Tuesday, August 10, 2010

nafas terakhir


terdetik. tersentap dengan status di muka buku teman akrab aku, izham kuat yang menyatakan teman rapatnya telah meninggalkan kehidupan duniawi tanpa dijangka oleh semua kenalannya.perkara ini teramat menarik minat perhatian aku.then aku search tuan empunya badan. satu persatu aku perhati komen di wall beliau. memang tersentuh hati kecik. pergi dengan begitu mudah sekali. ajal datang tanpa dijemput.

Al-Fatihah kpd saudara Hazrin Husaini

kehidupan banyak mengajar aku untuk terus menjadi lebih dewasa. baik mahupun buruk suatu kisah kehidupan itu hanya watak yang memainkan peranan.itu telah termaktub. sekian.

kadang kala ada jugak yang hadir di dalam diri ini suatu detik yang kadang kala sukar nak tafsir. nak berbuat baik pun difikirkan salah. nak berbuat salah lagi lah di pandang hina. Asthagfirullah. mane satu nak pilih teramat lah sukar. memang betol lah kata teman aku, siti hajar. hidup ini memang sukar nak memuaskan pelbagai pihak. ada saja yang tak kena. bila terfikir sejenak, apakah dan di manakah silapnya semuanya tidak pasti.

bila bersendirian ada jugak aku ter fikir. macam mana keadaan aku nanti bila di alam barzakh. bagaimanalah amalan aku ditimbang nanti oleh Ilahi. yang manakah paling berat.? kiri mahupun kanan.? bagaimanakah rupa yang akan aku hadapi nanti tika berhadapan dengan Ilahi nanti.

tika kehilangan kehadiran aku dalam hidup mereka, bagaimanakah respond masyarakat sekeliling aku.? adakah mereka masih ingat dengan kehadiran diri aku.? adakah mereka rindu dengan gelak tawa yang aku buat.? jenaka yang aku buat adakah mereka kenang? adakah aku penting untuk mereka.? sudikah mereka sedekah kan surah al-Fatihah kepada aku tika aku tiada nanti.? adakah mereka sedar tentang kehadiran aku dalam hidup mereka.?

ajal maut kita tidak tahu bila tiba giliran kita. bila-bila masa saja giliran kita akan mengadap Ilahi. ingatlah wahai pembaca, hargailah setiap insan yang kita sayang. manfaatlah mereka sehingga nafas terakhir mereka. lakukan ibadah yang telah ditetapkan kepada kita sebagai umat Islam. Tutup lah aurat wahai muslimat. kamu amat bernilai harganya.

" wahai Tuhan aku tak layak ke syurga Mu.
namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu.
ampunkan dosaku , terimalah taubatku.
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

p.s | bila ajal suda tiba, air mata sudah tiada guna.

4 comments:

  1. zati .tenks ada update skit psal pemergian kawan baik sy .tenks byk2 .ye .kte yg hdup .harus igt selalu bhwa tak sume nasib tu mguntungkan .kadang2 ianya memakan dri kte jgk .tenks skali lg .bg sy .pmrgian arwah mmg sgt mgjutkan .baru bebrapa hari lepas .hari isnin ptang .arwah gunting rmbut sy .sbb sy ada intbiu selasa pagi .terkilan sgt .jam 4 30 pagi semlam dpt berita dri kwn .dia sudah arwah di hsptal .akibat kemalangan .mlm tu jam 12 .sy ada tau xcdent .n mmg die pun trlibat .tapi tak sangka die pergi selepas berada di hsptal bertarung nywa .sgt terkilan .zati .tenks sgt2 .
    lepas ni hidup mst la sentiasa terigt .

    ReplyDelete
  2. idop kite ni bkn utk memuaskn ati sume org...
    tp kite bleh beruasaha utk mnjadi lebih baek dri semlm... sblm tiba ajal kite...kite masih ade byk masa utk merubah diri kite jd lbh baek...:p

    ReplyDelete
  3. btw, sy agak tersentap jugak bila bace status kamu,am. then terdetik nak jdik stalker jap. view arwah pnye fb then bace semua status @ komen y wall die. memang sedey teramat lah walaupun sy belom smpt ag berkenalan dengan die. tak pe lah. moga roh beliau dicucuri rahmat. bykkan berdoa dan sedekah kan Al-fatihah. Amin.

    ReplyDelete
  4. ayu : thanks for the statement. tapi mencuba sebaik mungkin pun tetap ada jugak unsur-unsur respond negatif dari pihak lain. tapi, memang tak pernah salah pon kalu kita mencuba :)

    ReplyDelete

Luahan kalian (: