semua.
ape kabor saudari-saudari, saudara-saudara, incik-incik, puan-puan sekalian.moga sehat-sehat semua ehh. :)


bila time tengah-tengah hari macam nie cun jea kan kalu duk layan mimpi nan indah.auww.!auww.!auww.!masyuuukkkk tue.diselimuti dengan comforter yang empuk-empuk gitue.lagik lah menambahkan nafsu tidur kan.astaghfirullah anak dara ape kan.?hehe.bukan selalu pon, kadang-kadang ja :) now back to topic ladies and gentlemen :0
pui pui puii :)


Salam Maal Hijrah semua

jeng.!jeng.!jeng.! hai cik kiah, cik bedah, cik su, cik jue, incik-incik habang sekalian semua. di bulan yang mulia ini marilah kita semua pakat-pakat tanam azam yang tinggi menggunung untuk berubah kepada yang lebih baik na. buku yang lepas sudah selesai di bawak ke langit untuk di hisab bila tiba masanya nanti. learn from mistake okay.! tak yah lah nak ulang kembali kesilapan yang kita penah buat dulu. muahaha.aku jadik ustazah lah plak kan.bukan hape lah kalian, sama-sama la kita saling mengingatikan.

hari yang mulia ini sempat pulak aku ngam bebudak kelas aku mereleasekan tensen kami semua kat Afamosa Water World,Melaka. almost whole day lpak kesana. sebelah petang plak ke bandar hilir. ada yang lain mau beli cenderahati tuk teman yang rapat. hari yang padat kan. kat sini memang lah fun fun fun fun sangat.!fuhh.! fuh..! haaa, sampai muncong molOt aku neh nak nyebut neh. jangan maen-maen taw.



gambar kat sane just sikit jea amik.bukan nya hape, kalu amik gambar sampai tak ingat dunia nanti memang cari maut lah. Al-maklumlah, kamera nie bukannya water resistant wahai cik kak owh cik habang semua aauuwww~ nanti kalu terjatuh,terpercit,terlanggar oleh dek air tue tak ke naya semua.posing bagai nak maut pom, kalu dah kamera rosak xde maknanya kan. tak boleh.! tak boleyh.! baik berjaga-jaga kan dengan simpan di tempat yang selamat. gambar sedikir pom dah kire bukti bersama lah kat sana.pendek kate, kami dah pernah pergi ke sana.yeepiiiii...!
kalian bile lagik.jOm yuk..!



haa.!jangan main-main.kat sana siap ade hencek gajah taw.baik-baik saja mereka neh. dah kena training kan.memang lah.kalu tak,xdenya aku berani nak tersengeh cam beyuk makyeh kat depan henchek gajah nie.dah senang -senang jea dorang pijak-pijak aku.adoi.! tak mao lah auwh.! tulung lah.aku belom kawen lagi maa. nak naik pelamin dulu. muahaha.~



Lastly,
Salam Maal Hijrah semua.
Selamat beramal taw,jadikan buku hidup yang baru ini penuh dengan amal yang baik.Amin

p.s | penat.! krooh.!kroooHH.!krooh..!

Monday, December 6, 2010

back.!


haachumm.!
aish.!hidung nie da tak habes-bahes duk berair saja.mood tak bape nak okay. kepala asyik duk semak saja. Alhamdulillah. semua sudah berakhir untuk semester ini.hanya tunggu result untuk ke next stage.actually last stage untuk aku dalam akademik.hehe. dah nak habes da study nie.dah nak masuk semester akhir.tapi asyik dok main-main lagik kan.nanti bile dah kerja kronik la.pape pom tak tahu.baiki baiki dan keep on baiki diri.motivasi diri plisss..ngee~

research presentation was done well. Alhamdulillah.syukur ke hadrat Ilahi sebab sudi beri kekuatan pada diri kami satu kumpulan untuk present.bukan senang taw weyh nak present something new in our course.properly preparation kena buat.stay up sampai ke pagi. mata dah jadik macam mata panda suda. but,its okay as long as everything flow smoothly kan. and the feedback from our lecturer amat dan teramatlah memberangsangkan.hehehe.sukaaaaaaaa :)


okay.hidup aku untuk sebulan dua tersangat-sangat lah pack.!padat sepadatnya.jadual teori di dalam kelas.jadual posting.doing lots assignment.hey.!aku sudah macam robot okay.tidor dah tak cukup.nanti cuti dah tiba nak tido secukup nya. sepuasnya.bia habes nafsu nak tidor.hahaha. masih bersisa baki bape ari lagik di kulumpor neh.Jumaat nie yuuhooo..! blog plak dah bersarang jea kan. kadang-kadang private kadang-kadang tak. aku punyai sebab sendiri.

cun tak pasangan kat atas nie.? cun kan :) Tahniah untuk teman aku sorang ini. Alhamdulillah sempurna sebaik mungkin majlis akad nikah.hehe.kamu dah jadik PUAN dah.gelaran dah bertukar secara serta merta.aku doakan moga kalian kekal hingga ke akhir hayat.moga bahagia ke anak cucu.amin :)

p.s | nak mimpi kawen-kawen lah malam nie.hehehe

Tuesday, November 9, 2010

tunggang terbalik.!


mood bengkakkan mata harus timbul.
shusshh.! zaaassss..~

p.s | rhendu aih zaman matrik dlu. haih.!

Wednesday, November 3, 2010

silent


haaachumm.!
hey teman sekalian :)

mohon maaf diatas segala silap yang aku wat.yealaa, private blog for a moment. i need privacy for recovery period. haish.! tekanan jiwa banyak kali ini. jatuh bangun mencuba jugak mengatasi dengan sebaik mungkin. hanya diri sendiri yang memahami. meluahkan sebanyak mane pon, orang lain hanya mampu mendengar saja. itupon, belom tentu mendengar ataupun tidak. bila minta pandangan, masing-masing mesti akan cakap " entah laa", " tak tahu sebab aku tak pernah berada di suituasi kamu" dan sebagainya. haish..! kalau lah makna teman itu boleh di huraikan kan lebeyh elok. hanya yang memahami betol-betol apa itu teman pasti akan menolong temannya yang susah kan. bia sama-sama susah dan senang kalu betul-betul nak berteman kan.

sob..sob..sob..
emo jap aih.

back to kehidupan yang teramat amatt sibuk. final sem dah dekat. 3 module kena catch up. peadiatrics, community dan critical. semua nie nota setinggi gunung himalaya. mata da berkelip bintang dah nie. bile tengok nota bukan kemain lagi semangat aku nie. tapi bila da tibe 15 minit pertama da start wat keje entah ape-ape. ngeee~ nafsu malas tetap jadik raja. macam mana nak berubat weyh.? dose ape.? frequency .? hahaha..haa jawab jangan tak jawab naa.. :P


dalam diam nie, berlambak hobi yang aku buat untuk isi masa lapang aku. at the same time nak release tension jugak pon ade. holiday kat cherating, lepaking dengan kakak aku, dan menghabiskan fulus sebaik mungkin.nie keje aku buat bile aku jadik orang kaya baru saja.ngeee :)
doakan kejayaan aku wahai taulan sekalian. mohon kemaafan yang teramat sangat kepada sesiapa yang mengenali diri ini ataupun tidak. okay incik eseiment berlambak menunggu sekarang. daa :)

p.s : susah macam mana pun sesuatu keadaan yakinlah Allah tetap ade :)

Friday, October 1, 2010

aku takkan kalah :)


pernah tak dengar ayat-ayat pemberi semangat ini ,

" patah tumbuh hilang berganti "

ermh.! haa. agak-agaknya korang faham tak maksud kata - kata hikmah ini yang ala-ala masyur gtue.. hoho. yang jelasnya , kita tak perlulah nak sedey-sedey jika hilang sesuatu yang kita sayang. yakinlah pasti ada hikmah di sebaliknya. sedar dan hayati apa maksud yang tersirat. tak perlu risau lah. sudah menjadi perkara normal kalau setiap manusia mengalaminya. aku pun turut mengalaminya jugak taw dak :) but life must go on kan . hidup mesti ceria kan. tak perlu monyot ja muka tue. tak perlu membengkak kan mata yang da tersedia cun melecun kan. hanya yang perlu kita buat, senyum selebar mungkin dan kata kan :-

" Hey.! aku kuat lah. wat pa nak sedey :) "

yang pergi biar lah kan. jangan pula terfikir bahawa diri terasa rugi kerna tak berjaya memiliki apa yang diingini. biar kan si dia berlalu sebaik mungkin. lepaskan secara damai. apa yang penting kehidupan masa hadapan. menjadi bintang yang bakal menyinari sesuatu kehidupan bukanlah senang. banyak tempat yang akan tempuh. bintang yang bersinar memang lah banyak di atas sana, namun sinar yang mampu menyinari sepanjang kehidupan itulah yang sukar dapat.

kisah hidup aku, aku sukar untuk di kongsi. mungkin agak peribadi bagi diri ini. cukup lah sekadar kiasan yang tertulis di alam maya dan di bicarakan di bibir. mungkin itu cara aku untuk berkongsi cerita. direct story.? nop.! itu bukan cara aku :) manusia banyak ragam. kadang-kadang susah untuk dipercayai. di depan banyaklah lakonan yang terbaik. pelakon terbaik pun boleyh dapat kot. tapi di belakang, siapa lah tahu kan. bukan ingin menyalah tafsir, tapi sikap berjaga-jaga kena ada. percayalah, setiap orang tak sama dengan diri kita :) kadang-kadang, kata hati sememang nya betol.

kadang-kadang persoalan ini sering ada kan dalam fikiran :

mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan.?
mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang.?
mengapa tidak ada malam yang berpanjangan ataupun siang yang berpanjangan yang menyinari alam.?
mengapa mesti wujudnya putaran alam.?
mengapa untuk tidak ada sekali gus dalam sesuatu masa.?
mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu.?

jawabnya -,-

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

p.s | biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah :) -iluvislam-

Thursday, September 30, 2010

tahniah :)


kosong. senyap sunyi. hiba. jiwa hambar. pasrah. mungkin itu takdir kan untuk saat ini. untuk masa depan siapa pun tak tahu. insyaAllah menginginkan kebahagiaan. hati ini gembira melihat kegembiraan teman seperjuangan yang bakal menamatkan zaman bujang tak lame lagi. sorang dan sorang yang akan meningkalkan zaman bujang dan berubah ke alam berkeluarga. kalau dulu-dulu hidup keseorangan nanti dah tiba saatnya akan berteman jugak hidup nanti. samalah ngam tuntuttan agama kita kan. berkahwin tue ibadah jugak kan asalkan niat betol bukan sekadar mengikut hawa nafsu.

Alhamdulillah. InsyaAllah esok tiba masa teman seperjuangan akan merubah zaman nya. semoga berbahagia taw kak ain :) moga masjid yang di bina akan tetap kukuh dan teguh berdiri dengan gahnya. pasang surut kehidupan bersama itu biasalah lah kan. pandai-pandai lah atasi masalah nanti okay. kepada rakan-rakan yang bakal melangkah ke alam bahagia, tahniah diucapkan. :) aku akan follow dari belakang korang. InsyaAllah suatu hari nanti.

Ringkasan tazkirah :

1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

p.s | Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.

impian saya :D


impian. yes.! semua orang ada impian kan. tak nafi dan tak boleyh tipu. semua mesti ada impian yang tersendiri. tapi, itu depends on individu tersebut lah kan. so do i :) impian yang menggunung. tapi nak capai .. entah lah. okay guys.! walau cam mana pon kena cuba sebaik mungkin yeah nak capai tue. fuh fuhh.! semangat neh.. :)

sebelom neh aku pendam saja kot impian nie. nak bagitaw mana taw nanti tak kesampaian plak kan. jadi baik diam-diam aja. xoxo. cun tak haliry duff kat pic atas tue. cun kan. korang penah tengok tak citer nie.? "The Lizzie Mcquire The Movie ". tue haa tajuk dia. best tueee.. :) bukan setakat jalan cerita die yang cun dan mantap. tapi tempat-tempat yang dorang shooting pun cun jugak taw. ROME. yes.! itulah tempat dorang berphotoshoot. hurm. kalau lah nanti dapat honeymoon kat sana nanti kan ;) *sweetnya*. i wish. tapi tue lah kena tengok jugak bajet kan :) cukup ke tak. tak honeymoon pon jalan-jalan cari makan pun jadik laa.

chantek tak tempat nie. ohh. saya dah jatuh chenta :)

second place yang menarik minat ialah new zealand :) nie pon tertarik sebab mase duk diskuss ngam member posting sal cuti-cuti. macam-macam tempat duk layan. bali lah bandung lah ape lah. aku tak kesah mana-mana pon tapi mesti ada pantai. yes.! pantai memang wajib. mende lain ketepikan dulu kot. kan heaven bile tenang jea bila bercuti kan :)

permandangan yang cun melecun :) jantung dah terpikat neh. macam mana ehh.?
tenang ase hati nie ;)

then planing yang terbaik punya lah. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan setahun dua nanti nak jugak pijak bumi New Zealand nie. memandangkan ade member kat sana. so penginapan tak dak lah risau sangat. jadi, kne spent duit poket saja. yeah..! i nakk p jugak.! janji suda buat ngam si hajar, budak sekelas dan se posting sekali. InsyaAllah, one day ...

p.s | moga impian jadi kenyataan :)

Sunday, September 26, 2010

full time kot


jeng..!jeng..!jeng..!

keluar lah plak entry kali nie.hahaha. hari minggu yang amat sibuk-sibuk sekali. boleyh mengalahkan PM kali nie. planning suda lama dengan buah hati ketat aku nie. tue pon kire nasib baik lah sebab fuluss dah masyuuukkkk kan ;) jadi orang kaya barulah orang kate kan. tapi tuk sekejap jea kot. nanti dah hujung bulan mula lah ikat perut. xoxo ~

masa untuk bersama dihargai sangat-sangat. low yat, times square dan masjek jamek . itulah kot lokasi yang cun tuk masa nie. nak pergi jauh, ada saja halngan. kenderaan yang tak ada. masalah besar jugak neh. nak gerak sana sini pon susah. jadik, buat apa yang mampu saja. nama lagi student kan. masih tak mampu nak lebey-lebey. hoho ;p

ohh.! jangan pulak tersalah fikir okay. gambar nie diambil kat surau low yat taw. bukan kat umah. haha. cuak jugak kalu fikir apa-apa kan. gambar diambil banyak-banyak hanya untuk kenangan. bukti sebagai pernah menjadi remaja kan. hahaha. nanti senang lah nak tunjuk dekat cucu cicit nanti. tengok.! nenek dulu-dulu pernah rock jugak kan .tapi xmo lebey-lebey plak had die. ada limit okay.

readers, take care yourself.
terima kasih sebab sudi jadi mata-mata saya :)

p.s | mulut lelaki banyak yang tak jujur .

Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah. tue jea yang mampu aku ucap kot tuk kali nie. tanpa henti doa. akhirnya tiba jugak masanya. bendera merah tuk seketika :) bagi sesetengah orang mungkin perkara biasa kan. tapi bagi sesetengah orang yang ada masalah sal proses dalaman mungkin akan stress. seyes weyh.. hoho .aku pon turut termasuk dalam list tue jugak taw.

bagi kaum hawa, kalu lah detik masa tue terlewat sikit kompem cepatt giler nak panik. even satu atau dua hari. tak mahu mende-mende pelik tapi tibe-tibe jea dapat. free-free plak tue. tapi. penantian aku tak sia-sia. Alhamdulillah walaupun dah 2 minggu terlewat ;p tiba jugak kan masanya. panik jugak dibuatnya. minta dijauhkan apa-apa sebarang musibah.musibahkan dalam banyak bentuk. nauzubillah.

p.s | setiap kejadian adalah anugerah. Alhamdulillah :)

Tuesday, September 21, 2010

xoxo


haik .! konichiwaaaa :)

hehe.pembukaan kali nie kena lah berbahasa jepun. ohh japan actually :) nak bertukar-tukar angin tak pe kan. tak salah kan. kalu betoi, sila goyangkan kepala lutut sahaja. yang lain diam-diam sahaja. :) weee :) hari yang tersangat lah penat. berphotoshoot sana dan sinie. kejar paparazzi. owhh.! paparazzi yang kejar kami sebenarnya :)

Alhamdulillah :) hari nie jabatan kejururawatan UKMMC, telah buat sambutan hari raya untuk tahun nie. tersangat lah fun.masyukk owh.! saya dapat duit rayer :) yeahhh.. :p sambutan raya tuk kali nie amat meriah sebab pelajar dari japan datang mai melawat UKMMC Nursing.! fuh.! masyuukk tue.. hehehe :D juadah yang ada cam biase jea lah. dari makanan ringan hinggalah makanan yang berat. tapi, bagi batch aku tak de lah pentingkan sangat pasal makanan. yang penting, PHOTOSHOOT :) yes:)

nie serba sedikit gambar yang ade :) ENJOY.

nie lah mama kesayangan aku ;) puan hasnah. pro kot dalam bab cardiovascular (jantung) . aku pernah kena tembak dengan pelbagai soklan dari die semasa presentation. fuhh~ naseb baik jwb ngam semangat. hahahhaha :D

ngeee~ pix gedix aku lah nie :)
i lioke :)

mungkin nie gambar terakhir tuk kita semua bersama-sama kan ):
aku mula rindu korang semua. seyes.!

untuk gambar nie pulak aku bergambar dengan si gadis dari jepun :) cun kan :)

haaaa... dorang memang lah tersangat-sangat sporting. :)


lecturer aku bersama-sama lecturer japan :)

bergambar tak kira macam mana gaya kan. asalkan mutu gambar tetap ade. yes.! kami berjaya buat sedemikian :)

haaa.! tak caya. tengok lah. ramai giler kot paparazzi kami. paparazzi dari japan tue :) mana nak carik dik oi...

*bergambar sampai jatuh tergolek.? okay. sebenarnya. itulah seni :) *


senyuman dari bibir yang ikhlas akan menghasilkan senyuman yang sangat manis. jadi, senyum lah. tak susah sangat kan. awek muda jugak kan. :)

p.s | mendoakan segala kebaikkan :)

Saturday, September 18, 2010

eid's mubarak


HHhaaaalllLLLuuuuuuuuuuu :)
yes.! i'm back now.! as blogger.! yes.! memang sibukk buukk teramat lah kalian. sibuk dan tenat dengan jadual harian. sesak nafas memang dapatlah orang kate kan :) biaselah.musim raye kan. rest memang siket je lah. balik pom dah sempOt kot. dua hari before eid's mubarak baru selamat tiba kat umah terchenta. *home sweet home* . but for a moment jea lah. then kena kemas rumah. kapal pecah kot umpamanya. hahahaha. :p then. aku jadik bibik. seyes.! 2 jam jea sempat tidur kot.tue pom curik-curik taw. Ya Allah.! tuhan saja yang tahu kot keadaan aku. serabai semacam. mental illness pom ade jugak rupenya. hohoho. tue sebab lah tak sempat nak atas talian. tapi, kadang-kadang layan jugak atas talian. tuk kejap je okay.sekian. :)

dan. dan . dan.
Alhamdulillah. raya tahun nie tourquist jadik tema tuk family terchenta aku neh.yes.! tapi, tolong abaikan tudung aku yang tak bape nak matching ngam umi n adek aku tue ea. sesak nafas jugak sebenarnya aku tengok. tapi, dah baju lain-lain tone pattern kan. nak buat macam mane. kan kalu tersilap kenakan plak,nanti free-free jea orang tengok aku cam badut. okay.! aku muda ag kot nak jadik badut tue.ngeeee~ xmo.xmo.xmo.family picture for once a year cool jugak kan :) as memory i thought :) tak rugi dan tak pernah salah. aaauuwww ~

COOL :D

a very big family picture. tapi masih tak cukup kolum nie. makcik yang bongsu aku tak dak. yuk raya kali nie die beraya kat sebelah mertua die. soory aunty :) next time okay. skema memang lah tersangat skema gambar nie. tapi tak pe. segan silu lagik kan. lame jugak tak bergambar ramai-ramai kan. next time kte kasik gempak okay wahai ahli keluarga chenta ku .

last but not least :


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

dari :
HAJI HASSAN DAN KELUARGA

p.s | mohon bebanyak kemaafan .