Friday, March 25, 2011

bukan duniawi yang aku mahu tapi akhirat sana tujuan aku.

salam sejahtera wahai diariku :)

bila akal digunakan sebaik mungkin macam-macam perkara yang difikirkan. kehidupan di muka bumi nie banyak sangat dugaan dan cabaran. laluan kehidupan tidak selalunya lurus. Ia selalu bercabang-cabang. cabang itu ada pelbagai dugaan yang harus kita tempohi. namun janji Allah Yang Maha Mulia tak kan pernah luput.

selama aku hidup di muka bumi nie aku banyak buat silap. aku bukanlah seorang yang sempurna. sering kali melakukan kesilapan. namun, aku jugak punyai niat untuk berubah kearah kebaikkan. duhai hati, kuatkan lah hati ku ini. Alhamdulillah. setelah sekian lama aku mencari blog yang boleh dijadikan sebagai panduan aku untuk berubah akhirnya aku jumpe jugak. Maha Suci Allah telah perkenankan doaku. Dr.Cinta Punya blog. di sinie lah aku selalu bermuhasabah diri. tiap-tiap baris ayat beliau penuh dengan makna dan tujuan. aku hanya manusia biasa. doakan lah aku untuk berubah agar hati ini menjadi lembut. dalam entry-entry beliau banyak menegur tentang pergaulan antara bukan muhrim, tentang pemakaian terutamanya tudung.
Ya Allah, rasa kerdilnya diri nie kalo duk bace entry beliau tentang pemakaian tudung labuh. untungnya barang sesiapa yang memakainya. segalanya tertutup. slowly, aku mencuba.

" Perubahan itu tidak mudah, maka berusahalah.! "


banyakkan beristgfar dalam hidup ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam diri ini. sesungguhnya iblis sentiasa berusaha menyesatkan kami sebagai khalifahMu di muka bumi ini. kuatkan lah iman kami Ya Allah.

" Demi kemuliaan-Mu, pasti aku ( Iblis ) akan menyesatkan mereka semua." (As-Saad :82 )

" Sungguh, Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan kamu dan dengan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya. " ( As-Saad : 86 )


bagi aku, cukuplah maksud ayat-ayat dari Al-Quran Nur Karim yang menjadi tempat untuk aku bermuhasabah diri. aku serba serbi tak lengkap. namun, aku mahu mencuba mencari nur iman yang kekal hakiki. nak jugak aku bawak bekalan amalan di dunia nie nanti untuk ke akhirat.bahagianya bile aku tengok sesiapa saja berjaya melawan nafsunya. nafsu terhadap kehidupan di duniawi ini. hati kecil ini jua punyai keinginan sama.

p.s | janganlah kamu mengutuk malah menghina sesiapa saja yang inginkan perubahan dalam diri mereka. doakanlah kebaikkan untuk mereka. bantulah mereka. Maha Suci Allah sentiasa melihat dan mendengar akan segala yang terjadi. tidak takutkah kamu akan balasannya nanti.?

2 comments:

Luahan kalian (: