Wednesday, December 14, 2011

a big hope.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku nescaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku dan ayah kepada anak-anakku, engkau yang bersamaku dalam perjalananku nanti. aku percaya engkau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam pada tulang rusukkmu dan buah hatimu kelak.

p.s | still waiting






Wednesday, October 19, 2011

senyumlah kerana ia bermakna =)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye you olls.! Hai sane. Hai sinie. owh yeahh.! Matahari da menyinari kehidupan ini kembali. Terasa kehidupan kembali ceria dah. Tak mau da hidup dalam kegelapan. Syukran Ya Rabb untuk segala cubaan dan dugaan hidup yang telah Engkau berikan pada diri ini sebab ia suda membuat diri ini makin kuat dari segi mental dan fizikal. Apa saja yang terjadi pasti ada hikmahNya. Dan aku amat-amat yakin dengan janji-Mu wahai penciptaku :)


" Allah swt tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah :286) "


" Ya Allah sesungguhnya diri ini amat-amat yakin bahawa Engkau tidak pernah berjauhan , sentiasa dekat dan tak pernah meninggalkan diri ini keseorangan. Ya Allah, jika dia adalah jawapan untuk istiqarahku, dekatkanlah kami berdua dengan cara yang betul. Cara yang di redhai-Mu wahai Ya Rabb. Satukanlah kami dengan ikatan yang halal Ya Rabb. Permudahkanlah segala urusan kami. Sesungguhnya Wahai Penciptaku, inilah pelangi yang teramat-amat chantek yang telah Engkau berikan pada ku. Ameen. "

Benar, melepaskan sesuatu yang amat-amat kita sayangi rasa sangat-sangat pedih dan menyakitkan. Namun, sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran gunakanlah ia sebaik mungkin. Tanam dalam diri dan yakinlah dengan aturan jalan cerita kita ini telah di aturkan oleh Allah Maha Besar. Aturan-Nya tidak pernah silap. Serahkan segala urusan kerana Dialah yang terbaik dalam menguruskan urusan kita. Yakinlah janjiNya tidak pernah salah meskipun ia pahit untuk ditelan.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216) "



Apa yang penting dalam melakukan sesuatu, niat harus betul. Dan aku telah pilih jalan ini untuk aku tempuhi walaupun pada awalnya amat-amat sakit untuk aku terimanya. Demi ummi dan ayahanda tersayang aku lepaskan apa yang aku kasihi selama ini. Aku redha dan aku pasrah. Aku tidak mahu aku akan menyesal di kemudian hari. Aku tidak mahu membuat satu kesilapan untuk kisah hidupku. Kalau nak hidup dalam diberkati, restu ibubapa amat-amat penting. Demi itu, pahit macam mane pom aku sanggup telan sebab aku yakin di hujungnya pasti ada manisnya =)

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darejatnya, jika kamu orang-orang beriman.
( Al-Imran : 139 ) "

" Every story has an end but in life every end is just a new beginning "

p.s | Yesterday is history. Tomorrow is a mystery.Today is a gift.That's what we call it the present.

Sunday, October 16, 2011

=)


saya harap awak yang terakhir untuk saya =)

Saturday, October 8, 2011

La Tahzan.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dugaan demi dugaan datang di duga. Cubaan hidup tidak terhitung bilangannya. Setiap manusia pasti akan merasainya. Alhamdulillah, cubaan yang datang menimpa diri dapat aku hadapi dengan tenangnya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu ini memikul. Meskipun bibir ini tidak putus menghulurkan senyuman kepada kenalan sekeliling tapi mata ini tidak pernah putus dibanjiri dengan air. Tangisan yang sering ada di malam hari sentiasa memberi kekuatan pada diri ini untuk terus bangkit dan tabah menjalani liku-liku kehidupan di keesokkan harinya. Syukran Ya Rabb di atas segala ujian yang telah Engkau berikan pada diri ini. Syukran Ya Rabb kerana tidak pernah meninggalkan aku keseorangan. Syukran kerana telah memberikan aku kekuatan yang sangat-sangat bermakna buatku. TanpaMu Ya Rabb tidak mungkin aku mampu melangkah dan mejalani kehidupan sehingga hari ini.

" Ya Rabb... tolonglah.. jangan Engkau tinggalkan aku keseorangan.."

Lidah tajam boleh mengalahkan ketajaman mata pedang. tiap kata-kata harus difikirkan dahulu sebelum mengeluarkan. Sahabat.. begitu tajam sekali kata-kata mu. perit, pedih dan pilu hati ini dengan kata-kata mu. jangan kamu samakan cubaan diri ini dengan cubaan terhadap diri mu wahai sahabat. antara masa depan dengan ibu bapa siapa yang patot di dahulukan.? fikirlah dan jawablah dengan rational. diri ini akan menjadi derhaka kepada orang tua ku jika aku tidak memilih orang tua aku sebagai pilihan utama dalam hidup.aku merelakan dan aku redha dengan pilihan aku ini.dan aku amat-amat yakin apa yang terjadi ada hikmahnya. yang pasti banyakkan bersabar. tapi bagimu pula wahai sahabat, pilihan tue adalah salah. maaf teramat, aku tidak mahu melakukan keputusan mengikut emosi dan nafsu semata-mata. tak apelah jika kita tidak sependapat, aku yakin dengan jawapan ini.

duhai sahabat.. aku tidak sanggup melihat diri mu dalam kesedihan selalu. apa gunanya aku dalam hidupmu jika tidak mampu memberikan kebahagian kepadamu. sedaya mungkin aku cuba tapi diri mu tetap mencari kesilapanku agar segalanya nampak kesalahan diri nie. sahabat.. aku terima dirimu menjadi sahabat aku kerana Allah swt. baik buruk dirimu telah aku terima tapi kenapa tidak dirimu.? segala kisah lampaumu aku tidak penah sekali mengungkitkannya kerana aku mahu menjaga hati mu. tapi kenapa diri mu seringkali mengungkit kisahku.? tidak engkau mengerti bahawa aku punyai hati dan perasaan. sering kali hati ini bertarung untuk menidakkan segalanya meskipun jawapannya sudah terang bukan silap diri ini. sahabat, mungkin engkau tidak selesa dengan cara ku ini..mungkin engkau tidak dapat menerima kehadiran diri ini. demi kebahagiaan diri mu, aku melepaskan pertalian persahabatan ini. takkan aku menganggu diri mu lagi. hanya doa dari jauh yang mampu aku kirimkan buat mu wahai sahabat.jaga diri jaga iman.semoga dirimu mendapat apa yang engkau inginkan.

sahabatmu ;
zati


p.s | thanks for friendship FJ.

Monday, October 3, 2011

Thanks For Everything Ya Rabb :)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku dalam course ini akhirnya tamat jugak sesi pembelajaran buat peringkat diploma. gembira tak terkata. sukar untuk mengambarkan perasaan ini. hanya Maha Pencipta ku yang memahami. dan ape yang paling mengghairahkan lagi perasaan ini ketika menghadirkan diri untuk majlis sesi rehearsal konvokesyen diadakan sebelum beberapa hari konvokesyen yang sebenar. ramai betol graduan yang ada. TAHNIAH buat kalian. okay.! tak mau bebel banyak-banyak. jum layan gambar konvokesyen sayeee =)

****************************************************

semasa rehearsal sempat lagi snap snap snap. dieorang nie lah housemate aku sekarang ;)
heart them sooooo much.!

nielah jubah konvo yang kami pakai untuk majlis konvokesyen nanti :)


okay gambar yang kat bawah nie kami photoshoot before convocation's day. semangat kan. just untuk di kemudian hari. nanti bile da usia meningkat boleh lah tunjuk kat cucu dan cicit. ameen :)





****************************************************

Alhamdulillah. Finally, this is for you ummi and bak as my tulang belakang =)
*thanks for the Sunshine Ya Rabb :)


dalam dunia nie tak ade yang paling bahagia buat diri aku melainkan memberikan hadiah segulung diploma in nursing untuk buah hati terchenta. inilah saat yang paling aku tunggu-tunggu kan sejak dari bangku sekolah lagi. syukran Ya Rabb sebab telah makbulkan doa hambaMu ini.

p.s| nak smbg tido.letih da lah amek gambar.

Tuesday, September 6, 2011

Happy Eid Mubarak :)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. setelah sebulan kita sebagai umat Islam di muka bumi ini telah selamat menunaikan ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini. Moga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya semua. InsyaAllah segala amalan yang dilakukan,diterima oleh Yang Maha Esa. Ya Allah, rhendunye nak menulis kembali di diari nie tapi bila nak tulis idea tibe-tibe lari.owh..its okay :)

Apabila bulan mulia Ramadhan tiba, semua umat Islam tak putus-putus melawat rumah Ilahi. Seronok rasanya bila berada suasana itu. tapi, bila ia berlalu semuanya sudah tidak sama. Bilangan jemaahnya mulai berkurangan. Ya akhil Ya ukhti , jangan lah macam tue. Kekalkan lah amalah mulia nie sampai bile-bile. Dan di bulan mulia itu juga suda pastinya pelbagai misi dan visi yang ditanam dalam diri kan. Termasuklah jugak diri ini. Azam tidaklah meninggi segunung Gunung Everest tapi hanya ingin khatamkan Al-Quran Nur Kareem saja. Untuk bulan nie sempat sekali lebey sahaja mampu lakukan meskipun azam hanya nak khatam dua kali. Kecewa tue memang kecewa sangat sebab tak mampu untuk melakukannya oleh dek sebab yang tidak dielakkan bagi golongan hawa. =,='


Dalam melayari bahtera kehidupan, aku sering kali jatuh bangkit dan kembali jatuh tanpa henti. Alhamdulillah, aku punyai teman sekeliling yang tak penah putus kasi semangat untuk terus bangun dan tak jatuh dah. segala doa yang korang doakan untuk aku moga dibalas oleh-Nya kelak.ameen~ 



Alhamdulillah, untuk dessert hari raye kali ini tidak lah gempak sangat kan. Hanya sebijik kek cream lemon jea yang mampu di hidang untuk tetamu untuk kali ini.Alhamdulillah jugak hasilnya habes di makan oleh tetamu yang datang. Sebenarnya, ini adalah request dari mak sedara aku untuk makan. dan untuk tidak menghampakan mereka sampai pukul 5.00 pagi aku baru dapat siapkan kek nie. huehue :P 
*mata panda kojap den*

Dikesempatan ini den, Nurul ' Izzati Bt Wan Shakri menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf zahir dan batin. tika terkasar bahasa, lawak yang menyebabkan hati terguris ; maafkan diri ini. halalkan segala makan minum. jika den ade hutang ekau gtaw eh. pm den kat fb. nanti den langsaikan.okay.?

p.s | sempena tengah cuti nie, nak baking ape plak ea..? suggestion...

Thursday, September 1, 2011

rasa itu

بسم الله الرحمن الرحيم

" Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui untuk setiap yang terjadi di langit mahupun di bumi : walaupun sesuatu perkara itu hanya sebesar zarah Engkau tetap Maha Mengetahuinya. Ya Allah, Tuhan yang Maha Merancang untuk setiap perancangan setiap hambaNYa : aku serahkan segala urusanku ini padaMu Ya Allah kerana aku tak mampu untuk menguruskannya sebaik mungkin melainkan-Mu Ya Allah dan segala apa jua yang telah dirancang oleh-Mu aku terima Ya Allah. Aku yakin pada setiap apa jua yang dirancang oleh-Mu adalah terbaik buat diriku. "

p.s| Ya Allah, ya Tuhanku janganlah Engkau biakan aku kesorangan walaupun hanya sesaat.ameen.

Tuesday, August 16, 2011

the choosen

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

15 Ramadhan 1432H

Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai hamba-Nya di muka bumi ada kalanya apa yang terjadi berada di luar jangkaan kita. Baik mahupun buruk dugaan itu percayalah pasti ada hikmahnya. SesungguhNya Maha Suci Allah swt adalah Maha Perancang.

Dugaan yang datang tanpa dijemput malah tidak pula diundang. Tapi aku terima ianya dengan tabah. Antara ramai aku terpilih. Rasanya tidak dapat aku ceritakan. Hanya Allah swt yang tahu segala isi hati aku, perasaan aku masa itu. sedih, sebak, hancur semua itu aku rasa. Tapi, aku hanya mampu senyum saja. Alhamdulillah, aku mendapat satu kekuatan yang tidak dapat aku ungkapkan. Maha Suci Allah amat teliti dalam segala perancangan-Nya. Aku terima segalanya dengan tabah. Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Sebabnya aku yakin, Penciptaku pasti menyediakan pelangi yang cantik untuk aku .Dia akan menguji sesiapa sahaja hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya. Syukur tidak terhingga dengan adanya ujian nie, aku dapat merasakan aku makin dekat dengan-Nya. Jika diberi pilihan masa dahulu ataupun masa sekarang untuk jadi pilihan hati kecilku ini, aku pilih untuk berada masa sekarang. Lupakan yang lepas dan menikmati dugaan yang diberikan ini.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar segala rintihan hambaNya, hati kecil ini telah diberikan kekuatan untuk melindungi segala kesedihan yang dialami. Mostly kenalan aku tidak percaya dengan apa yang terjadi terhadap diri ini, tapi apa yang boleh aku lakukan. Semuanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz ku. aku harus terima. Dengan setiap teguran tue, aku hanya mampu tersenyum selebar-lebarnya. Menyembunyikan segala kesedihan yang ada dalam diri ini. Tiap hari mata ini tidak pernah kering dengan air mata. Hanya Dia sahaja peneman setia aku dikala aku jatuh bangun dalam menjalani kehidupan aku. Padaku, mengapa harus aku memperlihatkan kesedihan nie di depan kenalan aku.? mahu tengok aku lemah.? mungkin aku penah lakukan sebelumnya tapi bukan untuk sekarang. belajar daripada kesilapan. Kalau nak tengok orang gembira dengan kita, jangan tunjukkan kesedihan kita di hadapan mereka . Banyakkan senyum. ^.^



" wahai sahabatku, korang janganlah bersedih. kalo korang sedeih aku lagi la bertambah-tambah sedih sebab aku yang tanggung semua nie.aku tak nak korang sedeyh tapi banyakkan berdoa supaya aku kuat hadapi semua nie.okay.? "

Kalau difikirkan dengan akal yang waras, ujian ini tidaklah seteruk dengan rakyat Palestin yang habis-habisan berjihad kejalan-Nya. makan, minum, pakaian, tempat tinggal semua kekurangan. Sebagai hamba-Nya tidak ada ape yang dapat aku dilakukan selain bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang melimpah-ruah nie. aku masih lagi diberi kesihatan tubuh badan yang bagus, pancaindera masih lagi berfungsi dengan baik, pertalian persaudaraan dengan saudara islam semua nie adalah nikmat yang besar telah Allah swt beri untuk diri ni. jadi, tak ada sebab aku nak sedih sangat. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Maha Suci Allah swt buat kita, itulah yang terbaik .

" walaupun diduga di luar jangkaan aku, aku yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa.

Syukran Ya Rabb ... "

p.s| Janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berada dengan kita.

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)


Alhamdulillah dengan izinNya kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah. setiap manusia pastinya akan berlumba-lumba mencari keredhaan Ilahi secara berlipat kali ganda. Alhamdulillah. baguslah kan.moga di bulan mulia nie kita semua dapat menjadi yang lebih baik daripada semalam. pasang niat elok-elok dalam hati. Allah swt amat menyayangi hambaNya sehingga pahala yang dijanjikan sangat banyak. lets grab it guys.!

JOM.!

p.s | nak khatam al-Quran.insyaAllah

Sunday, July 24, 2011

saya nak pelangi tue :)

Assalamualaikum wbt...

kejatuhan ini bukan bermaksud aku gagal segalanya dalam kehidupan ini. apa yang terjadi ada maksud yang tersirat di luar kotak pemikiran kita. sebagai hambaNya, kita sering kali di uji dengan pelbagai dengan ujian hidup.dan aku terima dengan hati yang terbuka dengan ujian nie.aku redha.jauh dari sudut kecil hatiku ini berharap agar ujian nie mampu mendekatkan diri aku dengan-Nya. InsyaAllah.

katanya dari temanku,

"mungkin kali nie rezeki kami murah dan tidak padamu teman.tapi mana tahu esok nanti rezekimu akan melimpah ruah daripada kami.doakan yang terbaik.tabahkan hati. "

syukran jazilan ya ukhti.doakan yang terbaik buat diri ini.

Saturday, July 16, 2011

ada hikmah di sebalik kejadian.



"bersyukurlah" orang yg mendapatkan cubaan dengan segala

kesusahan kerana sesungguhnya ALLAH sedang rindu dengan

sujud kalian, ruku' kalian, doa kalian dan air mata kalian”.

Serahkan semua kepada Allah: aku serahkan, duka deritaku,

kesedihanku, masalahku hanya kepada Engkau Ya Allah".

(QS.12:86).


p.s | ada hikmah di sebalik kejadian.

Friday, July 15, 2011

jadik hugak akhirnya :)

Assalamualaikum wbt..


elo elo elo elooooooo...
Arinie tak de keje kat umah.lepas kemas umah segala carik-carik kerja pula nak buat ape. plus, nak tenangkan hati nie jugak. dan bile nak carik ketenangan tue pulak mai pulak mood nak baking something. dann nie lah yang hasilnya. taraaaa ...! "tart telur" hehehe.tart telur jea pon. hahah.Alhamdulillah. jadik jugak akhirnya walaupun first time buat. aku still nak keep it up.nak buat lagik sebab nya nak buat kezutan nanti kat someone spesel.

plus, pasal kawan aku yang kat hospital USM sekarang da Alhamdulillah.Syukur sangat-sangat kepada Yang Maha Esa sebabnye da makbulkan doa kami semua. sekarang dah pindah kat wad yang lebey stabil. esok kalo pree nak p melawat polak. sahabat dunia akhirat aku tetap sayang kamu, sa. xoxo~

p.s | nak baking hape lagik ea?

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah. dengan izinnya aku berkesempatan lagi hari ini untuk melawat sahabat ku nie. Alhamdulillah jugak sebab positive feedback yang dapat. hanya senyuman yang terukir.mungkin inilah yang terbukti. sabar dan doa itulah senjata yang penting bagi seorang mukmin. kawanku nie da mulai sedar dan da boleh commucation tapi tidak lah sebaik sebelum ini. nak mengenal seseorang memang mengambil masa.tak pe lah sahabat, take your time. kami semua doakan yang terbaik untukmu teman.mase nak balik tue sempat lagi dok berjenaka pulak..

" oghe kalo mai melawat tue bawak la sekut so duo.. buleh gok wat kekoh..isi perut gapo.. mak aih.! demand kot mu sa." hahahaha.

next time aku bawak la mende lain plok sa deh..semalam aku bawak buah epal tapi tak taw la sape yang makan. apepom, aku doakan yang terbaik buatmu wahai sahabatku. rest banyak-banyak deh.insyaALlah tak lame lagi sehat lah.kalo ade mase free, aku dan saem-saem yang lain g melawat mu pulak deh :)

p.s | doa senjata buat umat islam.

Tuesday, July 12, 2011

sabar itu indah.

Assalamualaikum wbt...

dalam menjalani kehidupan seharian, kita diberikan pelbagai nikmat yang tak terhitung oleh-Nya sejak dari saat kita mula-mula bernafas lagi. kadang-kala kite selalu merungut atas segala musibah yang datang menimpa walhal kite tidak terfikir pom bahawasanya ada lagi teruk musibah yang menimpa yang lain. kadang-kadang musihabah yang menimpa kita tue tidak lah seteruk mana kan. tapi kita masih tidak sedarkan diri oleh dek sifat putus asa. tapi, dengan izinNya, petang tadi aku pergi melawat sahabat kenalan aku mase kecik-kecik dulu. kami satu sekolah rendah.bile da besar da mula ikut haluan masing-masing. bile da abes study kat skolah menengah barulah kami semua sempat bertemu dengan izinNya.

jauh dari sudut hati ini, tak sanggup melihat keadaanmu wahai sahabat ku.amat terseksa sekali aku melihat keadaan mu tadi. terlantang di atas katil separuh sedar. banyak jugak aku nampak perubahan yang terjadi pada dirimu wahai sahabatku. mukamu sudah makin tembam. kulit mu makin pucat. jauh bezanya keadaanmu ketika kita bertemu secara beramai. tangan kaki diikat. makan pun melalui tube (ryle's tube).



Muhd Faisal Azizi.

itulah name yang diberi oleh orang tuanya. sangat bererti nama ini. katenya tentang perkembangan kesihatan beliau, terjadinya semua nie di sebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak. keadaan terjadi apabila sahabatku ini mulai pengsan dan terkeluar buih-buih putih dari mulutnya. Ya Allah Ya Rabb.. sedeynya. pilunya tak terkata. beliau penah mengadu sakit kepala 2-3 hati nie. tapi, baginya ia mungkin hanya sakit kepala.blood test dan bone marrow test sudah dibuat tapi tiada satu pun petanda yang menunjukkan masalah.

La Tahzan wahai sahabatku.


mase nie sek-sek kito pakai baje samo kaler blako :P

kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang terbaik, yang SEMPURNA tidak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN. namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN menjadi KELEBIHAN. ITULAH KESEMPURNAAN.tiada manusia hidup BERBAHAGIA sepanjang masa.tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENSARA. - pesha afafiha-

kepada sahabatku,

pesa.. aku rhendu ko mu wahai saem aku yak kecik ag. walaupun mu senyap jah, tapi mu tetap saem aku dunia akhirat sa. kuat deh semangat mu. nielah ujian dariNya kepada setiap hambaNya. walaupun perit macam mana sekali pon,hadapi dengan tabah. ingat taw, ada hikmah di sebaliknya. ALlah SWT akan uji seseorang hambaNya untuk menaikkan lagi martabatmu disisiNya. aku rhendu nok dengar mu ngila saem. mu senyum saem. get well soon.aku doakan yang terbaik buatmu sa. walau apapun,aku redha sa. sakit lonie xsemestinya sakit plok nanti. yakin lah sa, Allah SWT amat-amat saye ko mu. mu budak baek sa. mu memey baik. ya Allah....sembuhkan lah saem aku sore nie..

p.s | doakan yang terbaek buat temanku nie.

Monday, July 11, 2011

La Tahzan.

Assalamualaikum wbt.

walaupun pahit mahupun kelak aku harus telan ia jua. meskipun diberi peluang kedua aku tetap berasa kurang yakin dengan keupayaan aku meskipun aku tahu Allah SWT akan menguji setiap hambaNya mengikut kemampuannya. dan aku sudah terpilih untuk menjalani ujian dariNya ini. Subhanallah. moga ujian ini dapat merapatkan lagi antara aku dengan Nya. meskipun aku tiada kudrat untuk menabahkan hati nie aku harus tempuh jua. teman taulan terus memberikan semangat untuk diri ini.syukran jazilan semua. Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.Tahniah buat kalian semua.aku akan menuruti dari belakang.


SABDA RASULULLAH S.A.W :

''Apabila seOrang anak Yang sOleh melihat kePada iBu bapanya dengan pandanGan Kasih sayanG,Allah menuliskannya pahala Haji Mabrur''


(Riwayat Al-Baihaqi)



"maafkan kakcik umi.maafkan kakcik bak. sebab tak dapat beri lagi kejayaan nie kepada bak dan ummi.apa yang kakcik mahu doakan kejayaan anak mu ini."



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

p.s | redha. pasti ade yang terbaik yang telah disediakan oleh Ilahi kelak.

Sunday, July 3, 2011

made with love

apam pokkadot.!

p.s | xmo taip banyak-banyak. tengok da la yea. :) next polak nk try yang macam-macam lagik :P

Friday, July 1, 2011

jodoh tidak datang bergolek

Assalamualaikum.

mood nak hupdate belog a.k.a diari harian dah nak maii slow-slow niaa.. tadi tetibe jea aku sibuk dok layan mukabuku tertibe jugekk nak check blog. then tetibe jugek nak check info kat nuffnang. owh.! baru sedar rupe-rupe ade jugak dok follow diari aku nia tiap hari walaupon aku jarang hupdate belog. owh.! thanks you stalker :)

Alhamdulillah. urusan pembelajaran da selesai. tunggu result LJM ( lembaga Jururawat Malaysia ) polak. maybe minggu nie kuar lah kot. berdebor tiap-tiap hari tak yah dok kate la. tak senang duduk nia. fuhh..~ *deep breathing*

aritue ade beli buku majalah Solusi keluaran 33 yang tajuknya " Rapuh iman ,Runtuh Perpaduan". majalah nie da jadik kewajiban untuk aku bace.keluarannya tiap-tiap bulan. majalah nie versi islamik. then aku perlukan majalah nie untuk tambahkan lagik ape yang kurang dalam diri nie. admit it.! dan yang menarik dalam keluaran nie ada salah satu bab ruangan cerdik baik yang bertajuk " Jodoh tidak datang bergolek " by Dato Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ( pakar motivasi yang femess gitu ). dan tajuk nie dah berjaya tarik hati ni. owh.! bialah orang kata gatal ke hape tapi tue lah hakikatnya yang bahawasanya kita hidup memang dijadikan berpasangan dan inginkan teman hidup. seyesly, aku memang perlukannya. seseorang yang halal buatku.dengan umur yang makin bertambah nie hidup rase sunyi. at least bile ade peneman hidup suka duka dalam kehidupan boleh layari bersama kan :)


isu kawen awal dah tak jadik masalah dalam kalangan masyarakat kita sekarang. katenya mudah saja hendak mengelakkan daripada melakukan maksiat.Alhamdullillah. niat tidak menghalalkan cara kan :) sekarang dah ramai kawan aku dah kawen. Tahniah untuk mereka. ade jea yang da kawen mase belajar lagi but in my situation tidak mengizinkan. sebabnya salah satu perjanjian yang ditandatangani dalam kontrak scholarship kiteorang sume tak boleh kawen, tak boleh mengandung . kalo dapat taw, scholarship akan ditarik balik.Alhamdulillah sekali lagik sebabnya belajo sudah habes sekarang boleh la fikir-fikir sikit. miang sket je ehh :P

  • agama
--> bab nie aku amat-amat titik beratkan.sebabnya lelakikan ketua dalam keluarga. so, as a head master in our future family, si dia haruslah punyai pegangan agama. nanti ape yang salah dapat dibetolkan elok-elok.
  • keturunan
--> keturunan yang baik insyaAllah akan lahir keturunan yang baik kelak. baek akhlaknya baiklah keturunannya. :D
  • oghe kelate
--> owkey.! bab nie polak sebabnya umi aku ade nasehatkan supaya cari orang kelantan. alasannya senang nanti nak balik kampung tak gadoh-gadoh. satu hala saja katenya. tapi, kalo tak dapat nak buat macam mane. Jodoh Allah SWT da tentukan yang terbaik buat hambaNya. mungkin ade hikmahnya :)
  • berdikari
--> maksudnya si dia mampu berdiri dengan kaki sendiri. hurm.! aku nie serba serbi tak mampu. kadang-kala aku perlukan seseorang yang mampu bimbing aku jugak :|
  • romantik :P
--> yang nie punya bab punyalah sume kaum hawa nak nak kan. sape lah yang tak mahu seseorang yang halal buatnya sering kali melakukan perkara-perkara yang romantik kat dia then sering kali melakukan sesuatu yang mengejutkan.maksud aku, kejutan yang romatik bagi mengeratkan lagik hubungan silaturahim yang dah tersedia terjalin:)


tapi nak lakukan sesuatu ibadah dalam usia yang muda bukanlah sesuatu yang senang. banyak hal yang nak kena fikirkan. contohnya ekonomi dan sebagainya. but as a human, kita harus bijak dalam melakukan sesuatu keputusan. ingat taw Allah SWT akan sentiasa mempermudahkan sebarang urusan jika tidak bertentangan dengan suruhanNya :)

antara kebaikkan dan keburukan kawen awal :

Kebaikan :

  • Dapat mengelakkan dari melakukan perbuatan zina.
  • Kes buang bayi dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dielakkan.
  • Elak dari melahirkan anak luar nikah.

Keburukan :

  • Adakah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh dalam menyara seisi keluarga mereka nanti?
  • Apakah yang akan terjadi kepada anak yang dilahirkan nanti sekiranya ibu bapa tidak mampu menyara seisi keluarga?
  • Tahap kematangan.

**Jadilah yang halal buatku wahai bakal zoujku**


p.s | a great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differences.

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum.

heee :) tetibe jea nia nak hupdate belog. lame jugak kot mendiam kan. sajeeee nak sibukkan diri dengan jadual harian. ngeee~ hurm.! ari nie bizi bebenor dok jejalan ngam adik aku sorang tue,elly kat kota bharu. jengjalan sat ja. selalu duk menbizikan diri kemas umah skrg nak segarkan badan sket. kuikui.


Konvokesyen ke-39 UKM

Alhamdulillah. doa aku termakbur jua. akhirnya nie lah adiah yang tak seberapa nak kasik kat umi dan bak. nak kasik lebey-lebey tak boleh la kan. student lagik :P yang nie jea yang mampu aku bagi setakat nie. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan usaha yang tak seberapa dapat gak kasi umi ngam bak tengok aku naek kat stage DECTAR,UKM tue nanti. ngadap ngam Chanselor @ Naib Canselor amik scroll. Alhamdulillah sekali lagik. berbaloi jugak usaha aku selama tiga tahun belajar dalam jurusan nursing nie. sebenarnya memang nie lah antara doa aku yang tak pernah putus-putus kat Ilahi. gembira tak terkata dalam hati nie :) nak senyum lebar-lebar niaa. hokey.? untuk rakan seperjuangan sekalian, TAHNIAH untuk anda semua. jumpa di DECTAR,UKM nanti ea :)

p.s | nanti nak cari kaen untuk buat baju untuk konvo nanti tapi result LJM tak kuar lagik.macam mane eh?

Sunday, June 26, 2011

LOVE.

Assalamualaikum WBT :)

hye.! lame tak ketemu kan wahai diari terchenta. lately bizi yang amat-amat.jadual dok kat umah padat sket haa.. housekeeping dan macam-macam lagi. nak hang out ngam kawan terdekat pom tak sempat. kadang-kadang rase tak sampai hati pom ade jugak.tapi, mase yang ade nie dok kat umah je lah. nanti bila berjaohan susah la polak. bape hari lagi kan umi dan bak nk p umrah.

triffle coctail :)

dalam dok bersantai kat umah nie lah aktiviti aku kat umah. masok dapor dan kasi berasapa sket.kuikuikui. Alhamdulillah siap suda triffle coctail nia.. nak makan meh la rase :P sodaappp nie haa... nak try resipi laen polak la. coming up next to be continue.

till then, night people :)

p.s | nak kene tdo awal esok nak kena teman atok p hospital USM. :)

Monday, June 20, 2011

elo elo

salam rhendu wahai diariku terchenta.

Alhamdulillah. segala urusan sudah selesai. segala peperangan otak sudah selesai. hampir seminggu jugak kalau tak silap. lepas jea abes peperangan otak badan nie polak sibuk ngam kemas umah.pack segala yang perlu. amik masa jugak. need to move another house.Alhamdulillah segala urusan sudah dipermudahkan olehNya. bestnya. rumah baru suasana baru .sekarang da selamat sampai kat hometown. da lepas sket rhendu kat parents, family segala lahkan.

nak rehatkan diri untuk seketika sementara tunggu result exam LJM. mohon yang terbaik dariNya.InsyaAllah. nanti 1st of julai ummi dan bak da nak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. around two weeks jugak. kali nie tak dapat nak sambut sekali ulang tahun ummi tersayang sebab mase tue nanti ummi da kat mekkah. jadi, call je lah yang dapat buat. risaunya bila berjauhan niaa.. adoii :(

p.s | Alhamdulillah utk Nur tue. tp, masa diperlukan slowly dilakukan.

Wednesday, June 8, 2011

sabar itu indah.

salam rhendu buat diari terchentaku :)

rindu. sebak. semua bercampur baur. kadang kala di hati teringin sekali ingin berkongsi apa yang dirasai di hati oleh teman sekeliling. namun, keyakinan untuk berbuat begitu amatlah nipis sekali. pesanan dari ayahanda tak pernah luput di ingatan .

pesanan dari ayahanda :

" kakcik di dunia nie macam-macam ragam. tak sama dengan kita. apa saja masalah doa pada Yang Maha Esa. Jika ada masalah yang dihadapi mengadulah kepada Nya. InsyaAllah dapat selesai segala masalah yang melanda tue. kalau nak kongsi kepada manusia bukan senang cik... manusia nie serba serbi tak sempurna. dalam hati ada hasad dengki, ada cemburu, dan sebagainya. untuk permulaan okay lah maybe temanmu tue dapat kongsi segala masalah kamu. tapi bila mana saat nanti kamu bergaduh, habeslah segala rahsia yang kamu cerita kepada dia.manusia susah tuk kita tafsir. fikir elok-elok. Allah tue Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia sentiasa ada walau dimana saja kita berada.ingat taw.begitu juga dengan jodoh..berserah lah kepadaNya,InsyaAllah dapat yang terbaek.cuma jangan putus-putus berdoa.tue jea.."

memang panjang lebar pesanan ayahanda ku nie. untuk seketika ini memang aku mengalami banyak masalah sehinggakan mood disorder jugak aku neh. kadang-kadang aku kalah dalam mengatasi masalah hati. hati seorang wanita memang lembut. amat mudah untuk tersentuh oleh kata-kata yang tajam oleh pelbagai pihak. Ya Allah, kadang kala aku tak mampu sembunyi kesedihan ini. cukuplah apa yang dipinta di berikan dengan cara yang elok.



aku manusia yang lemah. manusia yang hanya punyai semangat untuk teruskan langkah perjalanan yang kadang kala bengkang bengkok. aku punyai kelemahan yang tersendiri.begitu juga diri mu wahai teman. terimalah kelemahan aku nie seadanya. hati nie kadang kala sedey bila mana lawakmu yang mungkin dirimu fikir ianya seolah-olah bahan lawak jenaka walhal bagi diriku itu umpama sindirin yang amat berbisa. cukuplah teman. meskipun begitu sedaya upaya aku cuba untuk bersabar dengan kerenah mu. mungkin ada hikmah disebaliknya.



sabar itu ada di hati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikkan.bersabarlah... buat baik, kita akan jadi orang baik dan kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikkan itu. - solusi-


p.s | bersabarlah selagi mampu.

Tuesday, May 17, 2011

La Tahzan.


harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma. itu jelas membuktikan Allah

SWT mengasihimu setiap masa.diuji tahap keimanan sedangkan ramai yang terbiar

dilalaikan. hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmantnya. Allah

rindu mendengar rintihan mu berpanjangan. bersyukurlah dan tabahlah menhadapi

ujian dari-Nya .



p.s | janganlah bersedih. Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan kita.