Saturday, May 22, 2010

lost.


hidup ini amat sukar tuk difahami.kadang kala kita sesat pada suatu haluan.kadang kala kita berada di jalan yang lurus untuk diteruskan perjalanan.semua ini berpandukan arah tujuan seseorang untuk memilihnya.samada baik ataupun tidak.

dulu,aku pernah tersesat.jauh dan jauhh.sedutan dari cerita "cinta syurga" amat menyentuh hati kecil ini.jalan cerita yang amat mudah tuk difahami.tapi membawa maksud yang mendalam sebagai seorang islam.terdetik juga di hati,masih ada ataupun tidak ruang untuk ku berpatah dari terus berjalan ke jalan yang akan tetap memesongkan jalan hidupku.aku seorang yang naif.aku tetap insan yang lemah.aku tidak sekuat siti khatijah mahupun aisyah.

********************

setiap insan telah ditetapkan jodoh yang terbaek untuk dirinya.dan itulah yang terbaik untuk dirinya.namun,bagaimana pula dengan diri ini.aku hilang.hilang arah.aku hanya mengharapkan seseorang yang dapat membimbing aku ke arah jalan yang lurus.aku sedar aku bukanlah yang terbaik.tapi,tidak salahkan jika berniat untuk mendapatkan sesuatu yang baek untuk membimbing ke arah kebaikkan.aku sedar,tuhan hanya akan memberikan kite pasangan yang sepadan dengan kita.agar kita boleh menerima baik mahupun buruk diri seseorang itu.

aku tetap berdoa dan terus berdoa moga suatu hari ada insan yang dapat membimbing aku ke jalan Ilahi.dan aku akan tetap berdoa.dan terus berdoa.itu saja aku mampu.aku takut jika masa depan nanti jadi porak peranda.detik ini,suda banyak aku dengar kes bercerai berai,buang anak.aku sedih.aku tidak mahu jadi begitu.
NAUZUBILLAH


aku mahukan yang "halal" tuk diriku.
salam

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: