Tuesday, April 19, 2011

betulkan ape yang salah :)

Salam chenta buat diariku :)

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu aku posting untuk modul management. hanya berbaki 1 minggu saja lagi.then exam berderet-deret kot dalam list tue. hoho. macam mane kan. tak pe.! chaiyook.!

semasa aku ralit dalam menjalani kehidupan aku sebagai seorang perawat kepada orang yang sakit sudah banyak karenah aku jumpa. baik mahupun buruk sume ada. manusia mane ade sempurna. so, its up to us lah macam mana nak adapt kan untuk mana-mana situasi. masih segar dalam ingatan aku nie 1 cerita. okay.! meh aku story mory okay :)

dalam ward :

isteri pesakit : dik.! boleh tak tukar pampers. dah kotor lah.
aku : hokey.! tapi nak tanye,akak nie jadi macam mane ea ngam pesakit nie.?
isteri pesakit : akak isteri dia.
aku : owh.! kalo cam tue, meh la join sekali kak cuci pastue kite tukar pampers sekali. nak tak?
isteri pesakit : hurm.! tak pe lah dik. adik wat lah. akak tunggu kat luar.
*smbil wat muka geleng-geleng*
aku : ok kak.

* keadaan nie terjadi kat depan si suami sendirik.entah-entah ape ea rasa isi hati si suami.?

aku beredar sambil senyum sinis. senyum aku penuh dengan makna. sejenak aku terfikir. apa sebenarnya makna dalam sesuatu hubungan.? terutama untuk hubungan suami isteri. dalam hati aku penuh dengan soklan. pelik betoi, kan da kawen lagi halal. tapi, takkan ngam suami nak malu.? plus, suami kan tengah sakit tue. tak perlulah nak rasa jijik. atau rasa segala kan. rase-rase tak salah kan nak berbakti tuk suami kesayangan sendiri. bila lagi nak berbakti. kata nak payung emas nanti kat padang mahsyar. so, mase-mase cam nie lah nak buktikan.

plus, penah gak teman taulan aku kata :

teman taulan : aku nanti kalo da kawen tak mau nak jadi "hamba" kat suami nanti.
aku : hamba.? maksud ko.?
teman taulan : maksud aku macam tolong pakaikan neck tie ke tolong pakaikan stoking kat kaki die ke ape ke anything yang aku kena tolong. kalu nak, buat sendirik. aku tak mau.

aku terdiam..


hurm. nak komen lebey- lebey, katenye balik wat ape nak susah-susah. hadoii. susah rase bila mana ape yang benar diputarbelitkan. okay.! bila kita back to basic sebenarnya ape maksud nya " seorang isteri dalam kehidupan seorang suami " memang meluaskan. tapi, cukup lah aku nyatakan bahawa kalo nak senang di akhirat, susah-susah lah dulu kat dunia. tak salahkan jadi "hamba" kat suami tersayang. kalo tak sanggup, jangan lah nak amik risiko untuk jadi seorang isteri. umumnya, maksud isteri, tanggungjawab isteri terhadap suami dan keluarga semuanya kena tahu. tue sebab nape ade khusus kawen :)

" Barang sesiapa menghendaki pahala di dunia maka ketahuilah bahawa di sisi Allah SWT ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (An-Nisa : 134)


" Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah SWt telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain( perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah SWT) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah SWT telah menjaga (mereka).Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz, hendaklah kamu berikan nasihat kepada mereka , tinggalkan mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan unuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar." ( An-Nisa :34 )

*nusyuz : meninggalkan kewajiban selaku seorang isteri.

p.s| cukuplah sekadar ayat-ayat suci Al-Quran ini yang menghuraikan segalanya :)

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: