Tuesday, August 16, 2011

the choosen

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

15 Ramadhan 1432H

Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai hamba-Nya di muka bumi ada kalanya apa yang terjadi berada di luar jangkaan kita. Baik mahupun buruk dugaan itu percayalah pasti ada hikmahnya. SesungguhNya Maha Suci Allah swt adalah Maha Perancang.

Dugaan yang datang tanpa dijemput malah tidak pula diundang. Tapi aku terima ianya dengan tabah. Antara ramai aku terpilih. Rasanya tidak dapat aku ceritakan. Hanya Allah swt yang tahu segala isi hati aku, perasaan aku masa itu. sedih, sebak, hancur semua itu aku rasa. Tapi, aku hanya mampu senyum saja. Alhamdulillah, aku mendapat satu kekuatan yang tidak dapat aku ungkapkan. Maha Suci Allah amat teliti dalam segala perancangan-Nya. Aku terima segalanya dengan tabah. Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Sebabnya aku yakin, Penciptaku pasti menyediakan pelangi yang cantik untuk aku .Dia akan menguji sesiapa sahaja hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya. Syukur tidak terhingga dengan adanya ujian nie, aku dapat merasakan aku makin dekat dengan-Nya. Jika diberi pilihan masa dahulu ataupun masa sekarang untuk jadi pilihan hati kecilku ini, aku pilih untuk berada masa sekarang. Lupakan yang lepas dan menikmati dugaan yang diberikan ini.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar segala rintihan hambaNya, hati kecil ini telah diberikan kekuatan untuk melindungi segala kesedihan yang dialami. Mostly kenalan aku tidak percaya dengan apa yang terjadi terhadap diri ini, tapi apa yang boleh aku lakukan. Semuanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz ku. aku harus terima. Dengan setiap teguran tue, aku hanya mampu tersenyum selebar-lebarnya. Menyembunyikan segala kesedihan yang ada dalam diri ini. Tiap hari mata ini tidak pernah kering dengan air mata. Hanya Dia sahaja peneman setia aku dikala aku jatuh bangun dalam menjalani kehidupan aku. Padaku, mengapa harus aku memperlihatkan kesedihan nie di depan kenalan aku.? mahu tengok aku lemah.? mungkin aku penah lakukan sebelumnya tapi bukan untuk sekarang. belajar daripada kesilapan. Kalau nak tengok orang gembira dengan kita, jangan tunjukkan kesedihan kita di hadapan mereka . Banyakkan senyum. ^.^



" wahai sahabatku, korang janganlah bersedih. kalo korang sedeih aku lagi la bertambah-tambah sedih sebab aku yang tanggung semua nie.aku tak nak korang sedeyh tapi banyakkan berdoa supaya aku kuat hadapi semua nie.okay.? "

Kalau difikirkan dengan akal yang waras, ujian ini tidaklah seteruk dengan rakyat Palestin yang habis-habisan berjihad kejalan-Nya. makan, minum, pakaian, tempat tinggal semua kekurangan. Sebagai hamba-Nya tidak ada ape yang dapat aku dilakukan selain bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang melimpah-ruah nie. aku masih lagi diberi kesihatan tubuh badan yang bagus, pancaindera masih lagi berfungsi dengan baik, pertalian persaudaraan dengan saudara islam semua nie adalah nikmat yang besar telah Allah swt beri untuk diri ni. jadi, tak ada sebab aku nak sedih sangat. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Maha Suci Allah swt buat kita, itulah yang terbaik .

" walaupun diduga di luar jangkaan aku, aku yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa.

Syukran Ya Rabb ... "

p.s| Janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berada dengan kita.

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: