Saturday, October 8, 2011

La Tahzan.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dugaan demi dugaan datang di duga. Cubaan hidup tidak terhitung bilangannya. Setiap manusia pasti akan merasainya. Alhamdulillah, cubaan yang datang menimpa diri dapat aku hadapi dengan tenangnya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu ini memikul. Meskipun bibir ini tidak putus menghulurkan senyuman kepada kenalan sekeliling tapi mata ini tidak pernah putus dibanjiri dengan air. Tangisan yang sering ada di malam hari sentiasa memberi kekuatan pada diri ini untuk terus bangkit dan tabah menjalani liku-liku kehidupan di keesokkan harinya. Syukran Ya Rabb di atas segala ujian yang telah Engkau berikan pada diri ini. Syukran Ya Rabb kerana tidak pernah meninggalkan aku keseorangan. Syukran kerana telah memberikan aku kekuatan yang sangat-sangat bermakna buatku. TanpaMu Ya Rabb tidak mungkin aku mampu melangkah dan mejalani kehidupan sehingga hari ini.

" Ya Rabb... tolonglah.. jangan Engkau tinggalkan aku keseorangan.."

Lidah tajam boleh mengalahkan ketajaman mata pedang. tiap kata-kata harus difikirkan dahulu sebelum mengeluarkan. Sahabat.. begitu tajam sekali kata-kata mu. perit, pedih dan pilu hati ini dengan kata-kata mu. jangan kamu samakan cubaan diri ini dengan cubaan terhadap diri mu wahai sahabat. antara masa depan dengan ibu bapa siapa yang patot di dahulukan.? fikirlah dan jawablah dengan rational. diri ini akan menjadi derhaka kepada orang tua ku jika aku tidak memilih orang tua aku sebagai pilihan utama dalam hidup.aku merelakan dan aku redha dengan pilihan aku ini.dan aku amat-amat yakin apa yang terjadi ada hikmahnya. yang pasti banyakkan bersabar. tapi bagimu pula wahai sahabat, pilihan tue adalah salah. maaf teramat, aku tidak mahu melakukan keputusan mengikut emosi dan nafsu semata-mata. tak apelah jika kita tidak sependapat, aku yakin dengan jawapan ini.

duhai sahabat.. aku tidak sanggup melihat diri mu dalam kesedihan selalu. apa gunanya aku dalam hidupmu jika tidak mampu memberikan kebahagian kepadamu. sedaya mungkin aku cuba tapi diri mu tetap mencari kesilapanku agar segalanya nampak kesalahan diri nie. sahabat.. aku terima dirimu menjadi sahabat aku kerana Allah swt. baik buruk dirimu telah aku terima tapi kenapa tidak dirimu.? segala kisah lampaumu aku tidak penah sekali mengungkitkannya kerana aku mahu menjaga hati mu. tapi kenapa diri mu seringkali mengungkit kisahku.? tidak engkau mengerti bahawa aku punyai hati dan perasaan. sering kali hati ini bertarung untuk menidakkan segalanya meskipun jawapannya sudah terang bukan silap diri ini. sahabat, mungkin engkau tidak selesa dengan cara ku ini..mungkin engkau tidak dapat menerima kehadiran diri ini. demi kebahagiaan diri mu, aku melepaskan pertalian persahabatan ini. takkan aku menganggu diri mu lagi. hanya doa dari jauh yang mampu aku kirimkan buat mu wahai sahabat.jaga diri jaga iman.semoga dirimu mendapat apa yang engkau inginkan.

sahabatmu ;
zati


p.s | thanks for friendship FJ.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,, miszati~
    bersabarlah... dan berdoa selalu ^^

    ~LeiyaUmairah~

    ReplyDelete
  2. thanks ukhti untuk nasihat tue yea.saya da okay :)

    ReplyDelete

Luahan kalian (: