Friday, April 8, 2011

muhasabah cinta

salam rhendu wahai diariku.

dengan izin Yang Maha Suci Allah SWT dapat gak aku bernafas hingga ari nie. Alhamdulillah, ari nie aku dengan selamatnya sampai kat kampung terchenta. rhendu terbalas jua. cuti hujung minggu saja. tak ape lah. aku nak jumpe dulu ngam ayahanda dan ummi yang terchenta nak dapat semangat katanye :) yealah kan. tak lame lagi nak final exam dah aku neh :)dalam bersemangat nak balik kampung, ade plak teman bertanya :

miss Y : zati, ape eh hukum kat akhirat nanti kalo pakai tudung singkat hingga nampak bentuk buah dada.?

slowly aku jawab dengan nada tenang.

zati : hurm. ape yang aku tahu dan terbaca artikel lah kan, kalau seseorang wanita tue mendedahkan buah dadanya samada berpakaian ketat, memakai tudung tapi nampak v bentuknya.. nanti kat akhirat wanita tue akan dicucuk buah dada nya dengan besi yang teramat panas hinggakan boleh melecur kulit kalu terkena. plus, aku da tak ingat yang lain. tue je yang aku ingatlah.

miss Y : ooo.cam tue.bukan ape, mak aku ade gak suh. tapi aku tak ready ag. plus nampak cam berusia kot.a.k.a matang senang citer.


Firman Allah SWT :

" Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) , cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan, (ingatlah) Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . " ( Al- Ahzab : 59 )


“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) "



hurm.! aku terdiam. memang susah nak melakukan perubahan tapi, kita jangan mudah mengalah. dulu-dulu aku pernah tersesat. tapi, bila hidup ini di kelilingi dengan teman seperjuangan yang banyak menolong aku untuk berubah, aku rase Alhamdullillah. slowly aku amik masa untuk berubah. terima kasih kepada teman taulan aku yang menegur aku dengan teguran secara tersurat ataupun tersirat. kerana dirimu teman, aku mula sedar. sedar dari kesilapan yang pernah aku buat sebelom nie. aku bukanlah yang terbaik. walau macam mana pun, aku mahukan perubahan kearah kebaikkan. doakan aku agar aku kuat wahai teman.

p.s | dalam diam, aku berdoa agar dirimu mendapat hidayah kelak wahai teman. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: