Sunday, June 27, 2010

patotlah.


patot lah mood tak berapa okay.tunggang terbalik saja.patot lah gunung berapi naek dua tiga kat pipi muka aku nie.sampai abes merah.tompok sana tompok sinie.patot lah rasa lapar semacam saja.makan tak kire masa saja.patot lah.ohh patott lah.dan memang tetap patott.ada tanda rupanya.biasalah kalu dah golongan hawa kan.

letey semacam saja hari nie.golek-golek kat katil empok lagi lah super berb.!cuaca amatlah chantek sekali.wah.!dugaan.need rest.walaupun ade game World Cup best malam nie (Argentina vs Mexico) tetap perlu tido.badan dah tak larat.maaf yea messi.nanti i tonton siaran ulangan yea.esok i nak main masak-masak ngan kawan ketatt i.maaf taw.
*perasan jerk*

Argentina tetap di hati :)

p.s : maafkan saya wahai messi ku ((:

Saturday, June 26, 2010

kuasa cinta


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
♥♥

p.s : cinta tak boleh dipaksa.

take note.


kadang-kadang betul jugak kata hati.tapi akal tetap degil.namun inilah padahnya kan.tak penah serik-serik.bila kah episod hujan mata akan berakhir.?sering kali diperlakukan begini.hati koyak rabak.tak pelah kalian.kalian yang berkenaan kan amat bijak.tak pe.Tuhan amat adil.tak mungkin kalian licik tuk mase ini,suatu hari jatuh juga.itu tetap akan terjadi.jagalah sebaek mungkin taulan sekeliling.

p.s : cukup lah peluang yang penah saya bagi.

salam.


haaallloooo readers..!! ^.~

i'm back now.maaf lah aku biarkan blog aku nie bersarang macam tue je kan.tak bagi tahu pom kat korang dulu.hikhik.tak sempat lah kawan.aku sekarang sudah mula sibOk.tapi sibok ngam papepom,aku pom tak tahu.haha.kadang-kadang aku nie leka duk layan bola.sampai tertido aku.siap peta dunia aku buat taw.perasan letih jea nie.padehal tak pom.ngeee ((: atas talian selalu aku buat.tapi nak menulis kadang-kadang otak mati pulak.mase kadang-kadang pom tak de.maaf seribu kali maaf.

hari nie parents aku naek kl.ade majlis nak merisik.kire dorang pom take part jugak lah kan.tinggal lah aku dan adek pompuan aku kat umah.ops..!abang long aku jugak ade taw.kire die lah power rangers kami tok mase nie.die kan gagah lagi perkasa.ops.!jangan perasan yea kamu wahai abang long ku sayang.kehkehkeh..

ari nie program aku ngam adik pompuan aku yang sorang nie adalah jalan-jalan cari pasal.okay.!terbaek lah kami.pusing punya pusing banyak jugak lah keje yang kami buat.niat asal nak cari baju kemeja tok adik laki aku yang bakal sambung study.tapi bile da sampai kat kedai tue cam tak sure lah plak saiz baju kemeja tok die.kan ikot ag senang.nie tak,ade keje lah ape lah.hurm.tak pe.laen kali yeh dik kite p beli ((:

p.s : padahal aku dah terbeli handbag.hehehe ^.~


sebenarnya, before aku out dari umah tadi sempat lagi lah berposim sakan nak bergambar.haha.kebetulan abang long aku wat balik kamera dslr.pergh..!gian aku seyh.lame tak pegang kamera tue.so,ape lagi.sakan lah.hahahha.adik aku yang sorang tue lagi la bertambah sakan nak berposim.otak kami kan sama.name lagi adik beradik. ((:

p.s : keluarga aku.teman rapat ketat aku. *.*

Tuesday, June 22, 2010

impian :D


hello readers warga malaysia terchenta,
hello readers warga india tersayangs,
hello readers warga united state terbaekk,
hello readers warga mesir yang tercun melecun.

hahaha.tak kire lah laki ke pompuan ke.aku rembat jea.jnji yang terbaek tok korang.ape kabar.?sehat tak.okay.sila anggukkan kepala lutut yea.bagus. (: muahaha.cam femes amous lah plak.xpe2,aku nak perasan kejap yea.neway,thanks sebab sudi baca blog aku neh.
arigatoo haik :D

haaa.okay.!tuk entry kali nie,memang tak sabar aku nak post.hehe.sedang asyik aku dOk layan komen-komen kawan aku kat muka buku.ternampak lah plak aku kat page die sal website blog die.aku nie jenis yang pantang skit tengok website blog.kompem nak baca dan follow.muahaha.saja nak meramaikan teman.dok ralit bace entry die, kaku kejap mata aku neh.ces.!mmbr aku nie mc'na dah ade guitar.!perghh.!siot cool babe.cayalah ko babe.jeles tahap gaban aku nie.dah lame impian aku nak beli mende alah nie.tapi,masalahnye xde cikgu.kalu aku sndrik.memang rosak lah code die aku main.hehe. :D cool kan kalu maen guitar.rilexs jea.damn.!aku jeles teman.!nak satu.! nak satu.!nak satu.!hahahaha.



haa.cool kan bile tengok si yuna nie dok maen gitar.ayah aku pom dah bagi lesen hijau.hehe.lagi lah semangat nak maen.no hal lah asalkan gune fulus sendrik.dan jangan susahkan orang sekeliling,maaf.!bukan sikap aku okay nak susah kan orang.baek aku susahkan diri sendirik dulu.tak rugikan.another things yang aku crazy over adalah camera dslr.haish.beribu jugak nak dapatkan mende alah nie.dapat yang nie kompem aku tak cari mende laen dah.hahaha.adeh.nafsu semata-mata lah nie.okay.aku taw itu.jangan nak bagi tarbiah kat aku plak ehh.ngangaaa~


hati masih taruh harapan nak dapatkan nya.lebey baek jatuh chenta dengan something yang tak berbentukkan kehidupan kan.tak de lah cedera hati aku hari-hari.tak de lah perlu aku rawat sorang-sorang.kan.?betol tak.?

p.s : cinta datang dan pergi tanpa kita sedar :D

Monday, June 21, 2010

dot.


cinta tak boleh dipaksa kan.ia akan datang sendiri tanpa sedar.tapi,yakin lah pada Ilahi tentang takdir yang bakal ditentukan.banyakkan bersabar kan.motivasi diri itu penting.

yang online buat-buat offline.tak ape lah kalian.tue kan hak kamu.tapi.saya tetap dapat jejak jua.walau secilik cam mane pom kan.tak kesah lah.tapi.bila tiba satu detik.hati ini suda cakap."cukuplah".masa itu tiada ape-ape lagi makna.berfikir sebelom melakukan sesuatu.itu kan lebih manis.

kalu betol,cakap saja yea.heyy.!tak rugi lah.mane taw tangan tak bertepok sebelah saja kan.cuma banyakkan bersabar.kenal kan diri sebaek-baeknya.budi itu macam mane.?kasi sedikit hensem ehh.kan kacak kalu cam tue.

take care readers.bola match pom suda abes.
antara spain vs hondulas.
result :spain 2 - hondulas 0.
mau membuta.
zzzZzZzz

p.s : saya mungkin suda tak perlukan paparazzi lagi. ^.^

cinta.


Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati
pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta....:)

p.s : cinta itu kan indah ^.~

Sunday, June 20, 2010

jodoh.


Alhamdulillah.akhirnya bersatu jugak dua hati insan ini.moga jodoh dipanjangkan.rezeki dimurahkan.tahniah sekali lagi kpd mereka.

kak Diyana Dalila & abg Mohd Azizul
^.^

where are you.?


where are you.?

mR.pap@Razz!

p.s : saya r_nD_ .!

Saturday, June 19, 2010

selamat hari bapa.


ooyeeaahh..!hari nie suda jadik hari bapa sedunia.hhaaaaa kepada braderr dan jugak cik kiah kat luar sane jangan dok wat lupe la plak.kire terpenting jugak lah hari nie dalam hidup kite kan.tak kan lah hari kekasih jea nak ingat.uikss.jangan ea.

" SELAMAT HARI BAPA "

nie ucapan aku kat sumer golongan adam yang suda bergelar bapa kat luar sana.tahniah dan syabas lah kepada mereka daripada kami yang daripada golongan anak- anak lagik.wahh.!panjang berjelerr lah plak aku pnye ucapan tok kali nie.muahahaha.ade aku kesah.tak kan..? :D


bagi aku,dunia akhirat aku.lelaki inilah yang akan tetap bertakhta dalam hati.jantung.paru-paru.aku secara amnya.dialah ayah gula aku yang tetap menjadi ayah gula aku yang terbaekk.amacam?ada garang tak muka die.?muahahahaha.kpd sesiapa yang nak masuk meminang.kena lah jumpe ayah gula aku dulu.kalu ayah gula aku cakap green light.aku pom green light lah.bialah aku xde heart feeling ag.orang kate berkat hidup dengan restu mak bapak tue kan ade.haish.apelah yang aku mencarut neh.ngengee~

okay.yang penting.hari bapa boleh sambut bila-bila saja.jasa ayahanda jangan lupe plak okay.aku da ucap dah kat ayah aku.cium tangan pom suda.haa.korang bile lagi.jangan lah sampai akhir nafas baru nak nyesal.uikss..mintak jauhh eh.doakan yang terbaek.

p.s : peluang hanya datang sekali saja.

atas bawah.


tak sehat.tak makan.tak minum.tak tidur.mood mati katak.kusut masai.sakit hati.tunggang terbalik.otak semak.atas bawah.

refresh.
need time.

Friday, June 18, 2010

♥ LOVE ♥


" SELAMAT MENYAMBUT HARI TUA "

haaa.tue lah yang tertulis kat atas kek kat atas nie.nie lah kek besday aku yang di selebret kan oleh kengkawan aku.memang terharu gler ah.kalian masih ingt kan hari penting aku walaupun selebrate lewat dua hari.tue pom sebab ade exam kan.kalu tak.kompem malam tue lagi aku dah kena kat korang.trimas banyak-banyak my sayangs ((:

my sayangs : nurul mawaddah.nur ayuni.nazirah.wan norasyiah.

haish.memang terkejut teramat.pandai jugak korang berlakon tok buat supprise birthday party ea kat kau nie.walaupun tak seberapa.tapi amat bermakna.tapi walau cam mane pom.aku suda anggap kalian jantung.hati.paru-paru.sebahagian dalam hidup ini.kita kawan sampai syurga ea teman.sayang teramat.amatt amatt.sebenarnye.aku rindu nak cakap.lepak.makan.minum.gelak..dengan kamu semua.

*THANKS YOU SO MUCH DEAR*

*nielah muka terkejut aku bila kek duk kat depan muka aku nie*

*kalian yang terlibat*

before aku ending entry aku tuk kali nie.sebelom terlambat.aku nak ucapkan selamat bertunang kepada kak Diyana Dalila dan abang Mohd Azizul pd 19 June 2010.moga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.maaf kaka saya tak dapat hadir tuk majlis kaka.InsyaAllah majlis perkahwinan nanti saya pergi ea. ^.~

SELAMAT BERTUNANG
KAK DIYANA DALILA & ABG MOHD AZIZUL

http://www.emocutez.com

Thursday, June 17, 2010

((:


orang kata cinta tu buta..tapi kita tak buta kan??tgk la bebaik.kadang-kadang cinta tu macam pelangi.indah jer.kadang-kadang cam hari nak hujan..mendung jer..=) tapi,tak apelah.mencari sesuatu untuk kebaekkan tidak salahkan.?
kita mesti ada cita-cita untuk mencari cinta kan??tipu kalau tak dak.Cita-cita adalah ruh yang menjadikan seseorang tetap bertahan. Memiliki cita-cita bererti memiliki tujuan hidup yang jelas. Memiliki tujuan yang jelas sudah separuh dari kejayaan dan yang separuh lagi adalah bagaimana cara kita menempuhnya.tujuan aku.jelas.mencari cinta..bukan hanya cinta manusia biasa.tapi cinta manusia yang membawa aku kepada cinta-Nya...
~♥~

p/s : meskipun kita pernah gagal sekali.tapi tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya kan.
http://www.emocutez.com

Tuesday, June 15, 2010

kehidupan.


sudah menjadi adat dalam perhubungan.ada yang kekal.ada yang gagal.semua itu bergantung kepada individu yang mengalaminya.kalu da jodoh.kan kemana kan.ape salah kalu kite berdoa tuk mendapatkan kebaikkan.bagi aku.berusaha suda.menjaga sebaek mungkin pun suda.tapi.takdir telah tertulis kan.jodoh sampai ke situ sahaja.redha segalanya.tabah.itu yang penting buat masa sekarang.tuk mase skrg aku wat kerja yang entah ape-ape.melayan bola FIFA World Cup mase cuti.melepak dengan teman.nie lah aktiviti aku mase free.handphone?suda bukan teman baek tuk mase sekarang.

sorang kan mampu berdiri jugak.InsyaAllah adalah kan.doakan yang terbaek.tak perlu risau.doa hingga bertemu dengan kekasih halal tuk suatu hari nanti.InsyaAllah.


p/s : kau tak mampu menyintai sesiapa pun di dunia ini jika kau belum mampu menghargai diri mu sendiri. http://www.emocutez.com

my paparazzi.


manalah yea si paparazzi tersayang neh.menghilang tuk seketika.diam tanpa kate.haish.
rhendu lah pulak.

http://www.emocutez.com

Incik paparazzi.muncullah yea.

my private paparazzi

happy family.


just came back from umah member.mase cuti nie lah mase tuk sesi melawat sahabat handai.adoi.da berubah kawan-kawan aku nie.yang paling gempak sekali ialah cite salah sorang kawan aku yang stdy mase skolah rendah dlu.Fatin Nadia.dah kawen rupanya.kawen okay lagik lah.nie siap ade anak suda.haish.2 orang tue.sorang laki.sorang pompuan.couple gtue.cun gak die merancang nie.terbaekk la ko kawan.haha

haish.dalam hati nie memang aku tak percaya walaupun da ade bukti kat depan mate aku nie.susah lah nk terima kenyataan.aku da jadik makcik tok bebudak tue.hahaha.tue suda lah aku nie.baru 20 tahun da ade kawan aku kawen.semoga berbahagia yea kawan.doa aku tuk kamu seluarga.

banyak jugak borak dengan teman kenalan.lame suda tak ketemu.bertanya kabar.aku nie asyik dok maen ngam anak-anak die jea.bile lah tak taw aku pnye turn.haha.InsyaAllah ade lah kan.cerita tentang tengah mengandung dan pantang mase mengandung dan selepas beranak turut kami borak.biaselah.die kan da makan garam dulu dari aku.aku mane lah taw ape-ape lagi.pelbagai nasehat yang die bagi kat aku.sal cari jodoh.jaga pantang.entah la.macam-macam lagi lah.memang aku akan jadikkan kamu sebagai guru aku lah.

p/s : ase-ase cam nak letak bena jea depan umah suh masuk meminang.haha.amacam.?chantek tak idea aku.?

Monday, June 14, 2010

hati.


kan menarik hidup bila dipenuhi dengan cahaya pelangi.menarik teramatt.nakk.!
tapi siapa nak bg pelangi tue tok diri nie.?

p/s : maseh adekah siapa.?

Sunday, June 13, 2010

done.


good job to team german for tonight game.wah.!amat memberangsangkan lah.
german Vs Aussie
result : 4 - 0
tak sia-sia jaga sampai subuh.amat berbaloi.terbaekk lah.

kan lebey chantekk kalu aku ade sehelai baju neh.xtido malam da aku nie.
hahaha :D

me heart Cacau suda ((:

Rejab.

Kelebihan Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Saturday, June 12, 2010

demam bola.

mood : demam bola suda.
date : 11 June 2010 - 11 July 2010
place : South Africa 2010

tuk mase skrg leyh katekan sume suda demam bola.haa.aku pom terlibat jugak eh.boleh kate setiap game aku tengok lah.hahaha.member pom kate die salut aku.entah lah.katenye sebab aku nie pompuan.then minat bola.sanggup berjaga demi bola.haha.alah derr,4 tahun sekali kan.bukannya selalu.tuk mase nie,layan lah kan.sebulan jea pon.ade kawan aku dok tnya team mane yang aku support.aku nie universal sebenarnya.aku tengok cara persembahan dorang main.kalu dok set team tue then kalu team tue kalah that game kan frust nanti.agpon bagi aku awal lagi nak support team.bile dah nak semi final baru aku start set team mane.sekarang nie sekadar memerhati jea dlu.okay braderr.?


haa.ikon kat atas nie ikon tok FIFA world cup.dan jugan jadik profile pic aku yang tengah demam bola nie kat muka buku aku.haha.biala cam tue tuk sebulan.suda abes demam bola nanti,aku tukar lah.amacam.?okay tak.?kalu okay,sila anggukkan kepala anda yea wahai pembaca sekalian.thumbs up ((:


nie adalah team bola yang akan bertanding tuk FIFA world cup kat south Africa.setiap game memang ada corak permainan die sendiri kan.biaselah tue.mase demam bola cam nie lah memang semangat.setiap game ade sorakkan.meriah jea.yeahh.!lagu tuk blog aku kali nie aku da siap tukar dah.nak mood tue sentiasa mai.hahhaha..cool kan.?

p/s : ramalan anda tok team manakah yang akan menang tuk FIFA world cup nie?

maaf.


maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maafmaaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.maaf.

maafkan saya.

)):

maaf jika saya tidak sempurna tuk diri awak.
maafkan saya.cara saya salah.tak betol.
kini tiba masa tuk saya pergi.tapi.jangan marah jika saya tidak datang.

maafkan saya.


Friday, June 11, 2010

♥ that what we call loved ♥

bahagia ohh bahagia ^.^

rhendu teramat sekali dengan keluarga tersayang.rndu nak gadoh ngan abangs tersayang.nak make up kan adeks perempuan tersayang.dan rumah.bantal buchuk.haha.besar-besar pom masih ade bantal buchuk eh.korang jangan wat tak taw plak taw.nie lah tmpt kesayangan aku ada.okay lah kan.tok satu malam tue aku decide ngam adek aku tok makan kat kfc.then ajak jugak lah umi dan bak aku.belanja lah mereka sekali.tak apelah.bukan selalu pom kan.lagipom.bile lagi lah nak belanja dorang.berbaloi bg aku.amatt.


cun kan gambar kat atas nie.hehe.nie lah ayah gula aku.garang kan.tegas lagi lah.tapi,walaupun cam tue.aku amatt sayang ayah aku ketat-ketat.dia lah inspirasi aku tok berjaya wat mase skrg.dialah jugak pendorong aku mase aku susah.haa.kire dialah tulang belakang aku.haha.pic nie jugak aku jadikan sebagai profile pic aku kat muka buku.cun kan. ((:


mase kat kfc,kubang kerian tue haish.pnye lah ramai orang.sebab skrg kan da musim cuti skolah.jadik,kire ramailah yang balik kg tok beratkan bumi negeri Kelantan nie.time makan pnye lah senyap.amik nikmat katanya.okay lah kan.


kira pnya kire ade dalam beberapa mngu lagi nk naek kl semula.nie lah yang paling aku malas sekali.p ke negeri yang amat sesak dengan pelbagai jenis manusia.aku nak tenang.hurm.ajat ingt esok nak p pantai.rhendu lah kat pntai.tenang kat sana.sesuai lah ngam aku yang tengah jiwa kacau nie.mau jadi minah bunga lah pula..hehehe..

Thursday, June 10, 2010

hati bunga.

amacam aku sekarang.cun tak?im speaky in black tue.haha.jangan jeles plak eh.okay lah tue kan.hari ini hati amatt berbunga-bunga riang.entah lah.dari semalam lagi hati nie asyik duk hapi saja.first sekali happy sebab bangga dapat belanja ayah dan umi makan kat kfc.makan free lah dorang tok mlm nie.secondly,sebab kaka Techik dpt tolong settingkan aku pnyer blog tok setting like.hehe.menyusahkan akak jea kan.tapi.thanks sangatt akak sal da tolong saya.dan juga blog ini.heart you kaka ((:

semenjak hidOp berbulan madu nie senang dan damai jea dok kat umah.okay2.maksud aku mase cuti sem tuk sebulan lebeyh nie lah.tenang hati sangat dan amatt sangat.ari nie kuar lepak ngam mak sedara sekali ngam suaminya aka pak su aku da.haha.lame tak jmpe.rindu pom terlepas jugak kan.


satu hari keluar jalan-jalan.tujuan sebenarnya nak cari peti ais sebenarnye tok umah atok aku kt kampung tue.umah tue kena renovate.then need peti lah kan.mak sedara aku ni nk bagi jea peti tue sbgai hadiah tok atok dan nenek aku.bia berseri lagi.then,tuk mase nie aku lah yang jadi map tok dorang.hehe.
dok puas-puas pusing banyak kedai,then at last jmpe jugak.pesan mak sedara aku yang satu ag suh beli yang brand LG ( Life's Good ).katenye elok.then have to choose that one lah.kalu tak nnt bising.hahaha.xde lah.aku jea y mengarut nie.hikhik.siap jea pilih peti and sesi pembelian sesi berjalan pulak dilakukan.lepak kat parkson jap.nak cari contact lens tok pak sedara aku jadik masuklah ak kat kedai spek.haish.menduga betOl kaca mata hitam nie.kat hati dah memang berkenan.tapi.beg duit pulak y kempes.haish.then.mak sedara aku lak pelawa nk beli.then ape ag.aku belasah lah.hahaha.,jaat kan aku neh.?anak sedara pe lah kan.then nie lah kaca mata hitam yang aku suda pilih (;

lawa tak.?cun kan. ^.~
hehe.riang ria jap hati aku nie.yealah.nak tolong orang carikan barang then aku lak yang dapat.wah.!suka teramat.korang jangan jeles eh.hehe.mungkin hari ini rezeki aku.mane lah taw nnt rezeki korang pulak kan.jadik,berdoalah moga rezeki dimurahkan.dan bila dapat tue,janganlah pulak lupa nk ucap syukur kat Ilahi.kan rezeki tue.pic kat bawah nie adalah pic yang aku berkaca mata hitam.cun meletOop kan.muahahaha ^.~

okay lah.sampai sinie sajalah entry aku tok blog nie.da lama bersarangkan.akan aku kembali menyucikannya supaya suci,bersih hingga berkilat.nanti korang pom terpaksa pakai kaca mata hitam sama macam aku nie.muahahaha.till then readers.mahu membuta suda.

take care (:

Saturday, June 5, 2010

rasa.

" wanita hiasan dunia.seindah hiasan adalah wanita solehah "

menarik kan lirik lagu nie.simple tapi maksud amat mendalam.amat sempurna kejadian itu bila mengikut apa yang disuruh oleh-Nya.lemah lembut tutur katanya.sopan santun tingkah lakunya.itu suda mampu memukau banyak mata-mata dari golongan adam di luar sana.manis bertudung likup.menutup kesemua aurat yang ada.amat sempurna sekali.

kadang kala terdetik jugak di hati ini tika melihat muslimin dan muslimat di luar sana.amat baek-baek kejadian.indah sekali kan.tapi kenalah menjaganya sebaek mungkin.amat segak dan tampan tuk golongan adam.ayu dan manis pula tuk golongan hawa.saling melengkapi.


aku amat simple.tak delah selawa Aisya Umairah ataupun semanis Puteri Balqis.tapi,Alhamdulillah,inilah kejadian Ilahi yang tak terhingga yang telah mencipta diri aku.aku amat bersyukur dengan kejadianNya.biarlah simple tapi bermakna kan.sebab aku yakin setiap kejadian Allah SWT ada baek dan buruknya.jadi,kita haruslah lengkap melengkapi sesama kita.


inilah merupakan salah satu contoh daripada daripada golongan hawa yang masih segar tubuh badan.yang mampu mengoncang serba sedikit pada golongan adam.kami di dunia akan melengkapkan kepada mereka yang bergelar kaum adam.doakan kami moga mendapat jodoh yang terbaek di dunia hingga ke akhirat.amin.

Friday, June 4, 2010

hati ini.


ishh.terganggu saja hati ini.melihat orang laen sedang asyik berbahagia.tapi aku.haha.sabar dulu.habes kan ape yang patot.kejar ape yang perlu.pasang niat betol-betol.go on my study first.berkenalan dengan siapa-siapa pom okay saja.tapi kalu serius.opss..!bukan masanya lah kan.biarlah slow dan steady kan teman.baru smooth jea kan.xperlu nak kalot-kalot dalam hidup nie.betol tak.?

setahun lagi tinggal tuk sesi pengajian.then mase tuk bekerja dan teros bekerja.bila terfikir sejenak,terlalu awl lah nak mulakan sesi pekerjaan.yealah.umor 21tahun suda bekerja.teman aku yang laen masih berlawak senda ngam teman yang lain.duk maen-maen guling-guling kat padang pe entah.masih kanak-kanak kan.aku plak suda masuk sesi alam dewasa awal.hahaha.matang ke aku neh.?asyik duk perangai cam budak-budak jea ag.ape kes..?


mental dan fizikal kena steady betol-betol nie.alam dewasa awal nie banyak cabaran kan.keje pom dah mula.duit pum mula dapat.kne bajet betoi-betoi sal fulus mania nie.kne wat simpanan lagi.bagi kat umi kat kampung lagi.sewa umah lagi.keta tuk bulanan lagi.makan minum lagi.boleh kate xbape cukup ah tuk bulanan tue.mau xnye sempot.hidup kat kl la katekan.bukannya senang.tue baru idOp sorang.tak berdua atau bertiga lagi kan.otak mula semak sekarang.

tapi tuelah kan kehidupan.kne pandai mengator satu persatu.barulah tak berapa kalot.banyakkan fikir positif daripada negatif kan teman.
akulah yang bakal menjadi dewasa awal.hahhaha
take care dear readers.hearted you.always.
see yaa (:

Wednesday, June 2, 2010

feel good ^.^


berada di kampung amat bahagia sekali.semua suda lengkap.hidup ini.terutama sekali.wahh.!suka taw.
maaf jika blog nie akan bersarang tok seketika.mahu meluangkan mase bersama.hati-hati.paru-paru.jantung.buah pinggang.otak.semua lah.mereka lengkap kan badan nie.hahaha.
undur diri tok seketika ea.tenangkan fikiran.
ber bulan madu sekarang.masanyalah kan.
aaauuwww
daaa
^.^