Thursday, July 8, 2010

one day


" maafkan kakcik mek.maafkan kakcik atok.lame kita tak jumpe.kakcik belajar di kulupo.tak dapat nak mai melawat mek dan atok sokmo-sokmo.bile sem break nanti kite jumpe balik yea.jangan sedeyh.InsyaAllah setiap malam jumaat mek dan atok akan kakcik hadiahkan surah Yasin.tue saja hadiah yang dapat kakcik beri kat mek dan atok. " - bisik hati kecil ku.

terkedu sebentar tika berada di kawasan perkuburan. tempat yang amat bermakna.suda agak lama aku tak datang melawat kubur arwah atok dan nenek aku di kampung.bersihkan kawasan sekeliling kubur.hadiahkan mereka surah Yasin dan sebagainya.ku tengok.ku tenung.ku perhatikan kubur mereka dan teman mereka sekeliling.sebak.macam-macam yang aku fikirkan tuk masa itu.bagaimanakah keadaan mereka di sana. sudah cukup ke tak bekal yang aku berikan kat mereka.?

setiap pagi jumaat lepas solat jemaah subuh,ayah aku mesti akan datang melawat mereka di sana.hadiahkan apa yang patot.hati kecik aku suda lama rasa nak nanges.tapi,dok kat tanah perkuburan tak elok kan nanges.nanti seksa plak penghuni kat sana.tahan sebaek mungkin.Alhamdulillah,aku sempat jua melawat mereka sebelom bertolak ke kulupo malam esok.

kalu nak diikutkan,kami sekeluarga duk jaOh dari sedara yang laen.umah kami dekat dengan bandar.tanah perkuburan tue dekat dengan umah arwah atok dan mek kat kampung.Alhamdulillah,aku tengok kubur arwah nenek dan atok aku yang terjaga sekali.semuanya sebab ayah aku selalu ke sana setiap ari jumaat.perhati kubur sekeliling.ada jugak yang penuh dengan lalang.rumput.tue semua tanda prihatin seseorang anak terhadap ibubapa mereka.tak salahkan datang melawat dan berikan mereka hadiah.tolong bersihkan kubur mereka.keluarga kita juga kan.darah daging kita.

" maaf mek, kakcik tak dapat nak buat mek happy semasa mek hidup.kakcik tak sempat nak buat mek ketawa.maafkan kakcik atok,kakcik tak sempat nak jumpa atok.nak tengok muka atok.nak main-main ngam atok.atok telah pergi sebelom kakcik dilahirkan.mek, kakcik masih kecil mase tue.tak mampu dok dekat ngam mek.rumah jaoh dari kampung.tapi mek dan atok,hanya surah Yasin saja yang dapat bagi kat mek dan atok sebagai hadiah.kakchik harap hadiah nie cukup tuk mek dan atok di sana.amin "

p.s : semahal mana barang yang dimiliki, sejenama mana pakaian yang dipakai,sekaya mana pom harta yang dimiliki, akhirnya tanah jua tempat kita disemadikan.hanya amal yang dibekal disana nanti. moga aman di sana nanti. InsyaAllah. (:

No comments:

Post a Comment

Luahan kalian (: