Tuesday, September 6, 2011

Happy Eid Mubarak :)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. setelah sebulan kita sebagai umat Islam di muka bumi ini telah selamat menunaikan ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini. Moga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya semua. InsyaAllah segala amalan yang dilakukan,diterima oleh Yang Maha Esa. Ya Allah, rhendunye nak menulis kembali di diari nie tapi bila nak tulis idea tibe-tibe lari.owh..its okay :)

Apabila bulan mulia Ramadhan tiba, semua umat Islam tak putus-putus melawat rumah Ilahi. Seronok rasanya bila berada suasana itu. tapi, bila ia berlalu semuanya sudah tidak sama. Bilangan jemaahnya mulai berkurangan. Ya akhil Ya ukhti , jangan lah macam tue. Kekalkan lah amalah mulia nie sampai bile-bile. Dan di bulan mulia itu juga suda pastinya pelbagai misi dan visi yang ditanam dalam diri kan. Termasuklah jugak diri ini. Azam tidaklah meninggi segunung Gunung Everest tapi hanya ingin khatamkan Al-Quran Nur Kareem saja. Untuk bulan nie sempat sekali lebey sahaja mampu lakukan meskipun azam hanya nak khatam dua kali. Kecewa tue memang kecewa sangat sebab tak mampu untuk melakukannya oleh dek sebab yang tidak dielakkan bagi golongan hawa. =,='


Dalam melayari bahtera kehidupan, aku sering kali jatuh bangkit dan kembali jatuh tanpa henti. Alhamdulillah, aku punyai teman sekeliling yang tak penah putus kasi semangat untuk terus bangun dan tak jatuh dah. segala doa yang korang doakan untuk aku moga dibalas oleh-Nya kelak.ameen~ 



Alhamdulillah, untuk dessert hari raye kali ini tidak lah gempak sangat kan. Hanya sebijik kek cream lemon jea yang mampu di hidang untuk tetamu untuk kali ini.Alhamdulillah jugak hasilnya habes di makan oleh tetamu yang datang. Sebenarnya, ini adalah request dari mak sedara aku untuk makan. dan untuk tidak menghampakan mereka sampai pukul 5.00 pagi aku baru dapat siapkan kek nie. huehue :P 
*mata panda kojap den*

Dikesempatan ini den, Nurul ' Izzati Bt Wan Shakri menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf zahir dan batin. tika terkasar bahasa, lawak yang menyebabkan hati terguris ; maafkan diri ini. halalkan segala makan minum. jika den ade hutang ekau gtaw eh. pm den kat fb. nanti den langsaikan.okay.?

p.s | sempena tengah cuti nie, nak baking ape plak ea..? suggestion...

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: