Monday, July 11, 2011

La Tahzan.

Assalamualaikum wbt.

walaupun pahit mahupun kelak aku harus telan ia jua. meskipun diberi peluang kedua aku tetap berasa kurang yakin dengan keupayaan aku meskipun aku tahu Allah SWT akan menguji setiap hambaNya mengikut kemampuannya. dan aku sudah terpilih untuk menjalani ujian dariNya ini. Subhanallah. moga ujian ini dapat merapatkan lagi antara aku dengan Nya. meskipun aku tiada kudrat untuk menabahkan hati nie aku harus tempuh jua. teman taulan terus memberikan semangat untuk diri ini.syukran jazilan semua. Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.Tahniah buat kalian semua.aku akan menuruti dari belakang.


SABDA RASULULLAH S.A.W :

''Apabila seOrang anak Yang sOleh melihat kePada iBu bapanya dengan pandanGan Kasih sayanG,Allah menuliskannya pahala Haji Mabrur''


(Riwayat Al-Baihaqi)



"maafkan kakcik umi.maafkan kakcik bak. sebab tak dapat beri lagi kejayaan nie kepada bak dan ummi.apa yang kakcik mahu doakan kejayaan anak mu ini."



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

p.s | redha. pasti ade yang terbaik yang telah disediakan oleh Ilahi kelak.

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: