Friday, July 1, 2011

jodoh tidak datang bergolek

Assalamualaikum.

mood nak hupdate belog a.k.a diari harian dah nak maii slow-slow niaa.. tadi tetibe jea aku sibuk dok layan mukabuku tertibe jugekk nak check blog. then tetibe jugek nak check info kat nuffnang. owh.! baru sedar rupe-rupe ade jugak dok follow diari aku nia tiap hari walaupon aku jarang hupdate belog. owh.! thanks you stalker :)

Alhamdulillah. urusan pembelajaran da selesai. tunggu result LJM ( lembaga Jururawat Malaysia ) polak. maybe minggu nie kuar lah kot. berdebor tiap-tiap hari tak yah dok kate la. tak senang duduk nia. fuhh..~ *deep breathing*

aritue ade beli buku majalah Solusi keluaran 33 yang tajuknya " Rapuh iman ,Runtuh Perpaduan". majalah nie da jadik kewajiban untuk aku bace.keluarannya tiap-tiap bulan. majalah nie versi islamik. then aku perlukan majalah nie untuk tambahkan lagik ape yang kurang dalam diri nie. admit it.! dan yang menarik dalam keluaran nie ada salah satu bab ruangan cerdik baik yang bertajuk " Jodoh tidak datang bergolek " by Dato Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ( pakar motivasi yang femess gitu ). dan tajuk nie dah berjaya tarik hati ni. owh.! bialah orang kata gatal ke hape tapi tue lah hakikatnya yang bahawasanya kita hidup memang dijadikan berpasangan dan inginkan teman hidup. seyesly, aku memang perlukannya. seseorang yang halal buatku.dengan umur yang makin bertambah nie hidup rase sunyi. at least bile ade peneman hidup suka duka dalam kehidupan boleh layari bersama kan :)


isu kawen awal dah tak jadik masalah dalam kalangan masyarakat kita sekarang. katenya mudah saja hendak mengelakkan daripada melakukan maksiat.Alhamdullillah. niat tidak menghalalkan cara kan :) sekarang dah ramai kawan aku dah kawen. Tahniah untuk mereka. ade jea yang da kawen mase belajar lagi but in my situation tidak mengizinkan. sebabnya salah satu perjanjian yang ditandatangani dalam kontrak scholarship kiteorang sume tak boleh kawen, tak boleh mengandung . kalo dapat taw, scholarship akan ditarik balik.Alhamdulillah sekali lagik sebabnya belajo sudah habes sekarang boleh la fikir-fikir sikit. miang sket je ehh :P

  • agama
--> bab nie aku amat-amat titik beratkan.sebabnya lelakikan ketua dalam keluarga. so, as a head master in our future family, si dia haruslah punyai pegangan agama. nanti ape yang salah dapat dibetolkan elok-elok.
  • keturunan
--> keturunan yang baik insyaAllah akan lahir keturunan yang baik kelak. baek akhlaknya baiklah keturunannya. :D
  • oghe kelate
--> owkey.! bab nie polak sebabnya umi aku ade nasehatkan supaya cari orang kelantan. alasannya senang nanti nak balik kampung tak gadoh-gadoh. satu hala saja katenya. tapi, kalo tak dapat nak buat macam mane. Jodoh Allah SWT da tentukan yang terbaik buat hambaNya. mungkin ade hikmahnya :)
  • berdikari
--> maksudnya si dia mampu berdiri dengan kaki sendiri. hurm.! aku nie serba serbi tak mampu. kadang-kala aku perlukan seseorang yang mampu bimbing aku jugak :|
  • romantik :P
--> yang nie punya bab punyalah sume kaum hawa nak nak kan. sape lah yang tak mahu seseorang yang halal buatnya sering kali melakukan perkara-perkara yang romantik kat dia then sering kali melakukan sesuatu yang mengejutkan.maksud aku, kejutan yang romatik bagi mengeratkan lagik hubungan silaturahim yang dah tersedia terjalin:)


tapi nak lakukan sesuatu ibadah dalam usia yang muda bukanlah sesuatu yang senang. banyak hal yang nak kena fikirkan. contohnya ekonomi dan sebagainya. but as a human, kita harus bijak dalam melakukan sesuatu keputusan. ingat taw Allah SWT akan sentiasa mempermudahkan sebarang urusan jika tidak bertentangan dengan suruhanNya :)

antara kebaikkan dan keburukan kawen awal :

Kebaikan :

  • Dapat mengelakkan dari melakukan perbuatan zina.
  • Kes buang bayi dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dielakkan.
  • Elak dari melahirkan anak luar nikah.

Keburukan :

  • Adakah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh dalam menyara seisi keluarga mereka nanti?
  • Apakah yang akan terjadi kepada anak yang dilahirkan nanti sekiranya ibu bapa tidak mampu menyara seisi keluarga?
  • Tahap kematangan.

**Jadilah yang halal buatku wahai bakal zoujku**


p.s | a great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differences.

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: