Wednesday, June 8, 2011

sabar itu indah.

salam rhendu buat diari terchentaku :)

rindu. sebak. semua bercampur baur. kadang kala di hati teringin sekali ingin berkongsi apa yang dirasai di hati oleh teman sekeliling. namun, keyakinan untuk berbuat begitu amatlah nipis sekali. pesanan dari ayahanda tak pernah luput di ingatan .

pesanan dari ayahanda :

" kakcik di dunia nie macam-macam ragam. tak sama dengan kita. apa saja masalah doa pada Yang Maha Esa. Jika ada masalah yang dihadapi mengadulah kepada Nya. InsyaAllah dapat selesai segala masalah yang melanda tue. kalau nak kongsi kepada manusia bukan senang cik... manusia nie serba serbi tak sempurna. dalam hati ada hasad dengki, ada cemburu, dan sebagainya. untuk permulaan okay lah maybe temanmu tue dapat kongsi segala masalah kamu. tapi bila mana saat nanti kamu bergaduh, habeslah segala rahsia yang kamu cerita kepada dia.manusia susah tuk kita tafsir. fikir elok-elok. Allah tue Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia sentiasa ada walau dimana saja kita berada.ingat taw.begitu juga dengan jodoh..berserah lah kepadaNya,InsyaAllah dapat yang terbaek.cuma jangan putus-putus berdoa.tue jea.."

memang panjang lebar pesanan ayahanda ku nie. untuk seketika ini memang aku mengalami banyak masalah sehinggakan mood disorder jugak aku neh. kadang-kadang aku kalah dalam mengatasi masalah hati. hati seorang wanita memang lembut. amat mudah untuk tersentuh oleh kata-kata yang tajam oleh pelbagai pihak. Ya Allah, kadang kala aku tak mampu sembunyi kesedihan ini. cukuplah apa yang dipinta di berikan dengan cara yang elok.



aku manusia yang lemah. manusia yang hanya punyai semangat untuk teruskan langkah perjalanan yang kadang kala bengkang bengkok. aku punyai kelemahan yang tersendiri.begitu juga diri mu wahai teman. terimalah kelemahan aku nie seadanya. hati nie kadang kala sedey bila mana lawakmu yang mungkin dirimu fikir ianya seolah-olah bahan lawak jenaka walhal bagi diriku itu umpama sindirin yang amat berbisa. cukuplah teman. meskipun begitu sedaya upaya aku cuba untuk bersabar dengan kerenah mu. mungkin ada hikmah disebaliknya.



sabar itu ada di hati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikkan.bersabarlah... buat baik, kita akan jadi orang baik dan kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikkan itu. - solusi-


p.s | bersabarlah selagi mampu.

1 comment:

  1. sabar itu indahhhhhh........................

    ReplyDelete

Luahan kalian (: