Saturday, March 26, 2011

maafkan aku.

Salam sayang wahai diariku :)

sering kali kalu orang yang nak berubah kearah kebaikkan akan diejek, di caci malah ada jugak sesetengah pihak menghendik hamba tersebut. SubhanaAllah. mengapa nie semua terjadi.? mungkinkah ini sedang terjadi pada aku sekarang.? apa silap aku.? aku menginginkan kebahagiaan di muka bumi ini dan jugak di akhirat nanti. bantulah aku untuk berubah. bukannya melakukan sifat mazmumah seperti sedemikian. sila isi segala kekosongan diri ini. jika kamu teman aku, bantulah aku. betulkan lah aku jika aku ada tersilap. tak ape. aku terima seadanya. manusia serba serbi tidak sempurna. maka sempurnakanlah aku dengan teguran yang membina untuk aku.janganlah biarkan aku jatuh tersungkur begitu saja.hulurkanlah tanganmu untuk aku supaya aku mampu berdiri dengan yakin.


" Semua pinjaman-Nya. Jika kita sanggup untuk hidup, maka kita juga sanggup untuk diuji. Maka, bersedialah untuk setiap apa di hadapanmu, jadikan cabaran untuk hidup kerana kehidupan itu bukannya semua indah. Yang di belakangmu pula jadikan ia sebagai satu penanda agar kamu tidak melakukan kesalahan lagi. Dan akhirnya kamu mengetahui rencah kehidupan dan engkau bahagia jua."



" Dan tidaklah sama kebaikkan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." ( Al- Fushshilat : 34 )

aku mohon maaf jika aku pernah buat salah terhadap teman sekelilingku. halalkan makan minumku selama ini. malah, aku berterima kasih berbanyak pada kamu sebagai teman aku kerana menerima aku seadanya. terima kasih untuk pertalian persahabatan yang sedia terjalin ini, wahai teman.

p.s | Bukan mudah menyinkirkan sifat-sifat mazmumah.berpegang pada ajaran Islam yang begitu indah, insyaallah semua akan menjadi mudah apabila kita merasa payah. =D

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: